BAB 58

1.5K 52 5
                                    

Selepas seminggu menetap di rumah ibu mertuanya kini dia dan Azriel pulang semula ke rumah mereka seperti apa yang telah dipersetujui. Rumah yang padat dengan segala macam jenis memori. Dari indah hingga pahit. Semuanya ada.

"Siapa kemas bilik ni?" Athira bertanya apabila dia melihat bilik Hanis yang kosong. Tiada mainan di atas katil mahupun lantai.

"Abang kemas. Semua mainan abang isi dalam kotak, baju pun sama. Ada dalam almari tu kalau Athira nak tengok."

Athira sekadar menggeleng.

"Saya tengok je bilik ni takde niat pun nak ganti bilik Hanis jadi bilik baby dalam perut ni so jangan risau lah ye."

"Tak lah. Kalau nak tukar jadi bilik baby pun apa salahnya? Cuma bilik baby abang dah sediakan. Semua barang dah ada dalam tu. Nak tengok? Jom."

Tangan Athira ditarik menuju ke bilik di sebelah bilik Hanis yang dulunya menjadi bilik di mana Azriel menyimpan semua alat senaman. Pintu kayu itu ditolak perlahan menunjuk bilik yang sudah dihiasnya.

Bilik bertemakan warna agreeable gray dan hiasan lampu tidur di dinding serta mural yang terletak di satu sudut. Sebuah katil bayi yang bersaiz besar diletakkan di tengah bilik bersebelahan dengan wing chair. Kalau bayi mereka dah besar tak payah tukar katil.

"Mural tu abang cat sendiri tau. Lukis je abang mintak tolong kawan abang hehe. Cantik tak?"

"Tak perlu pun bilik ni. Baby boleh tidur dengan Athira nanti."

"Takpa lah, kita tak boleh ajar anak tidur berkepit dengan kita 24 jam. Abang pun nak privasi dengan sayang. Lagipun dulu Hanis pun ada bilik baby so why not?"

Bahu Athira diusap lembut. Senyuman sentiasa terukir di bibir itu meskipun segala usahanya tidak dihargai sama sekali. Tak apa lah bak kata orang putih, slowly but surely.

"Barang-barang baby dengan Athira ada dekat rumah ibu lagi." Pakaian yang dia pakai semuanya baju Azriel dan baju yang ditinggalkan dulu memandangkan saiz badannya tidak lagi sama.

"Nanti abang ambilkan. Ada apa-apa lagi yang kurang?"

Athira memandang sekeliling bilik yang hampir sempurna itu mencari sebarang kesalahan yang dilakukan Azriel.

"Lantai ni berdebu lah, lap lantai ni. Pastikan bersih, Athira tak nak anak Athira tidur dalam keadaan penuh debu."

"Okay. Abang pergi ambil mop sekejap."

"Jangan pakai mop, pakai tuala lap setiap ruang yang ada jangan terlepas satu pun."

Walaupun lantai itu bersih berkilat dan tiada debu namun Athira sengaja mereka-reka alasan. Sebuah patung mainan yang berada di dalam baby court dicapai dan dipegang.

Flashback

Kepala digeleng melihat Hanis Ardelle yang melompat teruja di sekitar pusat beli belah itu. Sudah berbuih mulut melarang namun tetap juga berlari laju di atas lantai yang licin. Bila jatuh, Hanis akan bangun dan sambung berlari dan melompat.

"Mama sini!"

Lambaian tangan Hanis mengajak ibunya agar mendekat padanya. Athira tersenyum melihat kegirangan anak perempuannya.

Bukan senang nak meluangkan masa begini memandangkan masing-masing sibuk dan hampir tiada masa untuk Hanis.

"Tunjuk apa tu?"

Athira melutut di sebelah Hanis bagi menyamakan paras ketinggian mereka. Tubuh kecil itu dipeluk dari tepi sambil melihat ke arah patung mainan yang berada di atas rak kaca.

"Tengok teddy bear tu."

"Why? Hanis nak teddy bear tu? But those in pink suites you better. Aren't it?"

"Tak lah. Nanti kalau Hanis ada adik, Hanis nak beli teddy bear tu untuk adik!"

"Aik? Hmm.. Kenapa? Hanis nak adik?"

Hanis mengangguk laju sambil tersenyum. Bibir digigit malu.

"Ermmm Hanis tengok kawan boleh main sama-sama dengan adik dia. Best!"

Athira mendongak memandang Azriel yang berada di belakangnya. Mereka menghantar isyarat mata yang hanya pasangan itu mengerti.

"Tapi nanti Hanis kena jaga adik, kena mandikan dia, kena tidurkan dia, susah tau. Nak adik jugak?"

"Nak.. Nak satu je please.."

Melihat mata bulat itu tak sanggup Athira untuk mengatakan tidak. Dia hanya mampu tersenyum sambil jari bermain di rambut Hanis.

"Hanis kena jadi good girl dulu baru mama bagi. Boleh tak macam tu? Kalau Hanis jadi naughty girl, mama tak bagi."

"Hanis jadi good girl!"

"Alright.. Dah jom, tadi cakap nak beli dress cantik-cantik kan?"

Hanis mengangguk. Tangan Azriel dan Athira ditarik berjalan di dalam mall itu memenuhi hajat di dada. Azriel sekadar memandang Athira dengan senyuman nipis.

End Flashback

Inilah patungnya yang Hanis tunjukkan dahulu. Serupa dari segi rupa, bentuk, saiz dan warna dan mungkin juga dari kedai yang sama. Air mata yang jatuh setitis dia lap laju.

"Patung tu abang beli dekat kedai yang sama."

"Ehem. Athira nak balik bilik, sakit pinggang."

"Nak abang urut tak?"

"Tak payah! Bertambah sakit lagi nanti." Patung itu diletakkan semula ke dalam katil bayi lalu dia melangkah keluar dari bilik itu tanpa berpaling pada Azriel.

DING DONG

Mendengar loceng itu, Athira yang ingin menuju ke bilik tidur terus mengubah arah tujuannya. Keluhan dilepaskan sambil dia berjalan perlahan turun ke tingkat bawah ingin melihat siapa tetamu mereka.

Azriel yang berada di dalam bilik juga turut turun apabila mendengar bunyi loceng. Dia berjalan di belakang Athira mengawasi setiap langkah isterinya.

Sebelum membuka pintu sempat dia mengambil tudung yang tersidai di atas sofa. Tak menunggu lama dia terus membuka pintu memandangkan loceng sudah ditekan berkali-kali.

"Siapa tu Athira?" Soal Azriel apabila isterinya sudah membuka pintu menyambut tetamu yang hadir.

"Athira.. Ibu datang sebab ibu rindu sangat. Ibu risau kalau jadi apa-apa dengan anak ibu ni." Tangan Aisyah ditepis perlahan. Pandangan dicampak ke tempat lain.

"Tak perlu risau, Athira okay je. Kalau takda apa rasanya dah boleh balik kot."

"Sayang.. Tak baik cakap macam tu. Ibu, ayah, masuk lah. Maaf rumah bersepah sikit sebab baru renovate."

Segaris senyuman ditayang dan pintu dibuka luas mempelawa tetamunya masuk. Mujur saja bahagian ruang tamunya tidak bersepah, hanya di sudut tangga sahaja penuh dengan cat dan peralatan lain.

"Athira naik dulu, penat."

Athira terus melangkah pergi meninggalkan tetamu tak diundang itu bersama Azriel. Dia masih tak bersedia untuk menangis lagi.

Azriel memandang isterinya dan tetamu mereka bersilih ganti. Rasa serba salah di dalam diri semakin menebal. Lagi-lagi apabila dia melihat wajah sayu si ibu. Athira jadi begitu puncanya dari Azriel juga.



𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now