BAB 74

1.6K 48 2
                                    

Kini empat pasang mata memandang satu sama lain sementara sepasang mata lagi menunduk ke bawah menekur lantai. Mujur tak tembus saja lantai itu dipandang dari tadi. Hati menyimpan perasaan yang bercampur baur.

"Jadi dah ada kata putus?" Encik Hariz bersuara memecahkan suasana. Lelaki bernama Rafiq dipandang sekilas sebelum mengalihkan perhatian kepada puterinya.

"Saya rasa jalan terbaik buat masa ni, nikahkan anak kita dulu dan Rafiq pun tiada bantahan. Macam mana dengan Tasya?"

Mendengar perkataan 'nikah' itu membuatkan Tasya terus mengangkat kepala. Wajah Rafiq yang ketat itu dipandang dalam.

Tiada bantahan? Bukankah lelaki itu yang bertegas tidak mahu memperisterikan perempuan jijik seperti dia? Mengapa tidak membantah pula?

"Kalau Rafiq boleh jaga anak perempuan saya dengan baik, saya juga tiada bantahan. Tasya?" Encik Hariz menoleh memandang anak perempuannya di sebelah.

"Terserah." Ringkas dan padat. Apa pun yang dia katakan tak akan dipertimbangkan di dalam perbincangan ini. Jadi kata selamat itu adalah 'terserah'.

Encik Hariz memegang tangan anaknya. Dagu puterinya ditolak ke atas membuatkan Tasya mendongak sedikit memandang ayahnya.

"Ini tentang hidup Tasya. Tentang lelaki yang Tasya akan gelar suami untuk seumur hidup insyaallah. Kalau Tasya tak setuju tak apa. Jangan paksa diri."

Wanita itu menunduk. Dia sudah solat istikharah tentang keputusan yang perlu dibuatnya pada hari ini. Naluri dia kuat mengatakan bahawa dia hanya perlu ikut sahaja apa keputusan yang dibuat oleh si ayah. Mungkin itu keputusan terbaik.

"Kalau daddy setuju, Tasya setuju."

"Baiklah kalau macam tu. Rafiq? Kamu yakin dengan keputusan kamu? Uncle tak kisah kalau kamu tak nak nikahi Tasya."

"Saya bertanggungjawab atas semuanya. Saya nak Tasya jadi isteri saya. Maaf kalau kata-kata saya tempoh hari dah mengguris hati Tasya dan uncle."

Selepas seminggu berfikir dan mendapat nasihat dari orang terdekat, Rafiq telah pun membuat kata putus. Dia sudah bersedia ingin membimbing seorang isteri.

'Beri dia peluang. Aku yakin, dia bukan Tasya yang dulu. Kau patut berfikir dengan matang. Jangan jadi macam aku.' kata-kata dari Azriel itu terngiang-ngiang di kepala bagai kaset yang sentiasa berputar.

Dia hanya terfikir untuk menempuh sahaja apa di depan mata. Kesan atau akibatnya nanti diletak ke tepi dahulu.

Lagipun setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

"Jadi kalau dua-dua pun okay, saya rasa kita dah boleh tetapkan tarikh nikah."

"Alhamdulillah.. Saya rasa lagi cepat lagi bagus." Syukur masalah kini menemukan jalan penyelesaian. Rafiq dan Tasya pun masing-masing masih tiada buah hati jadi apa salahnya kalau mereka bercinta selepas kahwin.

Di situ, semuanya kelihatan lega seperti hilang beban di bahu namun ada seseorang yang memasang muka tidak puas hati.



Aariz dan Aysar ketawa apabila Azriel bermain dengan mereka semasa mandi. Masing-masing ada tab bayi sendiri, jenuh pula si ayah nak mandikan kedua-dua bayi itu serentak.

Selalunya seorang demi seorang namun hari ini Aysar merengek melihat abangnya sahaja yang dibawa pergi. Athira sedang sibuk mengemas dapur jadi malas dia ingin menganggu wanita itu.

"Suka dia ya? Papa nak syampu rambut boleh? Sekejap lagi kita sambung main." Mainan itik diberi kepada kembar itu untuk bermain sementara Azriel mencuci kepala mereka.

Diusap perlahan-lahan kepala itu dengan sabun bayi di tangan. Dia sudah berpengalaman jadi lebih senang dia mengendalikan bayi kembar itu.

Cuma kali ini penatnya naik satu kali ganda.

"Abang, you need help?"

"Nope. I got this. Sayang tolong letak Aariz atas katil, nanti abang pakaikan baju."

Aariz yang sudah siap dibilas terlebih dahulu dibalut dengan tuala putih lalu diberikan pada Athira yang berdiri di muka pintu bilik air.

Kini giliran Aysar pula. Dia mengulangi perkara yang dibuat pada Aariz sebentar tadi pada Aysar. Bayi lelaki itu sedikit merengek mungkin sudah mula terasa sejuk berada di dalam air lama.

"Shh.. shh.. dah nak siap dah." Tubuh kecil itu dibilas cepat sebelum dibalut dan diserahkan pada si ibu.

Selesai memandikan kembar, Azriel membasuh bilik air dengan cepat sementara Athira menjaga bayi lelaki mereka. Bath tub kecil itu diletakkan pada kedudukan asal dan begitu juga segala sabun yang telah digunakan.

Baru saja dia memalingkan tubuh ingin keluar dari bilik air, Athira sudah memegang Aariz, menghulur bayi itu kepadanya.

"Kenapa?"

"Aariz poo poo."

Mata dipejam. Pandai budak ni cari masa nak poo poo, waktu mandi tadi tak ada pula meragam nak poo poo.

"Tolong pakaikan baju dekat Aysar boleh? Takut dia sejuk lama-lama."

"Dah."

"Thank you sayang."

Aariz diambil dan dia buka semula paip dan ambil sabun yang telah disimpan untuk membasuh apa yang patut. Dia tak mengeluh cuma kadangkala rasa macam anak kembarnya sengaja nak kenakan papa dia yang kacak lagi menawan ni.

"Abang.. Telefon abang, ada orang call tu."

"Anak papa duduk sini sekejap ye? Boleh?" Aariz diletakkan di atas katil bersebelahan dengan Aysar yang sudah lengkap berbaju. Sempat dicubit perlahan pipi Aysar sebelum menjawab panggilan.

"Hello."

"Apa dia?"

"Dengan siapa pulak? Kau tak bagitahu aku pun? Minah mana kau cekup ni? Kau biar betul. Benda-benda macam ni tak boleh buat main."

"Kau serius ni? Bukan April fool kan? Eh tapi sekarang bulan Ogos. Bagitahu siapa perempuan tu?"

"Ish kau ni kedekut lah! Apa pasal? Bakal bini kau tu anak raja ke?"

"Ish ye lah nanti aku tolong senaraikan apa benda yang kena settle. Bye bakal pengantin."

Panggilan telefon diputuskan lalu telefon diletakkan ke tepi sebelum kembali kepada anak kembarnya semula.

"Kenapa abang?" Athira melabuhkan punggung di sebelah Azriel yang sedang memakaikan lampin pakai buang pada Aariz.

"Rafiq cakap dua minggu lagi dia nak nikah. Pastu dia tanya apa kena settle dulu. Ayah dia tak nak bagitahu, katanya usaha sendiri."

"Dia nak kahwin?! Kahwin dengan siapa?"

"Entah lah. Katanya rahsia. Dia ingat dia siapa nak rahsia-rahsia dengan abang."

"Tapi awal sangat dua minggu tu."

"Entah lah. Gelojoh, tak menyabar orang tua tu nak berbini."

"Tapi abang lagi tua daripada Rafiq."

"Sayang!"

"Hehehehe. Sorry ye suami saya yang tidak boleh menerima kenyataan."

"Sayang!"

Terus diterkam Athira sehingga wanita itu terbaring di atas katil. Athira digeletek membuat isterinya itu ketawa geli. Si kembar pula melihat ibu dan ayah mereka sedang bergurau senda dengan mulut yang terbuka.








sebenarnya bukan tak nak pub tapi asyik lupa.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now