BAB 46

1.6K 68 8
                                    

Pejabat sudah gelap hanya ada beberapa lampu saja yang terbuka memberi cahaya samar-samar. Kalau tak kerana ibunya, Rafiq takkan menyusahkan diri malam-malam datang ke bangunan itu semata-mata ingin mencari Azriel. Budak tu memang tak reti balik rumah tengok bini ke?!

Pejabat Azriel cerah dengan lampu menunjukkan lelaki itu masih berada di pejabat. Rafiq tanpa berlengah terus menuju ke pejabat tersebut. Pintu kaca yang gelap itu ditolak memandangkan pintu itu tidak berkunci.

Jatuh rahangnya melihat pertunjukan percuma di hadapan mata.

"Azriel Haikal! Kau buat apa ni?!"

Pasangan yang sedang hangat berasmara itu terus menolehkan wajah apabila mendengar jerkahan dari Rafiq. Lelaki itu memandang ke lantai apabila tubuh Tasya yang terdedah menjengah mata.

"Ei perempuan jalang, baik kau pakai baju kau sekarang sebelum aku campak kau keluar ikut tingkap tu." Tegas arahannya. Buku lima digenggam menahan marah di dada.

Tasya yang terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Rafiq lantas mengambil kemeja satin dan skirt separas peha itu lalu disarungkan ke tubuh. Azriel juga turut menyarungkan seluar yang sudah tertanggal di bawah.

Melihat Tasya berlari keluar, Rafiq mengangkat wajah. Tubuh Azriel yang berkilat akibat peluh yang terhasil dari projek asmara bersama Tasya merosakkan pandangannya. Dada lelaki itu juga berombak dengan nafas yang menderu.

"Kau buat apa ni?"

"Kau nak apa datang sini?" Soal Azriel sambil lelaki itu membutang kan baju kemeja.

Rafiq ketawa kecil sebelum meluru ke arah Azriel kolar lelaki itu ditarik kasar membuatkan Azriel bangun dari kerusi. Urat urat di dahi sudah timbul menahan amarah yang membuak di dada.

"Dah berapa lama kau buat ni? Aku tanya! Dah berapa lama kau duakan Athira?! Perangai kau ni lagi teruk daripada binatang kau tahu tak?!"

"Best apa Tasya tu, sedap. Kau nak try rasa dia?"

Rafiq diam dengan dada yang berombak. Kolar kemeja Azriel dilepaskan sebelum dia melayangkan sebuah penumbuk tepat mengena pada pipi lelaki itu. Azriel jatuh terbaring di atas karpet pejabat itu dengan senyuman kecil di bibir.

Rafiq memanjat naik lelaki itu. Kolar Azriel kembali dicengkam.

"Kau tahu tak Athira kat mana sekarang ni?! Kau tahu tak apa dah jadi dekat dia?! Lelaki dayus macam kau ni tak layak hidup!" Satu lagi penumbuk dilepaskan.

"Dia kemalangan sampai hampir hilang baby tapi kau dekat sini boleh bersenggama dengan Tasya tu? Kau ada hati perut tak? Kenapa Athira tu bodoh sangat pergi terima kau hah?!"

"Hahahahahaha. Dia yang bodoh bukan salah aku. Baguslah memang sesuai dengan balasan dia pun sebab dah bunuh anak aku."

Rafiq memejam mata cuba mengawal amarah. Kalau ikutkan hati memang dipijak-pijak muka kacak Azriel.

"Eh bodoh. Athira tu dulu mengandung 9 bulan macam-macam sakit dia dapat. Itu belum waktu berpantang. Dengan kesihatan mental dia teruk. Aku sendiri dengar dengan telinga aku dia meraung sebab bengkak susu. Kenapa dia nak bunuh anak dia lepas dia rasa semua sakit tu? Kau tengok dia bahagia lepas Hanis pergi?"

"Benda tu tak boleh ubah the fact that Athira yang bunuh Hanis. Perempuan tu bunuh anak aku. Satu-satunya anak perempuan aku!"

"Kau memang tak guna Azriel Haikal. Lepas ni kau jangan harap dapat jumpa Athira! Kau hiduplah sesuka hati kau, jangan Tasya tu lahirkan anak haram sudah. Aku dah tak boleh cakap apa dah sebab hati kau tu dah keras." Cengkaman pada baju lelaki itu dilepaskan.

Rafiq beredar dari pejabat itu meninggalkan Azriel yang terbaring di atas lantai pejabat dengan luka di bibir akibat penumbuk Rafiq. Hati yang mendidih cuba ditahan. Kalau ikutkan hati memang dia nak pecahkan muka Azriel tu sampai hancur tak serupa dalam kad pengenalan dah!









Athira melihat Puan Aisyah yang dari tadi ke hulu ke hilir entah buat apa. Ada saja benda nak dikemas. Dalam laci lah, pakaian dalam almari lah. Semua benda tak kena di mata. Dari tadi tak duduk diam. Dia pula risau namun dia hanya boleh memerhati memandangkan tangan dan kepalanya sudah dibalut kemas oleh doktor. Buat apa pun tak boleh.

"Athira tak ada mengidam apa-apa? Perut dah besar mesti dah mula sakit pinggang kan? Kaki ni pun ibu tengok dah bengkak."

"Biasa je ibu. Waktu mengandung Hanis macam ni jugak."

Puan Aisyah melabuhkan punggung di sisi anak angkatnya sebelum kaki itu diurut-urut. Dia pun pernah mengandung, kaki tu memang sakit sentiasa. Nak kena urut selalu.

"Ah! Ibu sakit!" Athira berkerut sakit saat tangan puan Aisyah menyentuh belakang betisnya yang penuh dengan lebam.

"Sakit?" Tidak duduk diam, puan Aisyah lantas menyelak kain yang dipakai Athira. Bahagian yang dipicitnya dia belek. Mata terhenti pada betis yang berbirat itu. Ada bahagian yang luka.

"Apa ni Athira?"

"Ibu jangan sentuh.. sakit." Perlahan saja Athira berkata. Berair matanya menahan pedih.

"Cakap dengan ibu kenapa ni?"

"Tu.. tu takda apa ibu. Mungkin sdbab mengandung dia keluar lebam."

"Jangan tipu. Bagitahu kenapa dengan kaki ni? Ibu picit nanti, nak?"

"Jangan.. tu.. lebam tu.."

"Bagitahu cepat!"

"Azriel! Azriel!" Melatah Athira akibat jerkahan ibu angkatnya. Bibir digigit lantas dia menunduk tak mahu bertentang mata dengan puan Aisyah.

"Azriel buat ni?"

Athira tidak mengangguk mahupun menggeleng. Hanya diam. Hujung baju hospital diramas takut. Hati sudah berdebar apabila reaksi puan Aisyah tidak menyenangkan.

"Ibu tanya Athira elok elok. Azriel buat ni?"

"T..tak ibu. Itu sebab Athira selalu terlanggar meja lepastu file. Tu yang sampai berbirat tu."

"Tadi alasan lain, ini alasan lain pula?"

Athira diam. Mendengar suara tegas puan Aisyah membuat dia gerun. Dia hanya berani menunduk sedikit pun tidak melihat wajah wanita separuh abad itu. Selimut dikuis-kuis berharap desakan ke atasnya dihentikan. Dada mula sebak mengingatkan apa yang Azriel telah buat padanya.

"Athira.. Cakap dengan ibu. Siapa buat ni sebenarnya. Jangan tipu. Jangan pendam semuanya sorang-sorang. Athira tu ada baby, tak bagus tau." Lembut sahaja suara puan Aisyah memujuk.

"Azriel pukul Athira guna tali pinggang."

"Astaghfirullahalazim.. Dia buat anak ibu sampai macam ni? Apa lagi dia buat? Bagitahu ibu."

"Athira penat. Athira nak tidur." Sedaya-upaya dia mengelak daripada terus disiasat.

"Ibu minta maaf ye dah marah Athira tadi. Tidur lah. Baca doa tidur dulu."

Selimut hospital itu ditarik menutup separuh tubuh mak buyung itu. Kepala yang berbalut tudung sarung itu dia usap sebelum melabuhkan ciuman di situ. Athira dipastikan selesa, bantal diletakkan di belakang pinggang wanita itu dan di bawah perut.

"Tidur lah."

Tubuh itu ditepuk perlahan mendodoi Athira. Mata itu sayu melihat keadaan anak perempuannya. Seribu satu kesakitan dipendam dalam hati itu. Entah apa lagi perkara yang dihadapi Athira yang dia tak tahu.







i have no idea why korang suka this story like story ni tak best pun sebenarnya kan (╥﹏╥) nak menyesal pun tak guna dah, tapi i percaya story ni boleh pergi jauh.

Jauh ke dalam laut.





𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Donde viven las historias. Descúbrelo ahora