BAB 75

2.1K 60 14
                                    

DUA TAHUN KEMUDIAN

Suasana di rumah itu riuh dengan gelak tawa keluarga. Azriel, Aariz dan Aysar. sedang mengemas rumah sementara Athira sedang menyediakan dessert di dapur ketawa sendiri mendengar teletah tiga beranak itu.

Si Aariz dan Aysar berebut barang, Azriel pula berusaha meleraikan pergaduhan dua beradik itu. Begitulah riuhnya rumah itu sejak Aariz dan Aysar sudah pandai bercakap.

"Sayang.. Ada apa-apa nak abang tolong tak?"

"Takda apa dah. Tinggal nak hidang dekat depan je. Aariz dengan Aysar mana?" Rambut Azriel yang sudah sedikit serabai mungkin jugak ditarik anak kembar mereka dibetulkan sedikit.

"Entahlah diorang. Dari tadi tarik karpet, karpetnya tak bergerak pun."

Tangan naik memeluk pinggang si isteri. Sempat dia mengusap perut boyot milik Athira. Saat Aariz dan Aysar baru mencecah satu tahun, mereka dikejutkan dengan kehadiran ahli baru keluarga itu. Tentulah Azriel yang paling gembira.

"Hahahaha. Macam-macam hal."

PON! PON!

Athira dan Azriel masing-masing menoleh memandang ke ruang depan rumah itu. Mereka berdua kemudian menyusun langkah ke arah pintu utama rumah. Rangkulan di pinggang sang isteri tidak dilepaskan.

"Assalamualaikum!"

Kelihatan Rafiq bersama ibu bapanya keluar dari perut kereta. Athira menyarungkan selipar lalu mendekati puan Aisyah sebelum bersalaman dengan wanita separuh abad itu.

"Ibu sihat?"

"Sihat macam ni lah. Alah comelnya baby bump dia."

Athira sekadar tersenyum saat perutnya diusap lembut. Kalau ikutkan Azriel tak bagi sembarangan orang menyentuh perutnya namun takkan nak tolak pula kan?

"Waalaikumussalam.. Masuk lah."

Azriel bersalaman dengan Tan Sri Khairy dan Rafiq. Senyuman manis diukir lebar buat tetamunya.

"Assalamualaikum kak." Athira tersenyum nipis apabila Leyla datang ingin bersalaman dengannya. Tangan dihulur acuh tak acuh.

"Tasya mana Rafiq? Kenapa tak bawak dia?" Rasanya dia menjemput Rafiq dengan Tasya, bukan Rafiq dan Leyla. Menyibuk pula perempuan yang seorang ini.

"Mana kembar? Rindu pulak diorang, lama tak jumpa." Rafiq yang mendengar persoalan itu lantas menukar topik. Dia segera mencabut kasut dan masuk ke dalam rumah.

Azriel menarik tangan Athira apabila semua orang sudahpun masuk ke dalam rumah. Kepalanya digelengkan sambil memandang Athira. Wanita itu pula menggulingkan bebola mata.

"Mana boleh! Athira jemput Tasya tau."

"Biarlah. Mungkin Tasya tak sihat. Tak payah sibuk lah hal orang, biar suka hati Rafiq nak bawa siapa pun."

"Abang pun sama!" Tangan Azriel ditepis dari terus melilit pinggangnya. Lantas dia menyusun langkah masuk ke dalam rumah.

Kelihatan keluarga itu sedang bermain dengan si kembar. Rafiq dan Leyla sedang bermain dengan Aariz sementara Tan Sri Khairy dan Puan Aisyah sedang bermain dengan Aysar.

Hari ni mereka memang buat makan-makan sikit. Saja nak mengeratkan silaturrahim. Lagipun lama sudah mereka tidak berkumpul bersama.

"Abang panggil mama dekat atas sekejap tau. Rasanya dia dah siap solat tu."

Athira mengangguk. Selepas menghantar pemergian Azriel, wanita itu mendekati keluarga angkatnya dengan sebuah senyuman.

"Aariz dengan Aysar ni dah pandai cakap ke belum?" Soal Leyla sambil mencuit hidung Aariz.

"Boleh lah sikit-sikit. Ingatkan ada Tasya tadi, ada belikan cheese tart favourite dia semalam. Dia kata teringin hari tu."

Empat sekeluarga itu tiba-tiba senyap serta merta. Rafiq yang sedang mengagah Aariz juga berhenti dan tersenyum kelat. Leyla pula menunduk dihurung rasa bersalah. Puan Aisyah sudah menggulingkan bebola matanya.

"Lama dah sampai?" Kelihatan ibu mertua Athira turun dari tingkat atas bersama Azriel di belakang. Athira lantas berdiri dan membawa langkah ke dapur.

Makanan di atas kitchen island dibawa ke meja makan besar.

"Biar abang bawak." Makanan di tangan Athira diambil dan dibawa ke meja makan. Sempat sebuah ciuman berlabuh di pipi itu.

Mereka sekeluarga menikmati makanan yang telah dimasak oleh Athira. Azriel mahu menempah saja makanan namun Athira yang berkeras ingin masak lagipula bukan banyak pun masak, sikit itu dan ini.

"Athira dah berapa bulan?"

"6 bulan."

"Wah! Nanti ada geng lah dia."

Athira berkerut pelik. Maksudnya? Dia menoleh memandang Azriel yang sedang menyuap Aariz dan Aysar makan. Lelaki itu tak pernah menyusahkan Athira untuk menyuap makan pada si kembar.

"Leyla pun mengandung! Dah dua bulan." Jelas puan Aisyah kegirangan sambil memeluk menantu kesayangannya itu.

Athira tersenyum nipis mendengar khabar itu. Mata dialih memandang Rafiq yang sedang mengusap bahu Leyla sambil tersenyum gembira.

Seronok atas derita orang lain. Adakah itu berbaloi?

"Tahniah. Cepatnya, bunting pelamin ye?"

Leyla mengangguk sambil tersenyum malu. Tangan gadis itu mengusap perut kempisnya sambil memandang ke arah Rafiq. Meluat pula dilihat pasangan itu.

"Mestilah! Leyla ni subur bukan macam Tasya tu. Tak lama lagi nak timang cucu, seronoknya."

Athira memandang Azriel. Lelaki itu pun tak tahu ingin memberi reaksi apa.

"Akak dah tahu gender baby apa?"

"Tak tahu lagi. Papa dia kata nak surprise, tunggu jelah lahir nanti jadi geng papa ke mama."

Athira mengalih pandangannya pada si kembar. Meluat pula lihat Rafiq dan Leyla bermanja di hadapannya. Gedik sungguh Leyla menyandarkan kepala di dada Rafiq. Kau dah kenapa?

"Azriel nak buat dinner company next week?" Soal Tan Sri Khairy. Dia mendengar berita itu dari anak lelakinya dan mereka sekeluarga pun dijemput hadir atas nama business partner.

"Ye. Azriel ada hantar invitation card."

"Yeah, I got it."

"Semakin berkembang perniagaan kamu ye Azriel? Pandai kamu cari peluang besar. Dengar-dengar dah ada pelabur untuk projek baru tu kan?

"Alhamdulillah, rezeki isteri dengan anak-anak. Untuk projek tu dah ada." Azriel menjawab sambil menyuap anak kembarnya makan.

Dia pula yang tak makan. Aariz dan Aysar berebut sudu, bila masa dia ada peluang untuk menyuap masuk ke mulut sendiri?

B..BB..

Semua orang mengalih perhatian memandang Leyla yang menepuk peha Rafiq. Pasangan itu terus berlari ke arah tandas tetamu di tingkat bawah.

"Dia dah start dah.. Athira muntah pun tak mintak abang teman."

"Sayang.. shh!" Azriel menyenggol bahu Athira yang bercakap lepas itu. Mujur isterinya itu berkata perlahan. Haih!

Sepanjang sesi menikmati makan tengahari itu, berbulu saja mata Athira melihat kemesraan pasangan di hadapannya. Saat semua orang sedang bergelak tawa, Leyla sibuk menyuruh Rafiq mengurut kepalanya.




chapter ni takda apa sangat nak bagi korang triggered sikit HAHAHAHAHAH

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now