BAB 22

1.2K 48 0
                                    

Belum sempat Azriel mematikan enjin, Hanis terlebih dahulu keluar dari kereta. Azriel menggeleng kepala sambil mencabut tali pinggang keledar yang dipakainya.

Cermin mata hitam ditanggalkan dan diletakkan di tempatnya.

Athira yang menyambut Hanis dengan teruja menyapa pandangan. Dia berdehem perlahan sebelum menapak maju ke hadapan.

"Ehem."

"Jom masuk dalam."

Hanis hanya diam di dalam dukungan ibunya sementara Azriel Haikal ikut membontoti anak beranak itu.

Masing-masing mengambil tempat duduk sebelum memulakan perbualan. Hanis yang terlebih nakal turun dari kerusinya dan berlari kearah taman permainan kecil di dalam restoran tersebut.

"Can we go straight to the point?"

"Sure."

"What is it?"

"But before that, I have a few questions for you."

Azriel mengangkit kening.

"Apa sebab awak berani tanya sama ada saya nak kahwin dengan awak atau tak?"

"Belajar tinggi pun tak ada guna kalau benak jugak. Because I love you."

"After what I did to you? Leave you and Hanis."

"Can we just forget what happened in the past years please? I love you and this is for Hanis. She needs attention from both of us."

"Do you really love me?"

"Athira Sofia, I love you. Can you shut your mouth? I just love you with no reason."

"What about Tasya?"

"Tasya. She's just my past. I realized that she's just a woman that come and go in my life. But you're different."

"What different?"

"You're something else. Your vibes, your eyes, your voice, how you treat me as your husband once upon a time and how you treat Hanis. I love every single thing about you."

"Really?"

"Athira Sofia."

"I don't trust you-"

"Just trust-"

"But I'm still gonna be your wife. For second time and I hope this is my last marriage. I wish you will always be there for me in whatever situation till we get older. Promise me."

"Athira Sofia sudi tak awak jadi permaisuri hati saya buat kali kedua?"

"shudi!"

Azriel Haikal menggulingkan bebola matanya apabila Hanis datang dan mengganggu waktu romantisnya bersama Athira.

"Kau nak apa budak?"

Athira terkekek suka. Hanis diangkat dan dibawa ke pangkuannya. Athira mengangkat dress Hanis mendedahkan kaki kecil puterinya.

"Ni kenapa ni?"

"Dia garu sampai berdarah."

"Sakit tak Hanis."

"Tak pun."

Hanis menyembamkan wajahnya di leher Athira. Kena pukul dengan mummy lagi sakit.

Flashback

Lelaki itu menghela nafas panjang melihat banyak makanan tersusun diatas meja. Mata naik melihat Athira yang sedang melahap pizza dan ayam sekali gus.

"Apa ni?"

"Makanan."

"Kenapa banyak sangat?"

"Biar lah. Orang nak makan. Kedekut."

Dua butang kemejanya ditanggal. Tali leher dicabut dan dia letak pada kerusi. Punggung dilabuhkan disebelah Athira.

"Takkan lah banyak sampai macam ni? Ni kotak ayam dah berapa? Kotak pizza lagi. Roti John lagi."

"Orang nak makan pun tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh. Boleh. Pasal duit aku tak kisah tapi kalau tak habis? Membazir kan?"

"Habis punya. Percayalah. Awak busuk lah, pergi naik atas mandi."

"Eh pandai pulak kau nak arah arahkan aku? Mana ada busuk. Ni haa bau ketiak aku."

Kepala Athira ditarik menyuruh gadis itu membau ketiak basahnya. Athira sedaya upaya menarik semula kepalanya.

Gelak tawa mereka memecahkan suasana sunyi rumah itu. Azriel menarik tubuh kecil itu masuk ke dalam dakapannya.

Kepala dilentokkan diatas bahu Athira.

"I miss you."

"Hmm.."

"How was the baby?"

"Good progress."

Athira menyandarkan kepalanya pada kepala Ariel. Tak pernah dia sangka kehidupannya akan jadi sebahagia ini. Kehidupan yang disangkanya hanya ibu tumpang semata-mata.

Mata Athira berhenti pada bahu Azirel yang terdedah. Diselak kemeja itu kasar melihat bahu lebar lelaki itu kemerahan dan ada sedikit kesan luka lama.

"Kenapa ni? Kenapa luka?"

"Tak ada apa."

"Tak ada apa apa? Ada apa apa."

"Athira.. Nothing. Aku naik atas dulu, nak mandi."

Athira menarik tangan lelaki itu sekuat tenaganya.

"Cakap dulu apa tu."

"Aku.. aku terkena kayu je. Dah lah, aku belum solat lagi ni."

Azriel menarik tangannya dan terus berjalan cepat ke tingkat atas sebelum disoal lebih oleh Athira.

End Flashback

Sampai sekarang Athira masih tertanya-tanya tentang lebam di bahu Azriel. Dia masih belum mendapat jawapan yang logik.

Mungkin betul kena kayu tapi kayu apa? Syarikat Azriel bukan syarikat pembinaan nak kena lawat tapak and then kayu jatuh atas dia.

Cliche.













*sorry for short chapter. Sweet dream ♡

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now