BAB 59

1.5K 53 2
                                    

"Athira naik dulu, penat."

Athira terus melangkah pergi meninggalkan tetamu tak diundang itu bersama Azriel. Dia masih tak bersedia untuk menangis lagi.

Azriel memandang isterinya dan tetamu mereka bersilih ganti. Rasa serba salah di dalam diri semakin menebal. Lagi-lagi apabila dia melihat wajah sayu si ibu. Athira jadi begitu puncanya dari Azriel juga.

"Err.. Sorry aunty, Athira tu tengah tak sihat sikit. Nanti Azriel tegur dia. Azriel buatkan air ye?"

"Tak apa. Aunty faham. Takpe, Azriel duduklah berbual dengan uncle, aunty buatkan air dekat dapur."

Azriel mengangguk dengan perasaan serba salah. Nak menghalang pun puan Aaliyah sudah berlalu ke dapur.

Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan lelaki separuh abad yang sudah menjadi seperti ayahnya. Rasa malu berhadapan dengan lelaki itu pun ada juga.

"Azriel macam mana? Okay?"

"Macam ni lah, okay je."

"How about your business? Ada apa-apa masalah? Perlukan bantuan uncle tak?"

"Tak apa uncle. Semua okay je, dua tiga masalah kecil tu biasa lah. Azriel dah boleh handle semua sendiri. Rafiq macam mana? Dua tiga hari ni tak jumpa dia, sibuk sangat katanya."

"Haah dia ulang alik ke genting, tu yang sibuk sikit. Azriel deko sendiri?" Soal lelaki separuh abad itu apabila melihat ruang dalaman rumah itu sedikit berubah.

"Haah. Ada yang tukar baru, nak terima orang baru kan. Teruja lain macam kali ni. Lagipun dah lama tak ubah decorations rumah ni. Dulu, Athira rajin buatkan."

Azriel tersenyum nipis melihat anggukan itu. Matanya melilau melihat ke arah dapur ingin memeriksa jikalau puan Aaliyah baik-baik sahaja.

"Ayah tengok-tengok lah dulu, Azriel naik atas sekejap nak tengok Athira."

"Ye lah."

Sejurus meminta diri dia terus melangkah pergi meskipun terlihat sedikit tidak sopan meninggalkan tetamu sendirian di ruang tamu. Laju langkah kakinya mendaki tangga dan menuju ke bilik utama.

Nafas dihembus beberapa kali sebelum dia mengetuk sebanyak tiga kali pintu kayu itu. Hari perempuan ni mudah terguris tapi mudah dilembutkan juga, dia perlu menasihati wanita itu sebagai seorang suami.

"Assalamualaikum.. Boleh abang masuk?"

Terlihat Athira sedang duduk di birai katil sambil melihat ke arah jendela.

"Masuk lah, bilik awak kan?"

Perlahan-lahan dia mendekati isterinya sebelum punggung dilabuhkan di sebelah Athira seraya menghapuskan jarak yang terhasil. Dia melihat riak wajah isterinya dahulu sebelum membuat apa-apa.

"Athira.. Abang nak cakap sikit boleh?"

Tangan perlahan mengusap bahu isterinya.

"Kalau pasal ibu dengan ayah, tak payah lah. Buat bazir air liur, lagipun saya tak nak dengar." Dia malas nak menangis lagi. Cukuplah air mata yang dia curahkan selama ini.

"Dengar dulu.. Ayah dengan ibu tu orang yang ada dengan Athira waktu Athira dalam kesusahan. Waktu sayang tak ada sesiapa. Diorang jaga Athira waktu pantang seikhlas hati, tak pernah minta balasan. Betul tak?"

"Hmm."

"Diaorang tak pernah mengeluh. Bila Athira perlukan bahu, ibu ada. Siapa yang rawat Athira dulu? Ibu kan? Diorang juga yang jaga sayang waktu abang buang sayang. Ingat tak?"

"Hmm."

"Tak baik layan ibu dengan ayah macam tu walaupun diorang bukan mak ayah kandung sayang. Athira kan isteri yang baik, anak yang baik. Abang nak Athira tahu, apa yang sayang buat tadi tu salah."

"Memang saya salah dalam semua hal! Orang lain tak pernah buat salah. Betul lah tu!" Air mata sudah mulai turun walaupun sudah sedaya upaya dia menahan sebak.

"Athira.. Abang tak cakap pun sayang sorang je yang salah. Dalam hal ni abang yang salah and I admit it. Cuma Athira tak boleh buat macam tu dekat ibu dengan ayah. Tetamu datang, kita kena layan elok-elok. Boleh tak isteri abang?"

"Saya tak nak jumpa sesiapa! Athira tak suka semua orang!"

Tangan Athira yang menampar bahunya dicengkam lembut. Cukup sekadar menghentikan pemberontakan wanita itu. Mata Athira yang sudah menampung air mata yang menunggu masa untuk mengalir dipandang dalam.

"Abang nak tanya. Dulu, siapa yang jaga Athira waktu pantang? Siapa yang sudi tumpangkan kasih sayang pada Athira? Siapa yang selamatkan sayang waktu abang dayus dulu?"

Athira mengalihkan pandangannya. Tak sanggup lama bertentang mata dengan mata helang itu.

"Abang tak marah.. Jawab soalan abang dulu. Abang nak tahu ni."

"I..ibu."

"Patut tak sayang kurang ajar dengan orang yang dah layan sayang lebih daripada anak sendiri? Abang tak marah cuma abang nak tegur sayang sebagai seorang suami."

"Keluar. Saya nak duduk sorang-sorang."

"Athira kena keluar dengan abang."

"Saya nak duduk sorang sorang! Tak faham bahasa ke?! Hish! Susah betul lah cakap dengan manusia ni!"

"Abang keluar tapi nanti kalau abang panggil sayang, sayang kena turun bawah. Boleh macam tu? Janji? Kalau tak janji abang tak nak keluar."

"Hish ye lah! Keluar lah cepat."

Azriel perlahan-lahan menapak keluar dari bilik itu lalu menutup pintu membiarkan Athira berseorangan memberi ruang kepada wanita itu untuk menghadamkan kata-katanya dan berfikir buat sejenak.

"Athira tak turun sekali?"

"Sekejap lagi dia turun, dia tengah sakit kepala. Aunty dengan uncle sihat? Lupa nak tanya khabar."

Punggung dilabuhkan di sofa bertentangan dengan dua pasangan berusia itu.

"Macam ni lah, sihat orang tua. Kamu faham-faham lah. Mama macam mana? Tak jumpa pun dia lepas balik dari umrah masa tu."

"Mama sihat je alhamdulillah. Ni uncle dengan aunty makan tengahari dekat sini ye? Azriel ada beli ikan patin, Athira mengidam semalam."

"Eh takpa, nanti tak selesa pulak Athira."

"Athira okay je. Makan dekat sini ye? Boleh ajak Rafiq sekali kalau dia free."

"Boleh jugak." Jelas riak teruja di wajah puan Aaliyah.

Sekarang misi dia melembutkan hati isterinya untuk berdamai semula. Walaupun dia lah puncanya namun kalau bukan dia yang memujuk Athira, siapa lagi?

sorry kalau ada typo.





𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang