BAB 73

1.7K 57 10
                                    

Kini suasana ruang tamu itu sunyi meskipun ada 5 orang sedang berkumpul untuk berbincang. Hanya bunyi pendingin hawa yang kedengaran dan sesekali bunyi esakan seseorang. Ada yang menunduk dan ada yang memandang dengan mata yang membunuh.

"Jelaskan apa dah jadi."

Rafiq menjeling ke arah Tasya yang berada di sebelahnya sedang menahan tangis.

"Kitorang.. kitorang tak buat benda tu."

"Memang lah tak buat tapi jelaskan macam mana benda macam ni boleh jadi?! Ada anak sorang pun susah nak jaga macam anak sepuluh!" Tengking Tan Sri Khairy memecah suasana hening rumah itu. Isterinya sudah mengusap dada si suami agar bersabar.

"Rafiq.. dalam bilik air. Tasya tersalah masuk bilik. Receptionist bagi kunci bilik Rafiq dekat Tasya yang sepatutnya kunci tu, kunci bilik lain. Waktu.. waktu orang pejabat agama tu ketuk pintu, Rafiq terus bukak pintu. Tak perasan langsung ada orang lain dalam bilik tu."

Dengan keadaan yang hanya berlilit tuala di pinggang dan Tasya yang sudah menanggalkan tudung serta baring di atas katil, mereka ditangkap basah. Semua ini berlaku secara mengejut sehingga mereka sendiri mengambil masa untuk memproses kejadian sebenar.

"Tasya, ada apa-apa nak cakap?"

"Sumpah! Tasya bukan nak ambil kesempatan. Receptionist tu memang betul-betul salah bagi kunci."

"Takkan kamu tak cek dah nombor bilik kamu tempah tak sepadan dengan nombor bilik Rafiq?"

"Tasya memang dah pergi dekat tempat yang Tasya tempah tapi ada orang dekat dalam tengah bising. Kunci pun tak sepadan. Bila Tasya tengok balik nombor bilik pada kunci tu lain so Tasya ingat diorang dah ubah bilik sebab bilik yang Tasya tempah tu dah ada orang. Sebab penat sangat Tasya terus masuk je."

"Kamu buat apa dekat sana?"

"Tasya melawat kubur arwah mummy."

Suasana menjadi hening kembali. Tasya rasa seperti dirinya yang salah dalam hal ini. Semua orang mengesyaki dia yang sengaja memerangkap mereka untuk ditangkap khalwat bersama padahal dia sendiri pun terkejut.

"Kau nak apa sebenarnya? Kau nak duit aku? Kau perangkap aku sebab kau nak duit aku kan? Dasar mata duitan!" Serang Rafiq.

"Jangan cakap kurang ajar dengan anak uncle! Dia pun ada maruah!"

Dato' Sufi mempertahankan anak perempuannya. Anak perempuan tunggal, tak kisah lah seberapa teruk pun dia, Tasya satu-satunya anak yang dia ada.

"Memang betul-betul takda bukti?"

"CCTV dalam bilik takda, CCTV dekat receptionist pulak memang tak dengar suara. Jadi setakat ni belum ada." Jelas Rafiq.

"Jadi apa kamu nak buat?"

"Kalau tetap takda bukti, bayar denda."

"Ayah tak setuju!"

"Uncle tak setuju!"

Kedua-dua orang tua bergelar ayah itu berkata serentak. Tasya mengangkat wajah yang dari tadi menunduk terkejut dengan jawapan ayahnya sendiri. Kenapa pula tak setuju?

"Ini tentang maruah Tasya."

"Siapa peduli tentang maruah? Lagipun maruah anak uncle ni dah lama hilang waktu dia porak perandakan rumah tangga orang dulu!"

"Rafiq, Jangan kurang ajar dengan orang tua! Ayah pun tak setuju. Kamu kena bertanggungjawab. Kamu dah malukan keluarga lepastu senang-senang nak bayar denda? Dengan bayar denda tu orang takkan bercerita?"

Tasya hanya menunduk. Walaupun belum mengeluarkan sepatah kata namun awal lagi dia tahu setiap kata-katanya takkan dipeduli jadi lebih baik dia diam. Lagipun masing-masing yang berbincang adalah ketua keluarga, tahu lah mereka apa yang terbaik meskipun perkara itu dibencinya.

"Kau gembira lah kan? Sebab tu kau senyap, betul tak? Kau dah tak sabar nak kikis harta aku kan?"

Tasya diam lagi. Sedikit pun dia tidak mengangkat wajahnya. Tak kira lah separuh mati pun dia mempertahankan diri sendiri, dia tetap akan dianggap mata duitan, sundal dan seumpamanya.

"Daddy, jom balik. Tasya penat."

"Kita belum selesai!"

"Keputusan dekat tangan awak Rafiq. Suka hati awak lah nak buat apa pun. Saya ni kan patung je sesuka hati awak nak maki hamun, sebuah patung tak boleh buat keputusan."

Kini dia lebih berani menapak selangkah merapati jarak antara mereka. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia penat. Penat mempertahankan diri sendiri. Penat menahan sebak.

"Saya pun serahkan keputusan ni dekat anak Tan Sri. Kalau tetap nak bayar denda, saya boleh bayar, tak lapar pun harta anak Tan Sri tu. Saya minta diri dulu, assalamualaikum."

Tangan puteri tunggalnya ditarik lalu menapak keluar dari rumah agam itu meninggalkan tiga beranak itu membuat keputusan sendiri. Dia kan keluarga terpaling bermaruah.

"Tasya minta maaf sebab dah malukan daddy."

"Semua manusia buat silap. Whatever it is, Tasya tetap anak daddy. Kalau ada salah, daddy tegur."

Senyuman nipis terlakar di bibir. Sejak dia berubah ke arah yang lebih baik, ayahnya juga mula menunjukkan perubahan. Mungkin terkesan apabila melihat anaknya sudah berubah.






Selesai sudah 100 hari berpantang Athira, wanita itu sudah mula membuat kerja rumah. Azriel pula sudah mula dengan kegiatan perniagaan lelaki itu. Kadangkala sahaja Azriel mengambil cuti jika kembar sakit atau menangis tak berhenti.

Athira juga tidak penat duduk rumah menjaga bayi mereka meskipun kembar. Masing-masing tak banyak ragamnya cuma laju saja tangan kecil itu bergerak mencapai barang.

Setiap hujung minggu akan ada pembantu rumah yang datang mengemas rumah dan Azriel akan membantu Athira setelah lelaki itu pulang dari kerja.

"Mana anak-anak mama? Aariz, Aysar! Mana sayang mama ni? Hah! Jumpa!" Athira terus menggomol dua tubuh kecil itu sehingga mereka ketawa memaparkan gusi yang masih belum tumbuh gigi.

"Peluk kembar je? Suami yang kacak lagi menawan ni tak nak peluk?"

Athira menoleh apabila mendengar suara seseorang. Senyuman terukir tatkala melihat Azriel di muka pintu berpakaian pejabat pasti pulang untuk makan tengahari.

"Abang dah balik? Athira tak perasan." Tubuh tegap Azriel dipeluk dan ciuman dilabuhkan pada dada suaminya.

"Baru je. Kembar tak tidur?"

"Belum. Diorang baru bangun tu."

"Lewatnya bangun?"

"Lepas abang pergi tadi, Aysar dah menangis. Biasalah, abang dia pergi tamparnya muka si adik menangislah Aysar tu. Aariz pulak buat muka tak bersalah."

Azriel ketawa mendengar cerita daripada isterinya. Kelakar sungguh gelagat kembar itu! Aariz tak habis-habis nak tampar si adik. Walaupun perlahan tapi Aysar ni hati tisu ikut mama dia, menangis lah jawabnya.

"Abang tak rasa lagi nak makan lagipun abang masuk lewat sikit sebab ada meeting area rumah kita so nanti pergi meeting baru balik office."

"Ouh. Kalau macam tu, abang jagakan kembar sekejap boleh? Athira nak mandi, tadi dah mandi tapi berpeluh semula."

"Boleh. Count on me."

Athira tersenyum. Gembira dia apabila Azriel ringan tulang untuk menolong. Semua kerja jadi mudah dan tak ada isu salah seorang sahaja yang penat menguruskan rumah. Penat sama-sama, rehat sama-sama.














dah lama tulis tapi sibuk sangat beraya sampai lupa nak pub.

 

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu