BAB 51

1.9K 67 4
                                    

Tamat saja panggilan mereka berdua, Rafiq masuk semula ke dalam rumah. Boleh tahan lama juga dia dan Azriel berbual berdua. Maklumlah mereka sentiasa sibuk hingga masa untuk diri sendiri pun hampir tiada.

Langkah terhenti di meja makan tatkala melihat cawan yang berisi susu di dalamnya dibiarkan di situ langsung tak berusik. Ini Athira punya, wanita itu saja yang minum susu dalam rumah ni.

Dahinya berkerut pelik. Ke mana pula si Athira ni pergi sampai tinggal susu ni dekat sini? Dari suam sudah berubah sejuk akibat ditinggal lama.

"Rafiq kenapa tercegat dekat situ?" Tegur puan Aisyah yang berada di pintu dapur.

"Oh tak. Ni haa susu Athira atas meja ni dah sejuk. Mana dia?"

"Dalam bilik lah kot dah tidur. Penat sangat lah tu sampai terlupa ada susu. Takpe lah ibu hantar sekejap suruh dia minum. Rafiq masuk lah tidur, esok nak kerja kan?" Puan Aisyah mengambil secawan susu itu lalu keluar dari ruang dapur.

Rafiq sekadar mengangguk. Malas mengambil pusing hal susu, dia mengatur langkah naik ke tingkat atas di mana bilik tidurnya berada.

Dia jarang berada di rumah itu hanya hujung minggu saja dia melekat dek kerana jarak rumah yang agak jauh dari pejabat jadi semua tentang Athira ibu dan ayahnya saja yang tahu.

"Athira?"

Puan Aisyah berkerut pelik melihat bilik tidur anak angkatnya kosong. Lampu terbuka namun bilik itu kosong. Dia menapak masuk ke dalam cuba menyedapkan hati. Mungkin dalam bilik air.

TOK TOK TOK!

"Athira ada dekat dalam? Ni ibu bawak susu Athira ni, Athira tertinggal ye dekat atas meja?"

Tiada sahutan kedengaran. Hati sudah risau dan gundah gulana. Jangan-jangan dah pengsan dalam bilik air? Pintu bilik air itu diketuk beberapa kali namun masih tiada sahutan dari dalam.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk membuka pintu bilik air itu.

Kosong!

"Athira? Athira kat mana ni?"

Secawan susu tadi diletakkan di atas meja sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Mungkin gadis itu berada di ruangan lain. Takda pula si Athira memberitahu mahu ke mana-mana.

"Kenapa tu manja? Cari Athira?"

Puan Aisyah memandang suaminya yang berada di tangga sambil menganggukkan kepala. Dia menjenguk di ruang tamu namun kelibat Athira tiada. Risau pula hati dia, selalunya ada saja Athira. Malam ni buat magik?

"Athira. Ibu panggil ni." Sudah beberapa kali dia memanggil anak angkatnya namun wanita itu masih tidak menjawab. Aisyah memandang suaminya dengan pandangan yang risau.

"Cuba telefon dia."

Aisyah mengangguk. Telefon di atas sofa dia capai sebelum mendail nombor Athira. Malam-malam macam ni boleh pulak menghilang. Dia tu dah lah mengandung buatnya jadi apa-apa kan susah.

"Tak dapat awak. Cuba awak pergi cari dekat luar tu. Saya cari dalam rumah."

Mereka berdua berpecah mencari Athira. Rafiq yang mendengar perbualan ibu dan bapanya dari tingkat atas sudah berkerut pelik. Dah kenapa tiba-tiba cari Athira ni?

Dia juga tolong menjenguk di tingkat atas namun kelibat wanita itu tiada. Athira memang jarang naik ke tingkat atas, sekarang dengan perut boyot ya lagi lah. Paling malas kalau nak mendaki tangga.

"Athira! Athira! Mana Athira ni sayang?" Aisyah memanggil nama anaknya namun langsung tiada sahutan. Sudah dicari seluruh rumah namun masih tiada. Suaminya pun masih tidak menjumpai Athira.

"Awak. Saya risau ni. Athira tak ada, dia tak rajin keluar tak bagitahu saya. Mesti dia bagitahu saya dulu. Saya call tak jawab. Bunyi telefon dia pun tak dengar."

"Athira mana ibu, ayah?"

"Athira hilang Rafiq."

Rafiq berlari turun dari tingkat atas mendapatkan orang tuanya.

"Sabar dulu. Awak cari kat rumah, saya dengan Rafiq keluar pergi cari dia kat luar. Mungkin dia ambil angin sekitar sini." Kunci kereta dicapai dan memberi isyarat pada Rafiq agar mengikutnya.

"Isteri orang tu ayah. Mana dia ni?"

"Kalau kita tak jumpa dia jugak, telefon Azriel."

Rafiq mengangguk. Dia memandu kereta sementara ayahnya melihat sekeliling mencari jikalau ada Athira di sekitar situ. Senang sangat nak cam Athira.











Azriel bagai orang gila membawa kereta sambil melilau ke kiri dan kanan mencari susuk tubuh isterinya. Baru sebentar tadi dia menerima panggilan dari Rafiq mengatakan Athira sudah hilang. Antara dua, wanita itu lari atau diculik.

Persoalannya, siapa nak culik mak buyong tu? Buat bazir tenaga je.

Keluarga Rafiq mencari di sekitar kawasan rumah mereka manakala Azriel mencari di kawasan yang selalu Athira pergi. Wanita itu tak berani pergi jauh jika benar Athira melarikan diri.

Dalam hati sudah berdoa macam-macam berharap tiada perkara buruk yang berlaku. Haih gundah gulana jadinya hati yang macho ni! Gila tak risau? Bini tu!

Kereta diberhentikan di tepi tasik selepas puas mencari Athira di serata tempat namun masih belum dijumpai. Dia duduk bersandar di badan kereta. Nafas dihela lelah.

"Ya Allah kau temukan lah aku dengan dia. Ya Allah, aku risau. Kau hindarkanlah segala perkara buruk dari isteriku."

Dia memejam mata berdoa dan mengadu pada Allah. Hatinya tak senang. Jantung asyik berdegup laju selagi kelibat Athira tidak muncul di hadapan mata.

Bila diperiksa dengan Rafiq, mereka juga masih belum menemukan Athira.

"Aduh!"

Mata yang tadinya terpejam dibuka apabila mendengar suara seseorang yang seakan dekat dengannya. Alamak! Hantu ke? Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan.

"Sakit.."

Azriel menelan air liurnya kesat. Dia menapak ke hadapan satu demi satu langkah berhati-hati dengan segala kemungkinan. Suara yang mengaduh sakit itu masih kedengaran sayup-sayup.

"Athira!" Dia terus berlari ke arah perempuan yang terduduk sambil memicit kaki di atas rumput itu apabila sedar bahawa perempuan itu isterinya.

"A..Azriel.." Athira cuba bangun sedaya-upaya namun dia kalah dengan kesakitan yang dialami pada bahagian kaki.

Tak guna punya penyamun! Sekarang telefon dan kad banknya hilang dibawa lari! Aku jumpa kau memang mampos kau aku cincang hidup-hidup! Athira menyumpah seranah dalam hati.

"Athira."

"Jangan dekat please.. Saya merayu jangan pukul saya! Azriel tolong! Jangan pukul! Berhenti kat situ!" Athira meronta-ronta sambil melindungi kepalanya.

Azriel melutut di hadapan perempuan itu. Tangan naik mengusap pipi Athira yang sudah basah dengan air mata lembut. Langsung tidak kasar dan penuh dengan kelebihan.

"Tak.. Aku tak pukul kau. Abang minta maaf. Abang minta maaf salah abang selama ni. Athira.. open your eyes please, pandang suami Athira kat depan ni."

Athira perlahan-lahan membuka mata melihat wajah Azriel. Walaupun begitu, dia masih ragu-ragu dengan Azriel. Entah-entah lakonan lagi?

"Abang minta maaf." Tangan Athira dicapai sebelum dia mencium tangan itu lama. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga.





tbh I'm not satisfied enough dgn story ni tapi enjoy je laa benda pun dah tulis

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now