BAB 26

1.1K 47 1
                                    

Athira berlari anak menuju ke pintu utama rumah itu selepas bunyi loceng menyapa gegendang telinga. Bergegas dia menuju ke pintu tidak ingin tetamu menunggu lama. Pintu dibuka dengan sebuah senyuman terbaris di bibir.

Namun senyuman itu mati.

"Awak buat apa kat sini?"

"Mama!"

Hanis menghulurkan kedua tangannya pada Athira meminta supaya dia didukung.

"Rafiq ada dekat dalam?"

Athira menoleh seketika.

"Ada tapi dia dah nak balik rumah sana. Singgah sekejap je tadi sebab nak breakfast sama. Awak datang sini kenapa?"

"Hanis rindu mak kandung dia, takkan tak boleh jumpa dah?"

"Mak kandung?"

Mereka berdua menoleh. Athira cuak melihat kehadiran Rafiq Isaac dibelakangnya sementara Azriel hanya beriak selamba. Hanis yang tidak tahu menahu hanya senyap di dalam dukungan ibunya.

"Eh Azriel datang? Masuk lah. Kenapa Athira tak ajak masuk? Meh masuk. Hanis budak comel pun ada lah."

Puan Aaliyah menyambut kehadiran lelaki itu dengan teruja. Tubuh Hanis diambil dari dalam dukungan lalu dicium geram pipi tembam itu.

Athira terkaku di hadapan pintu. Otaknya masih lagi belum dapat tangkap situasi yang berlaku. Azriel pula sudah masuk ke dalam rumah. Dia cuba beriak biasa walaupun hatinya gentar. Takut mungkin?

Ye lah penumbuk Rafiq bukan sebarang penumbuk. Mahu patah gigi dia nanti.

"Athira buat apa lagi tercegat depan tu? Jom masuk."

Athira mengerdipkan mata beberapa kali cuba menyedarkan diri dari lamunannya. Dia masuk ke dalam rumah dengan hati yang berdebar.

"Athira. Duduk sini."

Mendengar arahan Rafiq itu, dia melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu.

"Siapa mak kandung Hanis?"

Senyap. Puan Aaliyah sudah pun beredar memberi ruang pada mereka bertiga berbual. Keadaan diantara mereka terlalu dingin. Athira bagai tersepit diantara dua jejaka itu.

"Siapa aku tanya ni!"

"Athira! Athira.. mak kandung Hanis."

Dia tertawa tidak percaya. Azriel memandang sekilas wajah bekas isterinya sebelum kembali menumpukan fokus pada Rafiq.

"So selama ni korang ni bekas suami isteri? For real? Habis tu selama ni aku kena tipu ke macam mana?"

"Rafiq, aku takde niat nak menipu kau-"

"Diam! Hanis.. Hanis yang aku manjakan selama ni anak Athira? Sumpah lawak."

Bila teringat balik ada logiknya. 4 tahun lepas ketika ibunya menjumpai Athira dalam keadaan masih baru bersalin, Azriel ada meluahkan rasa. Ketika itu dia yang membantu Azriel dalam urusan membesarkan Hanis.

Jadi selama ni dua orang yang dia kenal ada ikatan? Ikatan suami isteri ? Macam drama, cliche.

"Ibu."

"Kenapa Rafiq?"

"Ibu tahu Hanis tu anak siapa? Ibu tahu? Ayah? Tahu jugak?"

"Puan Aaliyah mengetap bibir. Ayahnya juga turut terdiam. Kaki bagai terpaku di lantai mendengar pertanyaan Rafiq. Sebelum dia ada dengar perihal Athira dan Azriel dari mulut isterinya.

"Jadi.. Rafiq sorang je yang tak tahu?" Hmm?"

Puan Aaliyah berdiam diri. Dari riak wajahnya Rafiq sudah dapat menangkap bahawa semua orang tahu perihal itu, hanya dia yang ketinggalan.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now