"Aku rasa, aku memang tak layak sebagai adik dia" Itulah kata-kata Fang sebelum dia pergi menyembunyikan diri di tempat lain. Boboiboy rasa risau pula dengan kawan dia yang sudah terlampau lama sembunyikan diri. Dia menghubungi Faye jika Fang ada bersama atuk dan nenek dia, tapi Faye kata Fang tiada di situ. Dia juga ada pergi ke rumah Rizu jika Fang ada di situ tetapi kawan dia tiada di situ juga. Dia ada pergi bertanya kepada Lahap kalau Fang ada di kapal angkasa tetapi Lahap jawab, Fang tiada di situ dan akhirnya, dia menghubungi Lynna jika Fang ada bersamanya tetapi Fang tiada di situ juga. Dia telah beberapa kali cuba untuk menghubungi Fang tetapi gagal. Jam kuasa Fang tidak dapat dikesan atau dihubungi. Dia menjadi semakin risau. Dia juga tidak tahu apa kisah yang berlaku di antara Fang dan Kaizo. Lalu dia pergi ke rumah kawan baik dia untuk bertanya sendiri dengan abang kawan baik dia iaitu Kaizo. Setelah sampai di rumah Fang dan Kaizo, Boboiboy mengetuk pintu rumah itu untuk beberapa kali dan akhirnya Kaizo membuka pintu tersebut
"Kau cari Pang ke? Dia tiada di sini" kata Kaizo dengan suara garang dia "Budak tu memang menyusahkan aku sahaja"
"Err.. apa dia buat, abang Kaizo?" tanya Boboiboy. Kaizo menjemput Boboiboy masuk ke dalam rumah. Lalu Boboiboy masuk ke dalam rumah tersebut dan dapati rumah itu bersepah seperti ada puting beliung lalu di dalam rumah tersebut "Apa terjadi ni?"
"Kau nak tahu apa yang terjadi. Si Pang tu memang saja nak naikkan kemarahan aku. Dia ambik cincin kepunyaan ibu kami dan lepas tu dia pergi hilangkan" kata Kaizo sambil susun barang-barang di ruang tamu itu "Aku tahu dia ingin menyimpan barang-barang kepunyaan ibu kami tapi yang dia pergi hilangkan cincin itu kenapa? Cincin itu adalah pemberian ayah kepada ibu kami. Entah mana dia pergi hilangkan, aku sendiri pun tak tahu. Sudahlah dia ambik barang orang sesuka hati dia sahaja. Apa nak jadi dengan budak tu" membebel Kaizo lagi. Boboiboy hanya senyap sahaja "Nak kata nakal, dia memang sudah nakal pun. Nak katakan manja, dia memang suka sangat bermanja dengan aku. Nak kata rajin, memang terlebih rajin budak tu"
"Abang Kaizo janganlah marah sangat. Dia tak sengaja hilangkan cincin tu" kata Boboiboy yang masih lagi melihat Kaizo mengemas ruang tamu
"Sengaja ke tak sengaja ke, kenapa perlu ambik cincin tu? Dia sudah ada loket kepunyaan ibu kami, kenapa dia perlu nak cincin itu sekali? Cincin itu nenek yang berikan kepada aku, supaya aku dapat menjaga cincin kepunyaan ibu dengan baik. Dia amanahkan aku untuk menjaganya" Kaizo rebahkan diri dia di atas sofa sambil menghela nafas "Kalau kau jumpa dia, suruh dia pulang ke rumah kerana aku ingin bercakap dengan dia"
"Tapi masalahnya, saya sendiri tidak tahu dia pergi ke mana. Saya sudah tanya semua orang tapi sorang pun tak tahu"
"Hmm.. lari dari rumah lah tu" kata Kaizo "Dia mesti lari ke rumah atuk dan nenek aku, ataupun dia lari ke Kuala Lumpur untuk mengadu kepada kakak kesayangan dia tu"
"Maaf abang Kaizo. Saya sudah pun bertanya kepada Faye dan kak Lynna. Mereka sendiri jawab yang Fang tiada dengan mereka" Kaizo berasa pelik, kemana adik dia pergi? Jangan-jangan dekat kubur ibubapa mereka, fikir Kaizo
"Mungkin dia ada di situ" kata Kaizo seorang diri
"Dekat mana tu?" tanya Boboiboy. Kaizo tidak menjawab pertanyaan Boboiboy. Dia terus pergi menghubungi Lahap tetapi jam kuasa dia berbunyi. Kaizo rasa hairan, siapa yang menghubungi dia? Lalu dia menjawab panggilan itu. Hologram Yaya dan Ying terpacar di jam kuasa Kaizo
"Kenapa?"
"Kapten Kaizo, cepat datang ke sini! Ada sesuatu terjadi dekat Fang" kata Yaya
"Bagi lokasi kamu dengan segera" Yaya terus hantar lokasi dia kepada Kaizo "Terima kasih" Kaizo menutup hologram tersebut. Kaizo tidak berkata apa, dia terus pergi ke lokasi tersebut bersama dengan Boboiboy. Hati dia berasa berdebar-debar kerana suara Yaya tadi kelihatan sungguh cemas. Dia tidak fikirkan tentang benda lain, dia hanya fikirkan tentang adik dia sahaja. Adakah dia selamat? Ada musuh cuba menyerang adik dia atau sesuatu yang lebih buruk yang terjadi terhadap adiknya. Dia tidak mahu fikirkan benda yang bukan-bukan tetapi fikirkannya tetap bermain-main dengan Kaizo
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 3)
FanfictionSeason 3 sudah bermula! YEAHHH! Kali ini dengan kisah-kisah lebih menarik dari Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di bumi! Full of brotherly love/madness and friendship!