BAB 33

1.2K 47 3
                                    

Hari ni, hari mereka perlu bertolak ke negara asing untuk menjalankan pembedahan jantung Hanis. Hanis pun kebelakangan ni ada beberapa komplikasi memandangkan keadaaan jantungnya kian teruk.

"Hanis sini mama dukung, kesian papa lenguh."

Hanis menggeleng. Dia memeluk kemas leher Azriel. Azriel menggeleng sambil senyum tanda tidak apa-apa.

Hanis bukan tak boleh berjalan tapi memang dah dimanjakan begitu. Kalau suruh jalan sendiri nanti bermacam alasan yang keluar, sakit lutut lah, kaki tercabut lah, tapak kaki licin lah.

Banyak akal betul anaknya yang seorang itu.

"Abang, tu ibu dengan mama."

Dari jauh mereka sudah nampak keluarga angkat Athira dan ibu Azriel berjalan kearah mereka. Tangan dilambai. Rafiq juga turut berada di situ.

"Flight kejap lagi kan? Nasib sempat."

"Mama sihat? Ibu?"

"Sihat je. Hanis tu kenapa? Melepek je? Demam?" Ibu mertuanya mengajukan soalan apabila melihat Hanis yang bagai kehabisan tenaga.

"Biasalah tu semalam tak tidur asyik nak main, dah habis bateri lah tu."

"Alah comelnya. Makin besar makin nakal, makin comel. Geram tokumi." Pipi cucunya dicubit perlahan. Hanis hanya membiarkan tak memberi sebarang reaksi.

"Korang balik sini semula bila?" Rafiq mula bersuara. Dari tadi dia hanya memerhati dari belakang ibunya.

"Dalam seminggu ke dua minggu insyallah kalau Hanis okay. Kenapa? Kau dah nak nikah?"

"Amboi soalan, soalan maut betul eh? Tak lah, calon pun takde. Tunggu ada calon yang ibu berkenan baru kahwin."

"Eh ibu tak kisah kamu je yang cerewet."

"Samalah tu."

Mereka hanya ketawa sahaja. Kalau lawan dengan Rafiq memang tak akan habis. Lelaki itu mana suka mengalah mungkin sebab itu lah kot dia membujang sampai sekarang.

"Eh tu dia dah buat announcement kena masuk. Pergi lah."

Athira mengalami kedua tangan ibu dan ibu mertuanya. Hanis yang kelihatan lemah juga turut diberi ciuman sekilas oleh nenek-neneknya. Tak terkecuali atoknya merangkap ayah angkat Athira.

"Jom sayang."

Ajak Azriel. Tangannya sudah lenguh menampung tubuh berat Hanis. Namun apakan daya, kalau diletak nanti menangis dan akan menganggu orang lain pula.

"Hanis nak mama."

"Come, sini dengan mama." Athira mengambil Hanis dari dukungan papanya.

Mereka beratur menunggu seorang demi seorang masuk ke dalam kapal terbang. Hanis sudah merengek tak suka dengan keadaan di situ. Terlalu sesak membuatkan dia lemas.

Seusai sahaja melangkah masuk ke dalam kapal, Azriel menunjukkan tiket passport mereka pada pekerja bertugas. Cepat-cepat Athira mencari tempat duduk memandangkan Hanis tak berhenti merengek.

"Hanis duduk kerusi Hanis okay?" Hanis diletakkan ditengah-tengah antara dia dan Athira.

"Nak duduk dengan mama."

"No. Kesian mama. Duduk sini diam diam, listen to me okay sayang papa?"

Hanis mengangguk faham. Dia hanya duduk di situ sambil bermain dengan anak patungnya di tangan. Athira memastikan anaknya duduk dalam keadaan yang selesa.

"Sayang mabuk tak?"

"Insyallah tak."

"Kalau nak muntah bagitahu tau." Nasib badan lah ada anak kena duduk jauh-jauh macam ni. Kalau tak ada Hanis sudah lama dipegang tangan isterinya.

"Hanis,if nak apa-apa tell papa okay? Bagitahu papa or mama."

Hanis membuat simbol okay. Pipi tembam itu dicubit geram. Ingin sahaja dia gigit pipi itu. Comel sangat! Kulit putih bersih pula ikut Athira. Kalau ikut dia sudah gelap jadinya.

Flashback

Athira terbaring lesu di atas katil hotel. Azriel setia berada di sisi isterinya. Tudung Athira ditanggalkan dan disangkut di sudut bilik. Rambut itu dibelai lembut. Haih ini baru naik kapal terbang dari Johor Bahru ke Terengganu, kalau ke luar negara tak tahu lah jadi apa.

"Nak air tak?"

Athira menepis kasar tangan Azriel yang baru sahaja ingin menyentuh kepalanya. Gadis itu berlari laju ke bilik air. Azriel sudah mula risau, seksa juga dia dengar Athira muntah.

"Okay tak tu?"

"Bluekkk!!" Jangan kata nak menjawab nak bernafas pun tak boleh.

Azriel hanya menunggu di luar bilik air memandangkan pintu tandas itu ditutup rapat. Dia berjalan ke hulu ke hilir menunggu Athira yang masih tak berhenti memuntahkan isi perut.

"Nak aku masuk tak? Teruk tu, aku pergi beli ubat sekejap eh? Ke kau nak asam? Ermmm.. apa lagi boleh hilangkan jet lag tu?"

Athira tak menyahut. Mulut dikunur hingga bersih. Rambut yang terjuntai di dahi diraup ke belakang. Dengan tubuh yang lesu, dia membuka pintu bilik air.

Belum apa-apa, tubuh itu terus rebah. Mujur sahaja ada Azriel di hadapan kalau tak sudah lama Athira terjatuh mencium lantai.

"Okay tak ni? Jom lah pergi hospital. Lemah sangat badan kau ni."

"Tak nak.." Tak sempat dia menghabiskan ayatnya, Athira sudah pengsan tak berdaya di dalam dakapan Azriel.



Mata dicelik perlahan. Keadaan sekeliling cuba diproses dan dihadam. Kepala yang sakit bagai dicucuk dengan benda tumpul itu dipegang. Tekaknya masih berasa loya namun tak seteruk tadi.

"Kau dah bangun? Rasa nak muntah lagi?"

Athira merenung ke arah jarum yang tercucuk pada tangannya. Berkerut dahinya memandang Azriel. Masih cuba untuk memproses apa yang berlaku. Macam mana dia boleh berada di situ?

"Kau pengsan tadi, aku bawak pergi hospital. Nak air tak? Ke lapar, nak makan?"

"Air.." Lemah suaranya menyapa telinga Azriel.

Gelas yang sudah berisi air kosong dan penyedut minuman itu diberi pada Athira. Air diteguk hingga habis. Terasa kering betul tekaknya. Jari kelingking suaminya yang sempat dicapai digenggam kemas.

"Nak.. nak bangun."

"Sure? Aku takut kau muntah lagi."

Athira mengangguk. Alat kawalan diambil lalu satu butang ditekan membuatkan kepala katil terangkat sedikit. Bantal dilapik di belakang Athira sebelum wanita itu disandarkan.

"Awak ada meeting kan? Sorry menyusahkan. Pergi lah, saya okay je."

"Sejam lagi meeting tu. Aku suap kau makan eh? Kau belum makan lagi ni. Nanti perut tu kosong kesian baby."

"Kalau nak makan mi boleh tak?"

"Mi apa? Aku pergi beli sekejap."

"Ermmm.. nak bihun sup. Boleh?"

"Boleh. Kau duduk sini diam-diam tau. Nah telefon aku. Takde game tapi suka hati kau lah nak tengok apa. Aku pergi beli makanan kau sekejap."

Athira menganggukkan kepalanya. Lantas telefon di dalam tangan Azriel diambil. Aplikasi pertama yang dibuka ialah YouTube memandangkan Azriel tiada apa-apa account social media.

End Flashback

Ingat lagi dulu ketika dia mabuk teruk. Seksa betul trimester kedua sampai naik kereta pun tak boleh. Mujur kali ini dia tak rasa mual atau muntah. Haih perit jugak tekaknya, rasa macam nak korek keluar baru puas.












𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now