Hari Jadi yang Istimewa

1.5K 82 21
                                    

KRINGGGG!

Fang terus bangun dari tidurnya dengan senyuman lebarnya kerana dia tahu, hari ini adalah hari jadi dia. Tanpa membuang masa, dia terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan cucikan segala kotoran yang ada di tubuh badannya. Dia siap bernyanyi-nyanyi di dalam bilik air itu tetapi dia tidak sedar bahawa, hanya dia seorang sahaja yang ada di dalam rumah tersebut. Kaizo, Faye dan Idoli sudah keluar pergi untuk jalankan sesuatu yang khas buat Fang. Setelah dia siap mandi, Fang terus memakai pakaiannya yang sudah tersedia di pintu almari. Dia sikat rambutnya dan pastikan rambut style landak sentiasa bergaya

"Meow meow meow"

"Terima kasih Shadow! Kaulah kucing pertama yang mengucapkan selamat hari jadi dekat aku" Fang membelai kepala Shadow. Lalu dia keluar dari bilik bersama Shadow "SELAMAT PAGI SEMUA!" Fang menjerit di koridor rumahnya tetapi keadaan rumah sunyi sahaja "Aik, mana semua orang?" Fang melihat di ruang tamu. Abangnya tiada di situ, sepupu dia pun tiada di situ juga. Idoli si kucing alien pun tiada

"Quack quack quack quack" Fang terus menoleh ketepi untuk melihat Lily si itik sedang bisingkan sesuatu "Quack quack quack"

"Ada sesuatu dekat atas meja dapur?"

"Quack quack quack"

"Ok, terima kasih Lily si itik" Fang terus turun ke bawah. Shadow, Pikachu dan Lily si itik ikut Fang dari belakang. Mereka membuat bising di belakang Fang "Korang bertiga ni, cubalah senyap" Terus ketiga ekor itu diam. Fang masuk ke dalam dapur dan ternampak sehelai kertas di atas meja makan. Lalu dia mengambil kertas itu

"Meow meow?" tanya Shadow

"Hmm.. dia cakap pergi ke kedai donut dekat bandar Pulau Rintis" Mata Fang terus bersinar-sinar "Mesti abang yang rancangkan birthday party aku dekat kedai donut! Dengan segera aku akan ke sana!"

"Quack quack!"

"Terima kasih Lily" Fang keluar dari dapur dengan gembiranya. Dia sudah terbayangkan kawan-kawan dia, semuanya ada di situ sambil nyanyikan sebuah lagu Happy Birthday dekat diri dia. Dia sudah tidak sabar untuk menyambut hari jadinya bersama mereka "Abang ku adalah yang terbaik!" Shadow, Pikachu dan Lily hanya gelengkan kepala sahaja sambil perhatikan Fang keluar dari rumah itu

------------------------------------------------------------------------------------------

"Aku sudah sampai!" Fang terus menjerit di dalam kedai donut itu tetapi kawan-kawan dia tiada di situ. Hanya ada dua budak lelaki sedang berborak di dalam kedai tersebut "Eh, mana semua orang?" Dia melihat sekeliling dan baru dia perasan bahawa dua budak lelaki itu adalah Harraz dan Zakwan

"Fang! Sini sini!" Zakwan melambai-lambai ke arah Fang

"Errr.. apsal dia orang sahaja yang ada?" Fang rasa pelik. Lalu dia terfikirkan tentang hari jadi Boboiboy. Pada masa itu, dia telah merancangkan sesuatu yang nakal, khas untuk kawan baik dia sendiri "Adakah ini rancangan nakal dari Boboiboy? Dia nak balas dendam balik ke?"

"Woi Fang, apasal kau berdiri dekat situ lagi?" panggil Zakwan. Fang terus ke meja kawannya dan lalu dia duduk. Pekerja kedai itu telah meletakkan sepiring donut lobak merah khas untuk Fang "Makanlah.. kita orang belanja"

"Terima kasih" Fang rasa sangat terharu "Tapi mana yang lain?"

"Kalau kau nak tahu, kau kena habiskan donut ini dulu. Baru aku bagi clue yang seterusnya" Fang melihat wajah Harraz dengan peliknya "Hehehee.. makanlah cepat" Harraz tersengih. Tangan Fang mengambil donut kegemaran dia

"Wei, apa rancangan korang sebenarnya?" tanya Fang

"Mana boleh beritahu.. ini adalah rahsia" Zakwan tersenyum sinis kepada Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now