BAB 54

1.8K 63 4
                                    

Selesai menunaikan solat di surau, Azriel naik ke wad Athira untuk memeriksa wanita itu. Dia mengintip Athira yang sedang baring mengiring membelakangi pintu dari cermin pintu. Makanan yang hospital beri pun langsung tak diusik menambah kerisauan di hati.

Pintu wad itu ditolak perlahan lalu ditutup semula. Satu persatu langkah diatur mendekat katil pesakit. Tak terkira berapa kali dia menghela nafas untuk menghilangkan debaran di dada.

"Athira.. Sekejap lagi ibu nak datang. Makan dulu ye? Nanti perut tu kosong." Cuba dipujuk selembut mungkin.

"Awak tak faham lagi ke Azriel? Saya benci awak!"

"Bencilah abang tapi jangan dera anak dalam perut tu. Kesian dia nak makan, dari malam tadi lagi mama dia tak makan."

Mata digulingkan menyampah dengan lelaki di hadapannya yang membuat bayi itu sebagai alasan. Selama ni tak pernah kesah pulak siap pijak budak ni.

Sedaya-upaya dia bangun sendiri dari katil tanpa bersuara. Apabila tangan Azriel dihulur menawarkan bantuan dia tepis kejam. Langsung tidak heran.

"Nak pergi mana?"

"Tak payah sibuk lah." Tangan Azriel ditepis.

Baru setapak dia berjalan, kaki sudah tidak stabil menampung tubuh itu menyebabkan dirinya hampir saja jatuh ke lantai, mujur Azriel ada di tepi menangkap tubuh itu.

"Kan abang dah cakap." Tak bercakap banyak, Azriel lantas mendukung tubuh itu dan menapak menuju ke tandas yang tak jauh dari katil.

Athira hanya diam sehingga dia diturunkan di dalam tandas.

"Dah keluarlah. Sikit-sikit sudah lah, lebih-lebih siapa nak layan?" Lontaran kata pedas Athira membuat Azriel tersenyum sendiri menggaru kepala.

"Kalau macam tu abang tunggu dekat luar. Kalau nak apa-apa jerit je." Sejurus memastikan Athira boleh berdiri dengan stabil, dia melangkah keluar dari tandas itu.

Dia melihat sekeliling wad itu sambil menunggu Athira di luar tandas. Untung saja bilik ini betul-betul menghadap sungai jadi tidak lah bosan. Ada pemandangan cantik!

Menyedari bunyi air sudah hilang dari pendengaran, dia menoleh memandang pintu.

"Athira dah siap?"

"Hmm."

"Abang masuk ye?"

Perlahan-lahan pintu tandas itu ditolak. Azriel menapak masuk ke dalam mendekati Athira yang berdiri tegak sambil membuat muka toya.

"Abang dukung tau."

"Kalau bukan sebab saya terseliuh I don't need your help so jangan perasan yang saya ni mengada dengan awak."

Azriel tersenyum nipis. Tubuh itu didukung cermat supaya tidak membatalkan wuduk Athira lalu dibawa keluar dari tandas dan terus mendudukkan Athira di birai katil.

"Saya nak solat. Nak pergi surau sebab takde telekung dengan sejadah."

"Ouh ni ada. Tadi Rafiq singgah sebelum pergi kerja hantar telekung dengan baju. Aunty Aisyah suruh hantar." Beg di dalam almari dia ambil dan keluarkan sepasang telekung sebelum menyerahkan telekung itu pada Athira.

Sejadah dibentangkan mengikut arah kiblat. Kerusi juga turut disediakan, faham dengan keadaan Athira yang tidak boleh solat dengan sempurna.

"Nak abang dukung tak?"

"Tak payah. Saya boleh jalan."

Athira berjalan memegang sisi katil hospital mengheret kaki sementara sebelah lagi memegang perut. Dia menghela nafas lelah sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi.

Sementara isterinya solat, Azriel mengemas katil dan meja.








"Arghhh sakit!" Athira menjerit tatkala seorang makcik mengurut kuat kakinya untuk membetulkan urat yang sudah terbelit akibat jatuh malam semalam.

Tangannya memegang kuat tangan Azriel melepaskan rasa sakitnya dengan mencengkam tangan itu. Azriel hanya mampu diam, dia juga terasa sakit akibat cengkaman tangan si isteri.

"Tahan sikit kalau tak macam mana nak baik." Minyak disapu di bahagian pergelangan kaki Athira. Sudah naik bengkak dan merah kaki itu.

"Perlahan sikit.. Sakit."

Athira membawa tangan Azriel ke mulutnya dan digigit tangan suaminya apabila wanita tua itu mula mengurut membetulkan segala urat sekaligus melepaskan geram.

"Makcik perlahan sikit, dengan saya sekali sakit kalau macam ni." Azriel meminta makcik di sebelahnya agar mengurut lebih perlahan.

Selepas 30 minit mengurut kaki Athira, makcik itu beredar dari wad itu selepas menyelesaikan tugas. Athira hingga tertidur akibat penat menjerit dan menahan sakit sepanjang diurut.

Azriel duduk di atas kerusi merenung wajah naif itu. Rambut yang sedikit terkeluar dari tudung dimasukkan semula. Peluh yang membasahi dahi dia lap dengan tisu. Pasti sakit sampai keluar peluh.

"Athira macam mana? Doktor cakap dia okay?" Soal Puan Aisyah.

"Doktor cakap okay je, esok dah boleh balik kalau tak ada apa-apa."

"Ermmm.. Azriel nak bawak balik Athira?" Sekarang Athira dah tahu semuanya jadi sudah tiba masanya dia mengembalikan semula wanita itu kepada si suami yang sudah lama menunggu.

"Rasanya macam tu lah. Tapi kena pujuk Athira dulu, mungkin dia tak nak. Maaf ye ibu datang nak melawat tapi Athira tidur pulak." Tangan kurus itu diusap perlahan.

"Tak apa. Baguslah dia tidur kalau tak mungkin dia tak bagi ibu tengok dia. Azriel jaga Athira baik-baik ye. Jangan sia-siakan dia, Athira dah hancur sangat."

"Terima kasih Aunty sebab bagi Azriel kepercayaan and peluang jaga isteri Azriel semula."

"Ingat, ini peluang terakhir."

Azriel mengangguk sambil tersenyum nipis. Matanya dari tadi tak lepas memandang segenap wajah jelita yang sedang tidur itu. Terkadang dia ketawa kecil apabila Athira menggaru wajah itu.

"Aunty nak balik dah?" Melihat puan Aisyah mencapai beg tangan dan kunci kereta lantas dia bertanya.

"Haah. Ni nasi ni suruh Athira makan nanti. Ibu balik dulu, esok ibu datang lagi."

"Athira sayang.. Bangun sekejap, ibu nak balik-"

"Takpa. Biar Athira tidur, dia penat tu. Ibu balik dulu nanti kirim salam dekat Athira." Tak mahu menganggu pasangan itu, Aisyah pun berundur juga. Lagipula suaminya akan pulang sekejap lagi.

Hilang saja bayangan puan Aisyah dari pandangan mata, Azriel kembali menumpukan perhatian sepenuhnya pada si isteri. Wajah itu direnung lama sehingga dia pun tertidur sekali.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now