Roh Jahat

2.3K 105 13
                                    

"HAH?" Fang terkejut mendapat berita buruk daripada abangnya "Kenapa abang tak beritahu adik awal-awal, kenapa baru sekarang?"

"Sebab kau tengah bersuka ria dengan kawan-kawan kau, tak kan abang nak musnahkan kegembiraan itu dengan berita buruk Lynna! Abang memang berat hati nak beritahu kau tapi nanti kau akan tahu juga" Kaizo menyuruh adiknya duduk di atas sofa dan terus Fang duduk di sebelah abangnya "Abang harap kau akan tabah seperti mana abang tabah melihat kau koma. Abang tunggu kau bangun. Bukan abang sahaja, Rizu dan kawan-kawan kau yang lain juga ingin kau bangun"

"Jangan risau abang. Adik yakin kak Lynna akan bangun sebab dia kan kuat! Dia dapat mengatasi kesemua cabaran yang dia akan terima" Kaizo peluk adiknya. Dia bangga dengan adiknya yang semakin hari semakin tabah, kuat dan berani

"Esok kita pergi menziarahi dia dekat hospital" kata Kaizo. Fang tersenyum di dalam pelukan abangnya "Kau pergi berehat, esok kita kena bergerak awal"

"Baik abang" Fang bangun dari sofa dan terus naik ke atas. Dia menaiki tangga itu dengan pelahan, dia menoleh kebelakang untuk melihat abangnya. Kaizo hanya duduk berfikir dengan muka serius dia "Apalah abang aku sedang fikirkan" kata Fang sambil naik ke atas dan terus masuk ke dalam biliknya

"ARGHHHHHHHHHH!" Fang terkejut dengan kemunculan Ratu Lily di dalam biliknya "APA KAU BUAT DEKAT SINI?!" Kaizo yang berada di bawah, berlari naik ke atas untuk melihat adiknya yang tiba-tiba sahaja menjerit tadi

"Maaf Fang, aku datang ke sini sebab kak Lynna"

"JADI KAU LAH YANG BUAT DIA YANG JADI KOMA!"

"Bukan aku lah!" marah Ratu Lily "Kau sudah maafkan aku tapi nak tuduh aku lagi. Aku rasuk kau lagi sekali, baru kau tahu"

"Kau nak rasuk adik aku?" muncul Kaizo di belakang adiknya

"Hehehehe... saya bergurau sahaja Kaizo" Ratu Lily tersengih kepada mereka berdua "Oh yea! Saya datang ke sini sebab nak beritahu yang sebenarnya kak Lynna memerlukan pertolongan dari kamu berdua. Roh dia terperangkap di alam hantu" Kaizo tersenyum sinis apabila terdengar perkataan hantu "Kemalangan hari itu bukanlah kemalangan biasa tapi kemalangan yang sudah dirancang"

"Tapi kena kawan-kawan kak Lynna tidak pergi menolong pula?" tanya Fang

"Sebab mereka tidak tahu tentang perkara ini. Aku yang dapat tahu dulu, aku yang nampak roh dia tetapi roh dia di kacau oleh roh yang lain. Lagipun aku tidak kenal kawan-kawan kak Lynna, sebab itu aku datang kepada korang dulu tapi aku datang kepada Boboiboy dulu sebelum kamu berdua"

"Cheh! Ambil peluang untuk bercakap dengan Boboiboy rupanya" Ratu Lily tersengih kepada Fang

"Kamu kena tolong kak Lynna, roh dia di kacau dan terperangkap, dia tidak dapat kembali ke badan dia yang asal. Kamu kena pergi selamatkan dia. Boboiboy sekarang ini dalam perjalanan ke sini, kawan-kawan kamu juga yang lain iaitu Gopal dan Ying. Boboiboy yang beritahu mereka berdua" Ratu Lily sambung lagi bercakap "Sepatutnya mereka semua akan pulang ke sini esok tetapi semuanya ingin balik ke sini malam ini juga"

"Hmmm.. kalau macam itu, kita semua akan berkumpul di kedai Tok Aba. Mesej kawan-kawan kau, Pang" Kaizo terus keluar dari bilik adiknya "Kau pergi tidur, esok kita ada misi baru untuk selamatkan kawan kita" Fang sudah pun menghantar mesej kepada kawan-kawan dia

"Fang, aku pergi dulu. Jumpa esok" Sebelum Ratu Lily hilangkan diri, Fang telah bercakap sesuatu kepada dia

"Terima kasih Ratu Lily kerana memberitahu tentang perkara ini" kata Fang "Kau memang sudah berubah menjadi baik, kau lain daripada diri kau yang sebelum ini. Kau bukan lagi ratu kejam"

"Terima kasih Fang" Ratu Lily tersenyum dan terharu sedikit "Aku sedang cuba sedaya upaya aku untuk menjadi baik dan aku akan tolong kau dan abang kau untuk menembus balik kesalahan aku. Aku akan sentiasa menolong kamu berdua, itulah janji diri aku kepada diri aku sendiri. Abang kau berikan aku peluang untuk membersihkan diri aku untuk menjadi baik. Dia dan Lynna berikan aku cahaya kebaikkan, ini adalah membalas budi mereka berdua"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now