BAB 34

1.1K 45 0
                                    

Athira melangkah masuk ke dalam wad selepas berbual dengan rakannya yang menyusun temu janji dengan doktor di hospital ini.

Tubuh Azriel yang sedang mendodoikan anak perempuannya di dalam dakapan menarik perhatian Athira. Perlahan dia mendekati anak beranak itu tak mahu lena Hanis terganggu.

Selepas melihat Hanis yang benar-benar sudah lena dan tidak akan terjaga lagi, dengan berhati-hati Azriel meletakkan tubuh kecil itu ke atas katil semula. Selimut ditarik menutup separuh tubuh Hanis. Kalau sejuk sangat mudah dijangkiti demam anak perempuannya ini. Kemudian dia segera mencapai tangan si isteri.

"Sayang borak apa?"

"Nothing much. Hal perempuan je. Lama dah Hanis tidur?"

"Ada lah dalam 15 minit?"

Athira mengangguk seraya memeluk lengan suaminya dan melentokkan kepala di atas bahu Azriel. Dia melepaskan keluhan di situ. Hanis yang terbaring di atas katil pesakit direnung.

"Abang. Kadang-kadang Athira tertanya, kenapa Allah bagi anak kita sakit macam ni. Sebab keputusan kita dulu untuk kahwin kontrak ke? Sebab Allah marah."

"Sayang, listen. Allah uji sebab Allah sayang. Dia nak tengok kalau kita ni ada masalah, kita ingat dia tak. Ada tak kita minta pertolongan dia? Ada orang anak dia lagi teruk sakit dari Hanis ni. Sayang jangan sedihlah."

Athira diam. Dia redha dengan ujian yang datang namun kenapa tak pada dia kenapa harus sakit itu terkena pada Hanis?

"Dah lah sayang tidur. Mesti penat layan Hanis dalam flight tadi kan? Biar abang jaga Hanis."

Athira naik ke atas katil pesakit. Dia memeluk tubuh Hanis erat. Pipi anaknya dicium beberapa kali. Mata dipejam. Tak memerlukan masa yang lama untuk dia terlena. Dengkuran halus mula kedengaran selepas 2 minit.

Azriel bergerak mencium kedua-dua perempuan yang sangat bermakna di dalam hidupnya.






Pakaian untuk Hanis di dalam dewan bedah sudah disarung ke tubuh. Tubuh kecil itu kini sudah terbaring di atas katil menunggu ditolak masuk ke dalam wad bedah. Semua peralatan dan jururawat juga telah menunggu di dalam dewan bedah. Athira memegang erat tangan puterinya.

"Hanis masuk dalam operation theater nanti, you need to listen to nurse alright? Dengar apa nurse cakap, everything will be okay. Sorry mama tak boleh masuk sekali."

"Alaaa but why? Hanis nak mama dengan papa." Memuncung bibir itu merajuk.

"Nanti lepas doktor dah siap treat Hanis, baru mama dengan papa datang dekat Hanis. Hanis kan pandai? Dalam tu ada nurse and doctor so no need to worry." Pujuk Azriel. Puncak kepala anaknya diusap.

"Lepas Hanis sihat, nanti kita pergi makan aiskrim banyak-banyak. Makan jajan, makan semua benda yang Hanis nak. Mama janji mama belikan. Okay sayang? Nanti kita beli toy sama-sama nak?"

Hanis mengangguk laju. Lebar senyuman itu terukir. Athira sudah membayangkan bermacam-macam perkara yang ingin dibuat bersama puterinya selepas Hanis sihat sepenuhnya. Pasti seronok! Pipi anaknya dicium bertalu-talu.

"Hanis nak toy lego boleh tak? Nanti nak cantum-cantum."

"Mestilah boleh sayang. Mama belikan. Yang paling besar sekali nanti boleh main cantum puas-puas."

"Yeay!!" Azriel tersenyum melihat keterujaan isteri dan anaknya sebelum Hanis ditolak masuk ke dalam dewan bedah.

Azriel mencium kedua pipi anak perempuannya lama. Ingin menikmati waktu itu. Mungkin juga ini ciuman terakhir atau masih ada lagi ciuman selepas ini. Mungkin juga mata itu terakhir kali dibuka adalah sekarang atau akan kembali terbuka selepas ini. Bermacam-macam kemungkinan yang tak pasti.

Jururawat memberi isyarat ingin menolak katil itu masuk ke dalam dewan bedah. Hanis melambai ibu-bapanya bersama senyuman yang paling lebar pernah terukir sejak lahir. Athira dan Azriel membalas lambaian anak mereka sebelum pintu yang menghalang mereka tertutup sepenuhnya.

Pembedahan itu akan memakan masa. Sangat lama, lagi-lagi pembedahan itu berisiko.










Sudah lama mereka menanti Hanis di luar bilik bedah masih belum ada apa-apa berita. Athira yang baru sahaja pulang dari surau selepas menunaikan solat maghrib melabuhkan punggung di kerusi menunggu, bersebelahan dengan suaminya. Wajah risau Azriel dia lihat. Azriel yang membesarkan Hanis dari hari pertama bayi itu lahir hingga sudah besar dan pandai bercakap.

"Lepas Hanis dah siap, I have a good news to tell you and Hanis. A very good news."

"About?"

"Secret. I've been holding it for a month already." Athira memeluk lengan Azriel. Disebalik senyuman yang terukir di bibirnya hati penuh dengan rasa gelisah. Takut kalau pembedahan itu tak berjaya takut kalau Allah hanya meminjamkan Hanis buatnya hanya setakat ini sahaja. Dia takut dengan semua kemungkinan yang berlaku. Hanis anaknya yang dulu dia bawa di dalam perut untuk 9 bulan dan hanya beberapa bulan dia sempat meluangkan masa dengan anaknya.

Athira dan Azriel menegakkan tubuh tatkala melihat beberapa orang jururawat yang berlari masuk ke dalam dewan bedah membawa beberapa beg darah di tangan. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Adakah itu untuk anak mereka? Atau pesakit lain.

Ya Allah kau selamatkanlah anakku.

Hati sudah berdegup pantas. Azriel sudah mula tak duduk diam. Dia memandang ke arah skrin di atas. Ada tiga pesakit yang sedang menjalani pembedahan pada masa yang sama. Hari cuba ditenangkan. Mungkin darah itu untuk pesakit lain.

Dia cuba berfikiran positif. Mungkin ada yang terlibat dengan kemalangan dan telah hilang banyak darah. Ye mesti bukan Hanis. Tak mungkin.

"Abang tu bukan untuk Hanis kan?"

Azriel diam. Dia sendiri tak tahu mahu berkata apa.







*i'm sorry lah eh kalau story ni nampak mengarut sebab sebenarnya story ni memang mengarut pun (。•́︿•̀。)

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now