BAB 13

1.2K 52 69
                                    

Gelak tawa Hanis Ardelle memecah sunyi rumah itu apabila Azriel galak menyakat anaknya sendiri. Mereka berdua bergurau senda di tengah ruang tamu berdua.

Ding Dong !

"Mommy dah balik lah Hanis."

Hanis terus menggelongsor turun dari sofa. Kaki kecilnya berlari anak menuju kearah pintu utama. Azriel hanya mengikut anaknya dari belakang.

"Mommy.."

Terkejut dibuatnya melihat ibu tirinya yang terhuyung-hayang memakai baju yang mendedahkan hampir seluruh tubuhnya. Azriel yang perasan akan reaksi anaknya cepat cepat menutup mata Hanis.

"Sayang papa pergi naik atas eh? Kejap lagi papa datang kita baca buku."

Hanis sekadar mengangguk. Dia berlari naik ke tingkat atas sementara Azriel tajam menatap kearah isterinya.

"Yang you balik macam ni dah kenapa?! Hanis ada dalam rumah ni lah! You gila?!"

"Apa you ni? Ish bisinglah! I nak minum pun tak boleh!"

"Aku ni suami kau! Lepasni jangan berani keluar rumah kalau nak pergi club atau I.. ceraikan you."

"Ish. Tepi lah! You pergi lah dekat anak you tu! Tak payah sibuk pasal I . I duduk rumah pun you layan I?"

"I tak layan you? You tu 24 jam dengan telefon sampai rumah bersepah you tak bersihkan pun. You pernah masak? Not even once. Masuk bilik! Jangan keluar sampai bau alkohol tu tak hilang!"

Tasya memusingkan bebola matanya. Kasut dicabut lalu dibaling entah kemana. Handbag ditangannya dia campak keatas sofa lalu kaki menuju ke tingkat atas. Terhuyung-hayang tubuhnya akibat mabuk.

Azriel menutup rapat pintu rumah itu. Dada diusap memujuk diri supaya bertenang. Mainan Hanis yang sudah bersepah diatas lantai dia kemas sendiri.

Keluhan terlepas dari bibirnya melihatkan rumahnya yang tak serupa rumah. Dia terlalu sibuk.

"I need you in this home again Athira."

Patung Hanis dikutip lalu dibawa naik ke tingkat atas. Perlahan-lahan pintu bilik anak perempuannya dibuka.

"Anak papa dah tidur?"

"Belum."

Azriel melabuhkan punggung diatas birai katil.

"Papa kenapa mommy macam tu?"

"Hmm? Mommy sakit je. Hanis tidurlah, dah lewat ni. Esok main lagi."

"Mommy sakit? Mommy sakit apa?"

"Pening. Haah. Nanti mommy makan ubat. Hanis kena tidur esok papa bawak Hanis pergi office papa nak?"

"Nak!"

"Tapi promise kena tidur awal hari ni."

"Pwomise!"

Azriel tersenyum kecil. Pipi tembam itu digomol geram. Mereka berdua baring merehatkan tubuh diatas katil.

"Papa..papa.. perut dia.. besar. Siapa?"

Gambar Athira yang sedang mengandung di atas meja Hanis dilihat.

"Nanti Hanis tahu. Dia orang penting dalam hidup Hanis. Penting sangat and she loves you very much."

"Macam... Kakak tantek."

"Ye ke sayang? Tak lah. Hanis salah tengok."

Hanis hanya mengangguk faham. Ditepuk perlahan bahu Hanis mendodoikan anaknya tidur. Tidak lama selepas itu, Azriel turut tertidur disitu.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now