BAB 35

1.3K 62 0
                                    

Semua orang berdiri mengelilingi kubur yang sudah digali dalam. Cuaca hujan bagai memahami rasa hiba Athira dan Azriel. Kedua-duanya menangis teresak-esak. Air mata jantan Azriel jatuh lagi. Puteri kesayangannya yang dia besarkan dengan sepenuh kasih sayang dan perhatian, dia belai dan penuhi segala keinginan ini sudah tidak bergerak dan kaku.

Memori lama kembali berputar dari saat Hanis lahir ke dunia, membesar sedikit demi sedikit di hadapan matanya. Sudah banyak dia tempuhi dan belajar sepanjang membesarkan anak perempuan itu.

Dan sekarang.. sudah sampai masanya, dia perlu memulangkan anak kandungnya kepada Allah kerana setiap nyawa hanya lah pinjaman dari Allah. Air mata berjuraian turun.

Menggigil tangan itu mengangkat tubuh anaknya dan meletakkan budak tidak berdosa itu ke dalam liang lahad. Athira sudah berpaling menghadap ke arah lain tak mampu melihat anaknya ditanam.

Flashback

Azriel dan Athira mula tidak senang duduk apabila melihat jururawat berlari ke sana dan ke mari membawa beg darah. Mereka cuba berfikiran positif mungkin untuk bilik bedah lain.

"Abang. Hanis.."

"She will be okay."

Athira ke hulu ke hilir menggigit bibir risau akan apa yang terjadi di dalam sana. Dia berjalan ke sana dan ke mari tidak berhenti. Sesekali dia cuba mengintai melalui cermin pintu namun tak nampak apa-apa. Pintu dewan bedah pun dia tak nampak.

Azriel mengusutkan rambutnya. Anak dia. Satu-satunya anak perempuan dia sedang bertarung nyawa sekarang. Dia tak boleh tenang tak kira berapa banyak dia cuba pujuk hati dan mengatakan anak perempuannya baik-baik sahaja.

"Abang.. Apa jadi dengan Hanis? Why no one tell us what happened inside?"

"Can you calm down a bit? Think positive Athira. Abang pun risau jugak. Sabar."

Seorang lelaki yang merupakan doktor di situ keluar dan mendapatkan Athira dan Azriel. Pasangan itu lantas berdiri dan mendekati doktor tersebut.

"There's complications that happened and we manage to save your daughter but we need to put her in the ICU. And there's more risk in the future between alive or not. I can't give you any hopes."

Pasangan itu kaku di tempat masing-masing. Lidah mereka kelu tidak tahu ingin berkata apa bahkan di dalam otak mereka kosong selepas mendengar berita tadi. Tak tahu ingin lega atau sedih. Anak mereka menghadapi masalah dan ditempatkan di ICU. Tiada jaminan Hanis akan sihat semula.









Azriel menyentuh setiap inci wajah anaknya. Dari tadi jari-jemarinya tak lepas dari menyentuh tubuh anaknya yang kaku tidak bergerak di atas katil. Banyak wayar yang dipasang di tubuh anaknya membuat dia rasa lebih sedih. Tak pernah disangka anaknya akan jadi begini.

"Hanis cepat sedar ye? Papa janji papa bawak Hanis makan aiskrim. Kita.. kita keluar sama-sama. Main lari-lari.. Hanis wake up please."

Athira di tepi senyap. Air mata sudah berjuraian keluar. Dia tidak pernah lihat Azriel begitu. Menangis dan sedih. Tak pernah namun buat pertama kalinya atas sebab anak perempuan, permata hati, Azriel menitiskan air mata jantan itu.

"Abang. Athira keluar sekejap."

Tidak dijawab. Athira mengatur langkahnya keluar dari wad ICU yang diduduki oleh Hanis. Athira bersandar pada pintu wad itu. Perlahan dia melorot lalu terduduk di atas lantai. Tangan kanan menyentuh perut sementara tangan kirinya menahan suara dari menghamburkan esakan.

"Kau buat apa kat sini? Bangun. Tak elok duduk atas lantai sejuk ni." Rakan Athira yang merupakan doktor di situ menarik tangan wanita itu mengajak Athira untuk bangun.

"Macam mana kalau apa-apa jadi dengan Hanis?"

"Apa-apa pun sekarang kau kena reda dengan takdir. Kau kena terima semuanya. Semua yang hidup pasti akan kembali pada Allah."

"Kenapa anak aku yang tak ada dosa tu jadi macam ni? Kenapa bukan aku je?"

"Tak baik cakap macam tu. Jangan lah nangis-nangis. Tak elok lah untuk baby. Nanti baby sedih jugak."

Kepala Athira ditarik agar menyandar pada bahunya. Athira mengeluh dia mengusap perlahan perut yang masih kempis. Dia tak tahu apa akan jadi selepas ini dan dia takut dengan segala kemungkinan. Tangan digenggam erat oleh rakannya memberi kekuatan.

"Kau sabar ye.."

BUSH !

Athira mengangkat kepalanya. Dia berdiri selepas melihat beberapa orang doktor dan jururawat berlari masuk ke dalam wad ICU yang diduduki Hanis. Tanpa membuang masa, dia juga turut berlari mengikut doktor dan jururawat itu. Air mata usah kata sudah setanding dengan air terjun.

"Hanis!"

"Hanis.. Please don't leave me. Hanis dah janji tak nak tinggal papa kan sayang? Don't stop breathing please.." tubuh Azriel yang sedang memeluk anaknya ditolak oleh doktor yang merawat Hanis.

Beberapa peralatan mula dipasangkan pada tubuh Hanis. Alat defibrillator di cas 100 joule. Pasangan itu berundur memberi ruang pada doktor dan jururawat untuk merawat anak mereka.

"Hanis wake up. Princess papa please, wake up sayang. Ya Allah kau selamatkanlah anak aku."

Rayuan demi rayuan. Namun Allah yang maha esa sudah menentukan ajal dan maut.

"Masa kematian 4:56 minit petang."

Doktor yang berbangsa Melayu dan juga yang merawat Hanis itu mengumumkan masa kematian puteri kepada pasangan itu. Bagi seorang doktor perkataan itu sangat sukar disebut apatah lagi seorang ibu dan ayah yang perlu menerima kepergian anak mereka?

End Flashback

Selepas majlis pengebumian, masing-masing pulang ke rumah. Kini rumah itu hanya ada Azriel dan Athira. Sunyi, kosong dan menyedihkan. Masing-masing masih menangis. Mata merah menyala dek kerana tidak berhenti menangis. Semua barang sudah dikemas oleh keluarga mereka jadi tidak ada banyak perkara perlu dibuat pasangan itu.

"Athira sakit kepala.. Athira naik dulu."

Belum sempat Athira melangkah menaiki tangga, Azriel menarik tangan isterinya kuat.

PANG !

Satu tamparan yang kuat dan menyakitkan mendarat pada pipi wanita lemah itu. Athira yang sudah sedia lemah terus terjatuh di atas lantai. Dia menunduk merenung lantai. Azriel.. Azriel menampar dia?

"Sebab kau.. Hanis mati sebab kau!! Kalau kau tak buat appointment dengan hospital tu Hanis tak mati! Hanis mati sebab kau Athira Sofia! Kau ingat sampai mati!" Sejurus menengking isterinya, Azriel menapak ke tingkat atas.

Athira di atas lantai sudah berjuraian air mata. Perut yang terasa senak dia sentuh. Sekarang.. dia lah yang bersalah. Anaknya mati disebabkan dia. Betul kata Azriel, Hanis mati kerana dia. Bodoh Athira!!

Hanis, I'm so sorry.


Quote from the Holy Qur'an: Al-Anbiyaa (21:35)

كُلُّ نَفۡسٍ ذَآٮِٕقَةُ الۡمَوۡتِ‌ؕ وَنَبۡلُوۡكُمۡ بِالشَّرِّ وَالۡخَيۡرِ فِتۡنَةً‌  ؕ وَاِلَيۡنَا تُرۡجَعُوۡنَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.


𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now