BAB 56

1.6K 64 5
                                    

Mata melilau memandang pemandangan dari balkoni bilik tidur Azriel. Sesekali perutnya diusap apabila dirasakan tendangan dari si bayi. Duduk sendirian di situ, termenung seketika buat hatinya rasa sedikit tenang walaupun pada hakikatnya hati memendam seribu rasa yang tak terluah di mulut.

"Assalamualaikum anak papa. Buat apa dalam perut tu?"

Pandangan tidak dialihkan pada Azriel yang sedang melutut di hadapannya sambil mengusap perut terisi sebuah nyawa. Ego? Ye betul lah tu namun pada hakikatnya hati meronta ingin melihat kecomelan suaminya.

"Hmm kenapa termenung je ni? Fikir apa?"

"Takda apa."

"Eh nak pergi mana ni?" Azriel menahan tangan Athira yang sudah menapak masuk semula ke dalam bilik. Tubuh itu dipusingkan kembali menghadap pemandangan indah.

Tubuh isterinya dipeluk dari belakang dan perut Athira diusap perlahan. Dahinya didaratkan pada kepala si isteri dek kerana ketinggian Athira yang tak berapa nak tinggi.

"Ingat tak dulu kita main dekat laman tu? Sayang serang abang dengan paip air sebab abang kacau sayang siram pokok. Seronok kan waktu tu?"

Rasanya tadi Athira lagi sekarang dah tukar sayang? Lebih-lebih pulak jantan ni.

"Tak ingat."

"Ye lah abang je ingat memori indah kita dulu. Nanti kita main lagi supaya sayang ingat semula."

"Saya tak ingat dan saya tak nak ingat langsung. Saya tak nak ingat memori indah dengan manusia jijik macam awak. Sekali lagi saya bagi warning, anak ni anak saya sorang bukan anak Azriel Haikal."

Tangan Azriel yang berada di perutnya dia tepis kasar sebelum melepaskan diri dari pelukan si suami. Dia terus menapak ingin keluar dari bilik itu.

"Abang tahu abang hina tapi.. Athira takkan boleh ubah hakikat yang anak dalam tu anak abang jugak."

Kata-kata Azriel membuat kakinya berhenti melangkah.

"Sekarang baru nak mengaku anak? Dah makin hebat buat lawak lah Azriel Haikal ni, impressive. Dengar sini baik baik ye lelaki dayus. Kau yang pijak budak ni dulu! Kau yang tolak aku dan buat budak dalam ni hampir gugur. Kau jangan buat-buat lupa!" Jari ditunding ke wajah lelaki di hadapannya.

"Ye betul memang silap abang! Dulu abang tak boleh berfikir dengan waras! Memang abang yang salah! Sekarang ni abang tengah cuba baiki keadaan, bagi abang peluang." Azriel semakin mendekat. Bahu itu dicengkam lembut.

"Awak boleh cantum semula kaca yang pecah? Ada ke orang cantum semula kaca pecah? Selalunya orang buang je jadi apa kata kalau buang je Athira ni? Sebab Athira ni dah tak boleh digunakan lagi dah sama macam kaca pecah tadi."

"Abang! Abang akan jadi orang pertama cantum kaca yang pecah tu. Abang akan guna semula kaca yang pecah tadi dan pulihkan dia seperti sediakala."

"Tapi tak akan sama. Tak akan pernah sama Azriel Haikal. Saya dah tawar hati. Saya dah tak ada rasa apa lagi!"

"Jadi benarkan abang kembalikan rasa tu. Rasa gembira, rasa bahagia, rasa yang manis."

"Kehadiran awak cuma menambah luka yang baru nak pulih Azriel. Usaha saya untuk cantum semula hati yang hancur ni sia-sia bila awak datang."

"Kita bercakap nanti ye sayang? Sekarang kita ada dekat rumah mama." Pipi Athira diusap cuba menenangkan hati yang sedang membara itu.

Athira yang menahan tangis dari tadi akhirnya kecundang juga. Nafas dihela berkali-kali cuba menahan sebak di dada namun apakan daya air mata sudah tidak sabar ingin keluar. Di tengah bilik dan Azriel di hadapannya dia menangis sedih.

Hati perempuan akan selamanya nipis seperti tisu tak kira sekuat mana dia menahan.

"Ketawa. Ketawa lah! Awak mesti gembira tengok saya macam ni kan?! Ketawa Azriel!"

"Tak sayang. Hati abang pun sakit tengok air mata ni." Tubuh Athira ditarik masuk ke dalam pelukannya. Pukulan di dada tak dihiraukan. Bertalu-talu ciuman dilabuhkan pada sisi kepala isterinya.





Wajah lena itu tak jemu direnung. Selepas menangis tadi, Athira terus terlena dalam dakapan Azriel mungkin penat. Penat dari segi fizikal dan mental. Rambut yang terjatuh menutup separuh mata isterinya dialih ke belakang.

Bantal di pinggang Athira dibetulkan sedikit memastikan isterinya tidur dengan selesa.

"Athira tengah tidur?"

Kepalanya diangkat saat mendengar suara si ibu yang berdiri di muka pintu bilik. Kepala diangguk kan menjawab soalan yang diutarakan padanya.

"Dia baru je lena."

"Mama ada masak lempeng boleh makan dengan sardin.  Malam semalam dia cakap teringin. Nanti kalau Athira bangun, ajak dia makan. Belum sarapan lagi tu."

Aaliyah melabuhkan punggung di sisi menantunya. Kepala itu diusap penuh kasih. Jika dia ditempat menantunya pun, tak akan ada lagi semangat untuk hidup.

Sejak dia mengetahui apa yang anak lelakinya lakukan, Azriel telah dibuang. Azriel telah diharamkan dari menjejakkan kaki semula ke rumah ini sehingga Athira dijumpai dan kembali sebagai isteri.

"Penatnya dia.. Tu ada minyak atas meja mama letak. Nanti sapu waktu urut badan Athira."

"Okay."

"Kamu dah cek apa jantina baby?"

Azriel menggeleng.

"Asyik kepit je kaki tu macam mana nak nampak. Ye kan anak papa? Setiap kali nak tengok dia pandai nak kepit kaki. Konon rahsia."

Aaliyah ketawa suka melihat anaknya bercakap dengan si cucu di dalam perut.

"Dua minggu lagi Azriel outstation kalau nak tumpangkan Athira dekat sini boleh tak? Risau dia sorang sorang dekat rumah."

"Mestilah boleh. Dah lah, mama keluar dulu takut terjaga pulak Athira ni. Jangan lupa makanan kat bawah tu."

Azriel mengangguk. Sejurus bayangan ibunya hilang, dia terus berbaring di sebelah Athira sambil menepuk bahu itu mendodoikan si isteri agar lebih lena dan tidak terganggu.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now