BAB 55

1.8K 62 0
                                    

Mata memerhati Azriel yang ke hulu ke hilir mengemas beg kerana sekejap lagi selepas doktor datang memantau mereka sudah boleh pulang. Dia mendesis sakit setiap kali dirasakan tendangan yang agak kuat oleh si bayi.

"Kenapa ni? Sakit kat mana-mana?"

"Tak. Saya rasa awak dah boleh balik."

"Kenapa pulak? Kita balik sama-sama lah. Balik rumah kita. Dah lama rumah tu rindu tuan dia yang cantik jelita ni."

"Saya tak nak. Biar saya bawak haluan saya sendiri. Saya tak nak ikut awak. Mana mungkin saya balik semula ke tempat yang penuh memori pahit." Mata dilarikan mencampakkan pandangan ke luar tingkap.

"Tapi kita ada memori indah jugak dekat rumah tu kan? Memori kita berdua, memori dengan Hanis. Kan?"

"Saya tak nak. Awak faham tak saya tak nak? Awak ni sejak dua menjak ni memang biul ye? Dah tak faham bahasa melayu? Ke orang ego ni pakai bahasa lain?"

Mata menjeling Azriel yang mula melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Kita balik rumah kita ye? Kalau tak nak, bagitahu abang Athira nak duduk mana? Kalau Athira nak duduk rumah baru pun boleh."

"Saya tak nak duduk dengan awak. Faham? Dengan orang lain pun tak nak! Biar saya sorang-sorang! Semua dah khianat saya jadi pada siapa saya nak bergantung lagi? Tak ada sesiapa!"

"Kali ni je tolong dengar cakap abang, kita tinggal sekali ye? Lepas ni apa je sayang nak abang tunaikan kecuali cerai."

Keadaan menjadi senyap seketika. Athira termenung memandang jendela. Selepas lama dai berfikir, bibir menerbitkan sebuah senyum yang cukup sinis.

"Okay. Saya duduk dengan awak tapi awak akan tunaikan apa saja yang saya nak. Betul? Mulai sekarang?"

"Ye mulai sekarang. Terima kasih sayang. Kali ni percayalah abang takkan sia-siakan dah peluang ni."

"Eh tak payah lah pegang-pegang. Melebih pulak." Tangan yang disentuh Azriel dia tarik. Bebola mata digulingkan tanda menyampah dengan lelaki di sebelahnya namun Azriel tetap tersenyum.

Sampai sahaja di KLIA2 Azriel meletakkan keretanya di kotak parkir dengan sempurna. Brek ditekan dan gear juga ditukar kepada P. Brek tangan ditarik sebelum dia menanggalkan tali pinggang keledar.

"Kita buat apa dekat sini?"

"Jom ikut abang. Abang ada surprise untuk Athira." Azriel keluar dari perut kereta dan berlari ke belah penumpang di mana Athira duduk.

Pintu itu dibuka dengan segaris senyuman. Tangan dihulur menyambut tuan puteri keluar dari kereta. Athira bersusah payah keluar dari perut kereta tersebut. Mengah!

"Surprise apa? Nak naik kapal terbang? Saya ni bawak budak, jangan buat tak pasal. Orang penat boleh pulak nak buat surprise."

"Mak-mak ni memang suka membebel ye? Bukan naik kapal terbang, ada surprise lain. Jom."

Tangan Athira dipegang dan wanita itu dibawa masuk ke dalam bangunan KLIA2 tersebut. Mengikut jadual, sepatutnya kejutan untuk Athira sudah tiba.

"Mana surprise tu? Awak nak bagi saya kapal terbang sebiji?"

"Sabar. Apa mak buyung tak sabar ni? Jom duduk dulu, jangan marah-marah."

Athira merengus geram. Walau begitu, kaki tetap menapak mengikut Azriel yang menuju ke ruang menunggu.

Setelah lebih kurang 15 minit mereka menunggu, akhirnya kejutan buat Athira muncul juga. Habis lenguh kaki Athira terpaksa berdiri di hadapan balai ketibaan menunggu kejutannya.

"Mama!"

Mungkin sudah lupa bahawa dia berbadan dua, Athira terus berlari ke arah ibu mertuanya dan memeluk tubuh itu erat. Azriel di belakang sudah menggelengkan kepala. Buatnya tersembam jatuh kan susah.

"Athira sihat? Lamanya tak jumpa menantu mama ni. Allah kabulkan jugak doa mama nak jumpa dengan Athira."

"Jadi sekarang Azriel dah jadi anak mama semula kan?" Mencelah Azriel di antara perbualan dua orang wanita itu.

"Dalam tempoh percubaan. Jom Athira, lama tak berbual dengan Athira." Kedua wanita itu berjalan mendahului Azriel.

Mereka bertiga keluar dari KLIA2 dan terus menuju ke kereta di tempat parkir. Azriel hanya mengikut dua orang suri hatinya yang sakan bergelak tawa di hadapan.









Pintu bilik ditolak perlahan lalu Azriel menapak masuk ke dalam bilik. Untuk seminggu, mereka akan menetap di rumah ibunya, puan Karina atas permintaan Athira. Mahu tak mahu terpaksa dia setuju saja. Kan dah janji.

Athira yang duduk di hadapan meja solek didekati. Dimulakan dengan sentuhan lembut di bahagian bahu sebelum sebuah ciuman berlabuh di atas kepala wanita itu.

Athira yang baru sahaja selesai melakukan skincare routine itu berkerut pelik melihat Azriel yang tiba-tiba saja berpelakuan romantik begitu.

"Athira nak tidur dah?"

"Hmm."

"Abang ada satu lagi surprise. Tutup mata tau. Jangan tipu pulak. Abang pergi ambik your special surprise."

Laci di tepi katil dia buka lalu mengeluarkan beg kertas yang terisi hadiah buat isterinya. Beg kertas itu diletakkan di atas peha Athira.

"Buka lah mata."

Perlahan-lahan dia membuka mata dan melihat apa yang berada di atas pehanya. Athira berkerut pelik saat melihat isi dalam beg kertas tersebut. Dia memandang Azriel untuk sejenak seakan tidak percaya.

"Telefon Athira kena curi kan? Ni abang ganti yang baru."

Kotak iphone 14 itu dibuka perlahan. Kagum sekejap dia melihat isi di dalamnya. Yang dulu menjadi angan-angan, kini sudah ada di depan mata. Telefon canggih itu dikeluarkan dari kotak dan dibelek.

Warna merah jambu! Suka!

"This is my welcome present for you. Pasal kad bank Athira, abang dah settlekan dengan bank and diorang dah block that card."

"Terima kasih. Dah lah saya nak tidur." Telefon dan kotak itu ditinggalkan di atas meja solek. Buat tak endah padahal dalam hati sudah tidak sabar nak pakai telefon tu!

Azriel senyum kecil. Dia menutup lampu dan membiarkan lampu tidur memberikan cahaya samar-samar buat mereka. Katil dipanjat lalu dia duduk di sebelah tubuh Athira yang sedang berbaring.

"Abang urut ye?"

Athira diam. Wanita itu merenung ke siling yang berwarna putih. Dia menghela nafas penat. Seharian bertarung fizikal dan mental merupakan sesuatu yang amat memenatkan.

Tanpa sedar ada air mata jatuh mengalir hingga ke rambut. Bibir diketap cuba sebaik mungkin untuk menyembunyikan rasa sedih itu. Dia tak lemah!

"Abang minta maaf." Tubuh isterinya dipeluk dan dibisikkan lembut pada telinga itu. Air matanya juga turut mengalir turun.

"Kenapa.. Kenapa semua orang buat Athira macam ni? Apa salah Athira?"

"Tak.. Sayang tak salah apa-apa. Abang yang salah. Abang minta maaf."

Malam pertama mereka selepas berbulan berpisah dihiasi tangisan penuh pilu. Azriel memujuk Athira hingga wanita itu tertidur dan dia pun turut sama terlena dalam tangisan.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now