BAB 65

1.8K 62 5
                                    

Azriel berdecit sambil meramas rambutnya kelihatan seperti serabut. Suara tangisan bayi yang menerpa masuk ke dalam pendengaran telah menganggu tidur yang lena. Dia cuba mengabaikan suara tangisan bayi itu namun tak berhasil.

"Eh perempuan! Kau bangun! Kau dengar tak anak cacat kau tu menangis?! Baik kau diamkan dia sebelum aku yang diamkan. Dah lah cacat! Menyusahkan!"

Tubuh Athira yang terbaring di sebelahnya dia tolak sedikit mengejutkan wanita itu dari tidur yang lena. Bukan main lena lagi tidur tapi anak memekak!

"Kenapa abang?"

"Kau boleh tidur lena? Kau dengar tak tu anak cacat kau tu menangis? Erghh bising tahu tak?! Aku nak tidur!"

Athira menoleh memandang ke arah katil bayi yang berada tidak jauh dari tempat tidurnya. Perlahan-lahan dia turun dari katil dengan keadaan yang masih berpantang.

Syafiq yang sedang menangis didekati lalu tubuh kecil anaknya didukung perlahan dan penuh lemah lembut.

Bayi yang baru lahir seminggu lalu masih lembik tubuhnya dan dia tak berani berkasar memandangkan masih belum ada pengalaman.

"Lepas ni kau dengan anak cacat kau tu jangan duduk dah dalam bilik ni! Bising je! Dua-dua sama menyusahkan! Dah lah cacat!"

Athira menutup telinga anaknya dari terus mendengar hinaan Azriel yang bertubi-tubi menampar hati.

"Syafiq anak mama nak susu ye? Shh.."

Athira duduk di atas sofa lalu menyelak sedikit bajunya sebelum menyusukan anak lelaki yang baru lahir itu. Tubuh kecil itu ditepuk perlahan mendodoi si bayi agar terlelap kembali.

Sesekali dia memandang Azriel. Air mata yang berjuraian turun diseka berkali-kali berpura-pura kuat di hadapan anak lelakinya. Kalau dia lemah dengan hinaan itu, siapa yang akan bantu dia teruskan hidup?

"Abang!"

Azriel yang sedang lena tidur terus terjaga apabila mendengar jeritan Athira. Dia turun bangun dan memeriksa Athira yang berpeluh itu serta jelas terlihat dada wanita itu berombak cuba mengatur nafas.

"Kenapa sayang? Mimpi buruk?"

Athira menoleh ke kiri memandang Azriel. Bibirnya digigit sambil menahan sebak di dada. Perut yang memboyot itu diusap perlahan. Air mata sudah bertakung di tubir mata.

"Athira benci abang! Abang jangan sentuh Athira! I hate you!"

Duvet diselak lalu dia turun dari katil. Kardigan disarung menutup tubuhnya yang sedikit seksi. Air mata yang sudah membasahi pipi dia kesat dengan belakang telapak tangan.

Kaki terus melangkah ke bilik tetamu yang berada di tingkat bawah. Tersedu-sedan wanita itu menangis. Azriel terpinga-pinga ditinggalkan sendirian di dalam bilik penuh tanda tanya.

Pintu bilik tetamu diketuk beberapa kali.

Azriel yang masih berada di dalam bilik cuba untuk memproses situasi yang terjadi dalam keadaan yang masih mamai. Mata digosok berkali-kali.

Dia turun dari katil apabila menyedari Athira sudah meninggalkan bilik itu. Baju yang tersangkut di kepala katil dicapai lalu disarung pada tubuh.

Dengan langkah yang terhuyung-hayang, Azriel keluar dari bilik tidur utama itu mencari keberadaan Athira.

Dia mencari sekitar tingkat atas tiada lalu membuat keputusan untuk mencari di bawah. Tangga hanya kelihatan samar-samar di matanya namun dia cuba melangkah perlahan.

"Sayang.."

Mendengar esakan tangis dari bilik mamanya, Azriel langsung bergegas menuju ke bilik tetamu.

Susuk tubuh Athira yang sedang menangis di kepala katil menjengah pemandangan. Dia berkerut pelik. Dah kenapa pula isteri kesayangannya menangis tengah malam macam ni? Mimpi hantu?

"Azriel Haikal! Kamu buat apa dekat isteri kamu ni sampai menangis cari mama?"

"Az..Azriel tak buat apa pun."

Athira didekati. Bahu isterinya disentuh lembut namun tangan kasar itu ditepis Athira.

"Athira benci abang! Abang ni tak berhati perut! Abang jahat!"

"Abang buat apa sayang? Cuba cakap.. Abang buat salah apa? Abang tertindih sayang ke waktu tidur tadi?"

Athira menjeling tajam Azriel. Dia mengesot menjauhi suaminya lalu tubuh ibu mertuanya dipeluk erat seakan berlindung di pelukan itu. Kaki menolak punggung Azriel dari terus duduk di situ.

"Mama.. Athira tak nak duduk dengan Azriel dah. Nanti anak Athira lahir, mama jaga Athira tau tak nak duduk sini lagi."

"Ya Allah sayang.. Besar sangat ke salah abang sampai sayang cakap macam tu? Bagitahu apa salah abang."

Puan Aaliyah membelai lembut rambut menantunya. Ada saja kerenah anak menantunya ini. Wajah anak lelakinya dipandang dengan penuh tanda tanya. Azriel hanya mampu menggeleng tanda tidak tahu.

"Bagitahu mama kenapa? Azriel buat apa?"

"Azriel.. Hiks.. Azriel hina anak Athira cacat! Dia cakap anak ni cacat!"

Azriel tergamam seketika cuba memproses luahan dari isteri tercinta. Rambut diramas. Bila masa pulak dia cakap macam tu? Takkan lah dia mengigau?

"Azriel Haikal!" Aaliyah sudah naik berang dengan anak lelakinya.

"Listen. Azriel tak cakap pun macam tu. Sayang bila abang cakap macam tu? Abang mengigau ye? Sayang dengar abang cakap macam tu bila? Dekat mana?"

Bahu Athira cuba dipegang.

"Dalam mimpi.. Hiks.. abang marah Athira sebab anak kita menangis! Abang cakap anak kita cacat!"

"Tapi sayang.. tu kan mimpi je? Mimpi tu mainan syaitan sayang."

"Sama je! Abang cakap jugak macam tu!"

Semakin deras air mata itu mengalir. Dada Azriel dipukul-pukul melepaskan geram. Raungan wanita itu juga bertambah kuat apabila Azriel cuba mengaku tidak bersalah dalam hal ini.

"Abang tak salah sayang. Abang tak cakap pun macam tu."

"Benci abang! Jangan sentuh Athira! Keluar!"

Azriel mengeluh perlahan. Dia tidak boleh melakukan apa-apa bila Athira sudah mengamuk. Sebuah ciuman dilabuhkan di kepala isterinya sebelum Azriel berlalu keluar dari bilik tetamu meninggalkan Athira dengan puan Aisyah.












Azriel menjeling Athira yang sedang sibuk membelek gelang emas yang baru dibeli sebentar tadi. Jalan raya juga tak lepas dari pandangan namun mata ini bagai dikunci dengan wajah jelita itu. Tak lekang dek senyum!

"Suka tak?"

"Suka. Terima kasih abang."

Ciuman dilabuhkan di rahang Azriel memandangkan dia hanya boleh capai di situ sahaja. Azriel tersenyum lebar, kepala Athira yang berbalut tudung itu diusap lembut.

Demi memujuk hati isteri yang lara, Azriel membawa Athira keluar pergi membeli gelang emas. Orang kata itu saja penawarnya, tak ada yang lain. Berhabis 5 ribu juga tapi isteri tu kan lubuk rezeki?

"Abang dapat upah tak?"

"Nanti kat rumah hehe."

"Ni ada barang lain nak beli? Barang sayang waktu pantang cukup dah? Nak beli apa-apa lagi tak?"

"Rasanya takda dah. Semua yang ibu dengan mama suruh, semua dah beli. Kita pergi makan pulak. Athira nak makan ayam. Sedapnya!"

"Boleh. Jom."

Azriel terus mengubah laluannya menuju ke tempat makan kegemaran Athira. Sesekali Athira yang tersenyum manis di sebelah dipandang. Terasa lucu pula. Betul lah orang kata emosi ibu mengandung ni di luar jangkaan.

maybe akan stop kejap untuk dua tiga hari. kalau ada masa insyaallah publish

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now