BAB 8

1.2K 53 38
                                    

Athira duduk ditepi kolam sambil kakinya direndamkan di dalam air. Bosan. Dalam rumah ni ada pembantu rumah yang menemaninya namun mak jah nampak penat menyebabkan dia membiarkan orang tua itu berehat di dalam bilik.

Handphone diambil. Tiada apa apa yang seronok di dalam handphone nya. Macam mana lah kalau Hanis ada dengan dia sekarang? Pasti dia sibuk melayan kerenah anak kecil itu.

"I miss you."

Dia ingat lagi hari dia mengetahui jantina bayi. Dia kecewa. Dia dibayar untuk mengandungkan anak lelaki Azriel Haikal namun jantina bayi mereka ialah perempuan.

"Siapa cakap perempuan tak boleh urus syarikat? Tak boleh buat aku happy? Cuma aku harap dia tak cengeng macam kau."

Ayat yang dikeluarkan dari mulut Azriel sewaktu memujuknya masih jelas diingatan. Termasuklah suara Azriel. Cubitan Azriel dihidungnya.

"Aishhhh!! Kenapa aku kena ingat semua tu? Athira Sofia please.. dia dah berkeluarga. Dah ada isteri. Kau nak jadi perampas ke?"

Tapi.. apa salahnya sekali seumur hidup jadi perampas? Aishhhh!! Patutlah Azriel selalu menyampah dengannya, ada sahaja nak menjawab.

DING DONG

Athira mengintai susuk tubuh yang berdiri di depan pagar. Kakinya dikeluarkan dari dalam kolam dan berjalan ke pagar selepas menyarungkan selipar.

"Ye- awak nak apa?"

"Kenapa kau ada dekat sini?"

"Awak expect saya duduk dekat mana? Bawah jambatan?"

"Tapi ni rumah Rafiq-"

Hampir terlupa pula dia. Rafiq Isaac dan Azriel Haikal berkawan baik. Aishhhh..

"Suka hati saya lah nak duduk rumah dia. Saya kacau life awak ke? Tak kan? Haa habistu?"

Athira terus berpusing ingin masuk ke dalam rumah. Darah merah sudah menyerbu wajahnya menahan malu.

"Bukaklah pagar ni. Rafiq mana?"

"Rafiq dekat rumah kawan dia lah! Call lah dia!"

Langkah dilajukan menuju ke pintu rumah. Malu. Dengan yakinnya dia menjawab persoalan Azriel.

Malu! Dia betul betul malu!

•••

Hanis berlari kearah uncle Rafiqnya. Terus dipeluk dan didukung tubuh kecil itu oleh Rafiq.

"Makin tembam kenapa?"

Digomol pipi tembam itu geram.

"Mana papa?"

"Tak tahu."

"Ni mesti tinggal papa ni kan?"

Hidung kecil itu dicuit.

"Ehehehe."

Hanis dibawa ke ruang tamu rumah sewa Rafiq. Rafiq sudah lama membelikan rumah ini cuma dia hanya balik pada hujung minggu sahaja. Dan sekarang dia tinggal disini selama sebulan membiarkan Athira tinggal di rumah ibu bapanya.

"Azriel."

"Bro. Aku ingat kau dekat rumah sana tadi lepas kau tak muncul aku terus datang sini."

"Aku lupa nak bagitahu ehehe. Hanis macam mana? Sakit dia."

"Macam tu lah. Doktor pantau je dia and nanti tengoklah bila boleh buat operation."

"Ibu kandung dia tahu?"

Azriel menggeleng sambil tersenyum nipis. Hanis yang terkial-kial ingin naik ke atas sofa itu diangkat Azriel dan dudukkan tubuh kecil itu diatas ribanya.

"Doktor cakap mustahil nak buat operation tu. Aku tak boleh hilang Hanis, dia je kenangan yang aku ada dengan bekas isteri aku."

"Kau tak cuba cari bekas isteri kau?"

"Aku dah jumpa."

"Dia kat mana? Sekarang dia duduk dekat mana?"

"Abaikan lah dia. Dia tak nak tahu pun pasal Hanis."

"Dia mesti nak tahu. Perempuan ni ego dia lain. Kau cuba pujuk dia."

"In Syaa Allah."

Hanis yang leka bermain dengan teddy bear miliknya direnung. Rambut panjang Hanis diselit kebelakang telinga.

"Hanis.. sini dekat uncle."

Hanis menggelongsor turun dari sofa dan berlari kearah uncle Rafiqnya di sofa lainnya. Hanis diangkat dan didudukkan diatas peha Rafiq.

"Comelnya dia. Teringin nak ada anak."

"Kahwin lah."

"Ish. Calon pun takde."

Pipi Habis dicubit geram. Azriel hanya memerhati sambil bibir tersenyum nipis. Dulu dia buat keputusan yang salah kerana mengupah Athira Sofia sebagai seorang ibu tumpang namun sekarang dia dah menyesal. Menyesal dengan dosa lalunya.

"Hanis pernah jumpa dia?"

"Pernah. Tapi tak lama. Less than 10 minutes?"

"Kau doa je lah. Mana tahu Allah lembutkan hati mama Hanis?"

Azriel tersenyum nipis.

"Mama tu siapa uncle? Hanis ada mommy je."

"Takde siapa sayang."

Bahu Azriel ditepuk beberapa kali memberi lelaki itu semangat. Perempuan kalau dipujuk memang akan cair cuma teknik je.

•••

Athira duduk dihadapan meja solek sambil mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut. Dia memandang dirinya sendiri melalui pantulan cermin.

Wajah Hanis Ardelle masih jelas diingatannya. Tipulah kalau dia taknak berjumpa dengan anaknya itu. 4 tahun dia pergi, hidup dia tak tenang. Tak pernah sekali pun dia melupakan Hanis.

Patutkah dia berjumpa dengan Hanis?

"Mama dengar Hanis sakit. Hanis sakit apa sayang?"

Wajah ditekup dengan kedua belah tangan. Dia merintih seorang diri di dalam bilik yang sunyi itu. Kalau boleh sekarang juga dia nak berjumpa dengan Hanis Ardelle anaknya namun.. layakkah dia? Layakkah dia untuk menjadi seorang ibu?

Hatinya sesak. Sesak setiap kali memikirkan sama ada dia patut muncul di depan Hanis atau terus bersembunyi.

*Sorry for short chapter.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now