Mr. Donut Lobak Merah

1.8K 104 5
                                    

"Selamat pagi, Boboiboy!" Lily terus berkelip-kelip mata dengan senyuman lebar dia kepada Boboiboy yang sedang sediakan pancake chocolate khas untuk Rizu. Hidung dia terbau kesedapan pancake chocolate tersebut

"Selamat pagi, Lily" kata Boboiboy "Sorang sahaja ke? Mana Faye dan Bella?"

"Hmm.. hari ini dia orang takde pula. Jadi Lily seorang sahajalah dekat sini tapi takpe! Boboiboy akan temankan Lily pada hari ini kerana Lily telah sediakan sesuatu yang khas untuk Boboiboy!" Terus Lily meletakkan sebuah bekas makanan yang besar di atas meja kaunter "Ini dia! KEK PISANG UNTUK BOBOIBOY!"

"Untuk Pizu takde ke?"

"Hehehe.. untuk Rizu mestilah ada" Lily terus peluk kepala Rizu "Rizu kan adik kesayangan kakak Lily. Rizu jadi adik angkat kepada kakak Lily ajelah. Rizu tak payah jadi adik angkat kepada si landak tu" Dia belai kepala Rizu

"Tapi Pizu sayangkan abang Fang"

"Ala, si landak tu kan dah terlebih kasih sayang daripada abang dia si kapten itik tu" kata Lily yang masih lagi tak nak lepaskan kepala Rizu "Oh yea, mana si landak tu? Tak nampak pun dia hari ni"

"Hmm.. dia ada dekat kedai donut baru yang bukak semalam" jawab Boboiboy. Dia meletakkan pancake chocolate di dalam sebuah pinggan dan terus dia letak chocolate syrup di atas pancake itu

"Kedai donut baru?" Lily terus lepaskan kepala Rizu

"Ha ah kakak Lily. Abang Fang dari semalam lagi asyik ke kedai itu sahaja sebab kedai tu ada jual donut kegemaran dia" Boboiboy letakkan pancake chocolate di depan Rizu "Terima kasih abang Boboiboy!"

"Oh! Donut lobak merah dia tu" Lily angguk "Jadi aman lah Pulau Rintis sekarang ini sebab tiap-tiap hari si landak akan pergi ke kedai tu aje. Oh yea.. lupa pulak" Lily membuka bekas makanan dia dan terus dia mengambil sepotong kek pisang yang telah pun dipotong, dia berikan kepada Boboiboy untuk merasa kek tersebut "Boboiboy rasalah. Lily yang buat" Boboiboy tidak menolak. Lalu dia makan kek itu

"Sedap Lily buat" Mata Lily terus bersinar-sinar "Pandai yea Lily buat kek. Bolehlah Lily bagi semua orang rasa kek ni"

"Mestilah! Tapi selebihnya khas untuk Boboiboy"

"Untuk Pizu?"

"Untuk Rizu mestilah ada! Kakak Lily akan bahagikan kepada 3 bahagian. Satu untuk Boboiboy, satu untuk Rizu dan satu lagi untuk yang lain. Dia orang hanya dapat makan satu keping sahaja" kata Lily sambil buat kiraan dekat kek pisang itu

"Jadi kakak Bella dan kakak Faye dapat satu keping sahaja?" Terus muka Lily berubah

"Alamak, kena kira balik ni.." Lily mengira balik untuk kawan-kawan baik dia dapat sama rata. Tiba-tiba sahaja ada satu tangan mengambil sekeping kek pisang itu "Eh?" Lalu Lily mendongak untuk melihat siapa yang berdiri di belakang dia dan mengambil kek pisang dia "ABANG KAIZO?!" Kaizo makan kek pisang itu dan lalu dia kunyah secara perlahan "Macam mana? sedap tak?" Lily tersenyum lebar kepada Kaizo

"Hmmm... bolehlah" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Bolehlah tu maksudnya ada yang kekurangan ke?" tanya Lily yang tidak puas hati dengan jawapan Kaizo tadi

"Maksud abang Paizo. Bolehlah tu maksudnya sedap tapi tidak memuaskan hati abang Paizo" jawap Rizu dengan mulut dia penuh dengan chocolate pancake "Tapi kakak Lily jangan ambik hati pulak. Abang Paizo tu memang selalu macam tu. Abang Fang masak pun, abang Kaizo tetap jawab bolehlah"

"Betul tu. Kau jangan sedih pulak, kau kena terima sahaja" kata Boboiboy. Lily seperti mahu menangis tetapi dia terpaksa menerima jawapan dari Kaizo tadi "Abang Kaizo buat apa dekat sini?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now