BAB 45

1.6K 59 6
                                    

Selesai membersihkan diri, tuala dicapai sebelum dililit pada pinggang. Kaki melangkah keluar dari bilik air lalu menuju ke almari yang berada tidak jauh dari katil untuk memakai baju. Pintu almari dibuka, otak berfikir ingin memakai baju yang mana satu.

Padahal semua baju sama je, hitam dengan putih!

Tangan terhenti di salah satu baju t-shirt. Keningnya berkerut pelik apabila deria pendengaran tidak mendengar bunyi riuh suara kanak-kanak. Mana Hanis? Selalunya riuh saja tak berhenti bercakap.

Seluar dan baju cepat-cepat disarungkan pada tubuh, tak ingin berlama. Gundah-gulana pula hati ini merisaukan puterinya yang seorang itu.

Kalau senyap ni pasti ada apa-apa. Takut terjatuh atau pengsan je. Pintu bilik dibuka lalu dia keluar ingin mencari budak kecik bernama Hanis Ardelle.

"Sayang.. Anak papa kat mana?" Anak perempuannya diseru sambil dia melangkah turun ke tingkat bawah. Mata menjenguk melihat Hanis.

Bibir mengukir senyum seraya melepaskan tawa kecil apabila susuk tubuh kecil sedang duduk di atas lantai dengan pinggan di hadapannya menyapa pandangan.

Azriel berjalan menuju ke arah anaknya yang sedang khusyuk menikmati kek berkrim. Ni mesti nenek dia bagi lah ni! Tubuh itu didukung dengan kudratnya. Kek masih di tangan kecil itu.

"Kat sini rupanya anak papa? Makan apa ni?"

Hanis tidak mengeluarkan suara sebaliknya menunjukkan kek di tangan sebagai jawapan. Mata bulat itu leka merenung wajah si bapa.

"Kek. Sebut kek."

"ek.." Hanis mencuba. Budak kecil itu walaupun sudah mencecah umur tiga tahun namun masih baru belajar bercakap. Tak apa lah Hanis ku sayang, perlahan-lahan.

"Pandai anak papa. Siapa bagi?"

Hanis diam lagi. Hanya jari menunjuk ke arah dapur di mana neneknya berada. Kek di tangan sambung disumbatkan ke dalam mulut. Habis comot wajah itu dengan krim pada kek. Comel!

"Nenek. Sebut nenek. Nenek. Cepat."

Hanis diam memandang ayahnya.

"Sebut lah Hanis. Sebut nenek. Ne.nek. Papa nak dengar ni. Nenek."

Wajah kecil itu berkerut sebelum akhirnya Hanis menghamburkan tangisnya apabila ayahnya seakan memaksa dia menyebut perkataan 'nenek' berulang kali. Wajah itu disembam pada leher si bapa.

"Huwaaaaaaaa!!" Riuh satu rumah akibat tangisan gadis kecil itu.

"Alolo shh.. Papa sorry okay? Makan kek makan kek. Alah kesiannya dia. Papa tak paksa dah. Sorry." Pipi yang basah dengan air mata itu dia lap penuh kelembutan.

Belakang Hanis itu ditepuk-tepuk perlahan memujuk agar tangisan itu berhenti. Tepi kepala anaknya itu dicium. Habis lah lehernya terlekat aising pada mulut anak perempuannya. Baru mandi lah anakku yang bertuah.

"Apa tu Azriel? Kenapa Hanis menangis tu? Suka tau mengusik anak. Melalak dah tu. Biarkan Hanis tu makan kek dia."

Azriel senyap. Sejak-sejak ada cucu ni dia sebagai anak makin dipinggirkan. Ouh jangan dipedulikan hati yang lara ini. Asyik cucu saja dilebihkan! Semua cucu!

"Yak gi.. ha.. gi.."

"Apa dia? Cuba cakap jelas-jelas mana lah bapakmu ini faham."

"Tek!! Ya..gi!!"

"A..apa sayang? Tek?! Hanis lupa Hanis takda ibu? Mana kenal benda-benda macam ni? Yagi apa pulak ni?"

Hanis sudah memukul dada ayahnya akibat lelaki itu tidak memahami akan apa yang disebut. Air mata turun lagi. Telinga ayahnya ditarik-tarik melepaskan geram.

"Ye sayang.. Hanis nak apa?"

"Tek!! Tek!!"

"Dia cakap nak kek lagi Azriel. Itu pun tak faham? Haih kesian anak tu, bagi dia kek dalam peti tu." Mamanya sudah melaung dari dapur. Pantang telinga itu menangkap suara tak senang dari Hanis.

"Nak kek? Patutlah tembam, kerja nak makan je 24 jam." Dalam membebel anak perempuannya dibawa juga ke dapur untuk mengambil kek di dalam peti ais.

Sepotong kek di dalam peti ais dia keluarkan. Hanis didudukkan di dalam baby chair berhadapan dengan kek di atas meja. Tangan yang sudah sedia kotor dengan aising kek menerkam kek itu laju.

"Sedap?"

Hanis tidak menjawab sebaliknya kek dihulur pada ayahnya. Azriel hanya menggeleng tanda tidak mahu. Masalah komunikasi Hanis membuatkan dia risau sentiasa. Takut anak perempuannya selamanya tiada keyakinan untuk bercakap.

Selalunya umur macam ni dah petah bercakap.

"Azriel Haikal!"

Azriel terkejut dan lamunannya terus hilang melayang bagai debu berterbangan. Mata memandang ke arah lelaki yang berdiri di hadapannya. Posisi duduk dibetulkan.

"Kau nak apa?"

"Mengelamun tak habis-habis. Jom pergi lunch. Tak kisah lah kau nak makan ke tak nak, aku paksa." Rafiq mendesak Azriel untuk keluar makan tengahari bersama.

"Kau makan je lah. Tu ajak assistant aku."

"Cepat lah. Kau hari-hari minum kopi dengan roti. Cuba lah makan. Badan tu dah kurus dah."

"Malas lah."

"Kau tak nak makan, Athira tu pun sama. Apa masalah korang laki bini ni haa? Takkan nak jadi budak-budak semula ada mak ayah tolong suapkan macam puteri raja? Makan pun susah."

Rafiq tidak peduli lagi dengan kata-kata lelaki itu. Tangan Azriel ditarik juga keluar dari pejabat. Nak ajak makan pun susah macam ajak kahwin! Azriel yang malas bergaduh menurut sahaja ke mana Rafiq menarik dia.













Lebam di bahagian kaki dan bieat berwarna ungu disapu dengan ubat. Betis putih itu sudah berbirat dengan kesan pukulan dari Azriel. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tuhan saja tahu betapa sakitnya apabila seluar atau kain bergesel dengan kesan birat itu.

"Ah! Sstt.." Mata dipejam refleks apabila terasa sakit ketika menyapu ubat di situ.

Rasa sakit ini tak tertanggung lagi. Bahkan ketika doktor bertanyakan tentang birat dan kesan lebam di tubuhnya, dia hanya mampu diam. Takkan nak buka aib suami sendiri? Setiap hari menangis itu sudah menjadi rutin baginya. Tiada satu hari pun dia lepas tanpa ada tangisan menemani.

"Nanti kalau anak mama dah besar, kena jadi kuat tau sebab dunia ni kejam. Orang macam kita tak selalu bertuah. Kita ada diri kita sendiri je, no one will be there for us. So kena didik hati jadi kuat."

Senyuman diukir selebar mungkin meskipun air mata sudah berjuraian turun mengenang nasib. Setiap saat dia takut untuk terus hidup. Dia tak bersedia untuk rasa sakit ini lagi.

Kenapa rasa cinta perlu sakit macam ni? Dia mengaku bahawa dia lah wanita paling bodoh sebab tak mintak cerai dengan Azriel walaupun lelaki itu sudah melayan dirinya dengan layanan paling hina.

Manusia bodoh kerana cinta. Manusia bodoh kerana rindu.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now