EPILOG

2.8K 62 9
                                    

Azriel yang baru saja selesai mengemas ruang tamu naik ke atas. Pintu bilik tidur utama ditolak perlahan lalu ditutup semula selepas badan sudah masuk ke dalam bilik. Bilik itu kelihatan kosong, hanya ada Aariz sedang lena dibuai mimpi di atas katil.

Langkah diteruskan lagi menuju ke balkoni. Susuk tubuh isterinya sedang mendukung Aysar menyapa pandangan dalam gelap malam itu.

"Kenapa dukung Aysar tu? Tak boleh buat kerja berat, sayang."

"Eh abang. Terkejut Athira. Tadi Aysar meragam, lepas dukung baru dia nak tidur. Tu yang Athira dukung dia ni."

Azriel mengambil tubuh kecil Aysar yang sudah lena itu dari pangkuan si ibu. Anak kecil itu dibawa masuk ke dalam bilik lalu dibaringkan di atas katil empuk tempat peraduan pasangan itu.

Kini tak lagi. Kadangkala Azriel dan Athira pula perlu tidur di bawah akibat buasnya anak mereka. Mereka masih lagi dalam usaha ingin mengasingkan tempat tidur.

Selang sehari sahaja Aysar dan Aariz akan tidur bersama mereka.

"Termenung apa kat luar malam-malam ni? Tak sejuk?"

"Saja ambil angin malam." Athira bersandar pada tubuh Azriel yang sedang merangkul pinggangnya dari belakang.

"Anak-anak dah tidur. Turun bawah sekejap jom? Abang ada something nak tunjuk dekat sayang."

Athira berkerut pelik. Dia menoleh memandang Azriel. Lelaki itu sekadar tersenyum indah. Azriel menarik pinggang Athira agar turun bersamanya ke ruang tamu di tingkat bawah.

Mereka berdua menyusun langkah dengan berhati-hati dek kerana laluan yang hanya diterangi oleh satu lampu yang malap sahaja.

"Abang.. Apa ni?"

Athira terkejut melihat lilin yang dipasang di atas meja serta meja makan yang terhidang dengan makanan serta hiasan lain. Terdapat juga kelopak bunga ros yang ditabur di atas meja.

"Surprise. Hari ni anniversary kita sayang, tak ingat?"

Athira menekup mulutnya. Dia lupa. Tak, dia tak lupa cuma dia tak perasan hari ini tarikh hari ulang tahun perkahwinan mereka!

"Sorry abang.. Athira.. Athira tak perasan tarikh hari ni. Sibuk sangat dengan kembar. Athira betul-betul tak perasan." Tangan Azriel dipegang sambil menatap ke dalam mata lelaki itu.

"It's okay. Abang tahu sayang pun sibuk. Jom duduk. This is your seat my queen." Azriel menarik kerusi mempelawa Athira agar duduk di atas kerusi tersebut.

"This suppose to be romantic candlelight dinner tapi Athira pakai baju tidur je."

"It's okay sayang, you look beautiful all the time." Azriel melabuhkan punggung di sebelah Athira. Candlelight dinner mereka mana boleh duduk berjauhan, terasa pelik pula.

"Abang.. I'm really sorry. Bila abang prepare semua ni?"

"It's okay. Tadi, waktu sayang tidurkan anak-anak."

Athira betul-betul rasa terkilan. Azriel bersusah payah menyediakan semua ini untuk hari ulang tahun perkahwinan mereka sementara dia tidak perasan akan tarikh itu.

"Tadi sayang tak sempat makan banyak kan sebab kembar meragam? Abang suap ye? You can eat peacefully now."

Azriel mengambil spaghetti lalu digulung dengan garfu dan disuapkan ke dalam mulut Athira. Membulat mata Athira apabila rasa spaghetti mula dikesan oleh lidah.

"Sedap tak?"

"Sedap! Alamak terkuat pulak. Sedap abang." Thumbs up ditunjuk.

Azriel tersenyum gembira dengan respon sang isteri. Spaghetti itu disuapkan lagi. Ini pun dia masak dengan tergesa-gesa. Mujur Athira termenung lama di atas.

"Athira suap abang pulak."

Spaghetti itu digulung dan disuap pada Azriel pula. Jari mengelap tepi bibir suaminya yang comot dengan sos spaghetti. Athira ketawa perlahan melihat wajah lucu suaminya.

Ada sos di batang hidung lelaki itu. Hujung jari mengelap kesan comot itu.

"Eh abang.. Kenapa menangis ni? Athira.. Athira minta maaf, Athira bukan gelakkan abang sebab apa pun. Abang.."

Gelabah Athira apabila melihat ada setitis air mata yang jatuh mengalir di pipi Azriel. Kedua tangannya naik menekup pipi lelaki itu lembut.

"Abang bukan menangis sebab sayang gelakkan abang."

"Habis tu kenapa? Atau abang terasa sebab Athira tak ingat tarikh anniversary kita?"

Azriel menggeleng sambil ketawa kecil. Tangan naik mengesat air matanya. Garfu diambil dan disuap spaghetti itu kembali ke dalam mulut isterinya.

"Abang.. Bagitahu Athira kenapa."

"Abang cuma.. isk.. rasa macam.. tak layak ada dekat sini, celebrating our anniversary together after what I did."

Athira memandang sayu suaminya. Kepala Azriel diusap lembut. Lelaki itu ditarik masuk ke dalam pelukannya penuh kasih.

"Abang. You already did your best to fix everything. Abang tak sia-siakan peluang yang Athira bagi. You take care of me more than yourself. That is enough abang."

"I hurt you. Abang lukis derita pada kisah hidup sayang. Abang pahatkan rasa sakit itu pada hati suci ni. And you still accept me. I don't deserve you."

Azriel meleraikan pelukan mereka. Dia ketawa kecil saat mengelap air mata di pipi. Athira mengusap lembut rambut milik Azriel yang sedikit serabai itu.

"Sayang nak tengok tak hadiah abang beli untuk sayang?"

Azriel terkial-kial mengeluarkan sebuah kotak kecil dari dalam poketnya. Dihulurkan pada Athira kotak itu. Athira menyambut dengan kerutan di dahi. Dia membuka perlahan kotak itu lalu melihat ada sebuah rantai bertakhta permata zamrud.

"Ada surat?"

"Bacalah."

Athira mengeluarkan surat yang diletakkan bersama rantai itu tadi. Dibuka surat yang telah ditulis menggunakan tulisan tangan.

Padamu cinta ini aku titipkan
Sebagai mahkota dalam kedamaian
Ragaku siap tuk dipersembahkan
Demi menjagamu wahai idaman
Dalam lembaran suci kehidupan
Bersama merenung doa penuh kesaksian
Memberi ruang kehidupan
Menjadi kekasih dimasa depan
Kau akan menjadi pendamping
disetiap cerita
Menjadi kesan pada jiwa
Bermunajat pada cinta
Menjadi muara kasih akhir dari segala

Semoga Tuhan memberi sedikit waktu
Sebelum kembali kepadanya
dengan penuh rindu
Mencintaimu terlebih dahulu
Sampai ajal menjemput nyawaku

Setiap bait kata yang telah ditulis cantik oleh suaminya dia baca dengan teliti. Tubir mata sudah mula terasa hangat. Dia memandang Azriel di hadapan.

"Tapi.. Athira takda hadiah untuk abang."

"Sayang sudi tumpangkan anak abang dalam rahim sayang pun satu hadiah yang tak ternilai. Sayang sudi simpan nama Azriel Haikal dalam hati tu pun dah jadi satu hadiah bermakna."

"I love you." Athira naik ke atas riba Azriel lalu memeluk erat leher lelaki itu. Azriel turut membalas pelukan itu erat. Dikucup tepi dahi isterinya penuh kasih.

Dan akhirnya kisah ini menemukan penamatnya. Memori memori terindah yang akan dipahatkan hingga nafas terakhir akan disimpan kemas di dalam hati.

-TAMAT-

sedar tak sedar sudah lebih dua tahun cerita ini dikarang dengan segala emosi yang bercampur-baur, emosi penulis sendiri dan banyak lagi kekangan yang hadir.

ribuan terima kasih kepada para pembaca yang setia dengan cerita tak seberapa ini hingga ke penghujung. Sokongan anda amat dihargai sepanjang pembuatan cerita ini. 

akhirnya cerita MEMORI TERINDAH menemukan penamatnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang pembuatan cerita ini.

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Dengan ini, AZRIEL : MEMORI TERINDAH melabuhkan tirainya.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα