BAB 28

1.2K 54 0
                                    

Terjaga sahaja dari lena yang panjang, badan menggeliat membetulkan urat-urat yang sudah tegang. Angin malam yang sejuk menampar kulitnya. Selimut yang sudah dikuasai Azriel dikerling sekilas. Kalau lawan dengan Azriel pasal selimut sampai ke sudah tak habis.

"Abang.."

Suara serak-serak basah itu menyapa gegendang telinga Azriel Haikal perlahan. Automatik otak menghantar signal membuatkan dia terjaga dan mencelikkan mata.

Lama dia berdiam diri menatap wajah isterinya.

"How was your night sayang?"

"Horrible."

"Horrible why?"

"Energy Athira habis dekat abang je sebab nak berebut selimut. Tahu tak?"

"Hehehe. Sejuk sangat lah, kulit abang tak boleh sejuk sejuk ni nanti bintik bintik merah."

Athira memusingkan bebola matanya. Sama seperti malam semalam. Seribu satu alasan akhirnya dia yang menanggung sejuk sendiri.

"Banyak lah alasan. Bangun, solat. Pergi ambik Hanis nanti menangis dia bukak mata tak nampak awak."

"Sayang sebelum ni bukak mata tak nampak abang, menangis tak?"

"Dulu je heh. Dah lah malas nak layan."

Jatuh air mukanya yang konon independent. Tuala yang masih belum digunakan dia capai lalu di bawa masuk ke dalam bilik air bersama pakaiannya.

Flashback

Dia melompat naik ke atas katil mengejutkan Azriel yang sedang leka menaip sesuatu di komputer ribanya. Matanya terus beralih arah memandang Athira.

"Yang lasak sangat ni kenapa? Bleeding nanti baru tahu."

"Ehehehe. Nak tidur."

Gadis itu merebahkan tubuh di atas katil bersebelahan dengan Azriel. Mata sempat mengintai skrin komputer riba milik lelaki itu.

"Nak tidur."

"Tidur lah."

Azriel masih lagi sama, sibuk menyiapkan kerjanya. Sedikit pun tak menoleh memandang Athira.

"Saya nak tidur ni."

"Ye... Tidur lah."

Mendengar keluhan nafas Azriel yang seakan bosan melayan kerenahnya membuat dia naik darah. Selimut diselak, dia merangkak naik ke atas tubuh lelaki itu.

Komputer riba diambil dan diletak jauh dari mereka.

"Eh! Laptop aku."

"Saya. Nak. Tidur. Faham?"

"Ye lah. Tidur je lah."\

"Kerja gaji besar pun tak boleh pakai otak lagi. Anak kesayangan awak dalam ni bukannya nak diam kalau awak tak sentuh dia. Faham encik Azriel Haikal? Saya. Tak. Boleh. Tidur. Kalau. Dia. Bergerak."

"Tapi aku nak kena siapkan proposal aku kejap je. Ada sikit lagi nak settle."

"Azriel. Haikal."

"Okay okay. Sini."

Tangannya menarik tubuh Athira ke ruangan sebelah. Selimut ditarik menutup tubuh mereka untuk mengurangkan sejuk yang menyentuh kulit. Kepala Athira dilentokkan di bawah ketiak Azriel. Deodorant yang dipakai lelaki itu entah kenapa tiba-tiba menjadi kegemarannya.

"Ceritalah macam mana awak boleh ada dalam dunia business."

"Dulu aku pernah kerja jadi manager tapi aku tak suka kerja makan gaji. Kerja atas arahan orang so I start my business. Aku buat pinjaman, buat marketing sendiri, idea for my own product, semua benda aku buat sendiri waktu tu, Ada a few worker je yang tolong aku. Day by day ramai pelabur yang interested dengan my business. That's how it goes."

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now