BAB 30

1.5K 43 1
                                    

Dia menggeliat sedikit selepas sedar dari tidur. Mata dicelik memandang keadaan di sekelilingnya. Di luar masih gelap menandakan matahari masih belum naik menerangi bumi. Tangan meraba-raba ruangan sebelah yang kosong. Dahinya berkerut apabila ruangan sebelahnya kosong tak berpenghuni.

Mata digosok dek kerana pandangan mata yang agak kabur. Dia bangun dari tempat tidur ingin mencari keberadaan Azriel.

Mata menangkap sejadah yang berada di sudut bilik dibiar terbuka tak dilipat. Lantas dia menuju ke arah sejadah itu. Haih Azriel, Azriel.. kalau ye pun lipat lah dulu sejadahnya.

Selesai melipat sejadah, dia berpusing tubuh. Melihat dua susuk tubuh yang tertidur di atas sofa, dia mengoyak senyum. Comel. Lantas dia mendekat anak beranak itu.

Hanis tertidur di atas tubuh Azriel dengan botol susu di tangan.

"Awak.. awak.."

"Hmm.."

"Awak bangun, tidur atas katil. Tidur atas karpet sakit badan nanti."

"Sayang.."

Tanpa menghiraukan kata-kata isterinya, Azriel menarik tangan Athira menyuruh wanita itu turut baring bersamanya di atas karpet gebu itu. Kepala Athira berbantalkan lengan Azriel yang terasa berketul.

"Shh..shh.."

Dek kerana masih ada sisa kantuknya, dia turut terlena kembali bersama Azriel dan Hanis di atas karpet gebu itu.


Yogurt berperisa beri disuap masuk ke dalam mulut Hanis. Budak perempuan itu menepuk tangan menandakan yogurt itu sangat sedap. Azriel mencubit pipi anaknya geram. Rasa nak gigit je.

"Sama macam sayang. Kalau makanan tu sedap mesti tepuk tangan, tengok dah menurun kat anak."

"Mesti lah, dah sedap. Kan Hanis kan?"

Hanis hanya mengangguk tidak tahu menahu tentang perbualan ibu dan ayahnya. Suapan terakhir yogurt dimasukkan ke dalam mulut Hanis sebelum yogurt itu dibuang ke dalam tong sampah.

"Abang, Athira nak pergi toilet sekejap. Bawak Hanis masuk kereta dulu eh?"

"Okay."

Pipi tembam anaknya digomol sekejap sebelum dia berlalu pergi mencari tandas. Beg tangannya sudah dibawa Azriel ke kereta. Malas ingin bawa beg tangan sekali.

Melihat lambang tandas yang tidak jauh darinya, dia mempercepatkan langkah menuju ke arah tandas perempuan namun halangan seseorang membuat dia berhenti drastik. Mata dia bergerak atas bawah memandang gerangan yang menghalangnya.

"Hai Athira."

"Ye Tasya. Ada apa-apa?"

"Lama lah tak jumpa you. You buat apa kat sini?" Soal Tasya dengan nada yang sinis. Sengaja dia ingin bermain sekejap dengan isteri baru bekas suaminya.

"Pergi ambik ubat Hanis. Excuse me." Baru sahaja Athira ingin terus melangkah ke tandas yang hanya tinggal beberapa meter daripadanya, lengan ditarik Tasya.

"Lah? Tak mamposs lagi ke anak haram you tu? Bila nak mamposs eh?"

Berdesir telinganya mendengar kata-kata sinis Tasya. Dai berpusing sebelum tangannya dijatuhkan menampar pipi perempuan di hadapannya itu. Menggigil jari jemarinya menahan amarah. Tangan digenggam kuat. Takut kalau satu lagi tamparan terlepas mengena wajah perempuan itu.

Dia tak kisah kalau orang ingin menghina dia tapi bukan Hanis. Sebab Hanis jantung hatinya.

"Eh betullah I cakap? Kan? Ibu tumpang kan haram dalam Islam so anak you tu-"

"Ye betul tu khilaf aku tapi bukan tiket untuk kau keji anak aku! Lebih baik kau pergi sebelum aku tampar muka kau sekali lagi."

"Eh marah pulak dia? Padahal betul lah. Haa? Betul kan? Betul tak? Tak payah nak konon alim pakai tudung labuh lah! Menyampah aku tengok."

Athira cuba untuk tak mempedulikan perempuan itu. Lantas dia menyusun langkah pergi dari situ. Terbantut hajatnya untuk membuang tadi. Terus dia mengubah arah menuju ke tempat parkir kereta. Perasaan amarahnya cuba dikawal sebaik mungkin.

Jumpa sahaja kereta Azriel senyuman diukir tidak mahu dia tampak lemah di hadapan anaknya. Pintu kereta di buka sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.

"Hai sayang mama."

"Aik? Sekejapnya pergi tandas? Abang baru je lepas letak Hanis dekat baby seat siap dah?"

"Tak jadi. Ramai sangat. Takpelah jom."

Athira mengawal riak wajahnya tidak mahu Azriel mengesyaki apa-apa. Sedang sibuk dia memastikan keselesaan Hanis mata jatuh memandang plastik ubat di atas kerusi penumpang belakang.

Adakah sebab anaknya anak haram jadi Hanis dapat sakit?

"Athira fikir apa ni?"

"Haa? Tak.. takde apa."

Dia menggeleng laju. Mata memandang Hanis yang bermain dengan mainan patung di belakang sekilas sebelum kembali menghadap cermin hadapan.

"Ada nak pergi mana-mana tak?"

"Tak. Pergi terus lah kidszone."

Baru beberapa minit kereta itu berada di atas jalan besar, Hanis di belakang sudah merengek ingin keluar dari baby seat. Badannya terlenggok-lenggok ingin keluar dari kerusi itu. Dia sudah besar!

"Hanis boleh Hanis duduk situ sekejap? Sekejap je."

"Aaaaaaaa!! Haa..ma..mama.."

Suara budak perempuan itu hampir bertukar kepada esakan.

"Hanis Ardelle. Duduk situ sekejap je. Sikit lagi nak sampai." Tipu Azriel. Bukan apa kalau ada kemalangan tak ke risiko paling bahaya adalah Hanis? Bukannya airbag mampu menahan Hanis yang kecil itu.

Mahunya jatuh dari tempat duduk nanti. Athira hanya diam.

"Ha..haaa.. papa.. no.. tak nak.."

"Awak.. bagi je lah dia keluar. Athira pegang Hanis."

"Nanti lenguh, Hanis tu bukannya ringan."

"Takpe."

Azriel memberhentikan kereta tepi jalan. Athira keluar dari kereta lalu membuka pintu sebelah penumpang di belakang. Tali pinggang yang membalut kemas tubuh Hanis Ardelle ditanggalnya. Anak perempuannya sudah meronta tidak sabar ingin keluar dari baby seat itu.

"Alolo kesiannya dia. Meh, jom duduk dengan mama kat depan."

Pintu kereta ditutup dengan kaki. Hanis dipeluknya risau kalau kepala anaknya itu terkena pintu kereta. Azriel menggeleng kepala melihat Hanis yang terlompat suka apabila sudah mendarat di riba ibunya. Athira terkial-kial membetulkan baju anaknya.

"Haih suka lah tu?"

"Hihihi.."

Pergerakan Hanis yang buas itu sekali sekala membuat Athira geram. Dicium bertalu pipi anaknya geram. Pipi gebu, gigit kang baru tahu. Anak perempuannya melentikkan kepala di dada Athira sambil memandang ke cermin depan.

"Nak makan dulu? Hanis nak makan apa?" Soal Azriel sambil hujung mata melirik ke arah anaknya.

Hanis menggeleng kepala tidak tahu. Dia menukar posisi kepala menghadap ayahnya yang sedang memandu. Athira menepuk-nepuk punggung anaknya mendodoikan Hanis.

"Sayang nak pergi mana-mana?"

Athira menggeleng tanda tidak mahu pergi ke mana-mana. Dalam fikirannya sekarang ni hanya mencari cara memujuk Azriel supaya dia boleh bawa Hanis dibedah di hospital pilihan dia. Bukan apa, keadaan Hanis pun makin teruk berapa lama lagi mereka harus tunggu?

"Awak, berhenti dekat restoran yang masa tu lah sebab Hanis minggu ni dia dah start tak nak makan nasi. Kat sana ada pasta favourite dia."

"Okay. Hanis lapar?"

Hanis mengangguk lemah. Mungkin penat menunggu giliran di farmasi tadi.










sikit je lagi nak sampai kemuncak dia kau sabar kejap

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now