Salji

1.1K 65 28
                                    

"Abang Fang! Tengok Pizu main kasut roda.. weeeeee!" Rizu meluncur dengan kasut rodanya dari rumah Fang sehinggalah ke penghujung jalan. Fang hanya berdiri sahaja kerana kasut roda dia sedang berjalan dengan tahap kelajuan biasa. Dia malas nak jalankan kasut roda itu

"Hehehee... Rizu hati-hati, jangan sampai terlanggar pulak nanti"

"Ok abang Fang!" Rizu pusingkan diri dia dengan kasut roda itu dan terus berpatah balik untuk bermain kasut roda bersama abang kesayangan dia "Abang Fang, Pizu cemburulah tengok kasut roda abang Fang"

"Kenapa cemburu pula?"

"Yelah, kasut roda abang Fang tu boleh sorokkan roda dia dan boleh dijadikan kasut sekolah lagi.. hehehee.. lepas tu roda tu boleh bergerak sendiri dengan tahap kelajuan yang kita nak. Pandai betul abang Paizo rekakan ciptaan ini dan lepas suruh kakak Emmy ciptakan"

"Hehehe.. ala, dekat planet lain sebenarnya ada kasut roda serba guna ni cuma planet ini sahaja yang belum ada lagi" Fang berhenti sekejap untuk hentikan kasut roda itu bergerak sendiri. Lalu dia gerakkan kasut roda itu secara biasa supaya dia dapat bermain bersama Rizu "Tapi macam-macam betul ciptaan Emmy telah ciptakan. Apa lagi yang dia ciptakan yea?"

"Kita pergi melawat kakak Emmy nak tak? Mesti kakak Emmy tengah mencipta sesuatu"

"Boleh juga tu, jom kita lumba siapa sampai rumah Emmy dulu!"

"JOM!" Rizu terus lajukan pergerakan dia tetapi Fang dengan begitu pantasnya, dapat memintas Rizu "Abang Fang! Abang Fang laju sangat! Tunggulah Pizu!"

"Mana boleh, kita kan tengah berlumba" kata Fang sambil tumpukan perhatian di depan dia "Rizu! cepatlah kejar abang.." Tiada sahutan dari belakang dia. Fang terus hentikan kasut roda dia "Rizu?"

Fang pusing kebelakang dan dapati Rizu terjatuh akibat pergerakan kasut roda dia yang terlampau laju. Dia terus pergi ke arah Rizu yang sudah terduduk di atas jalan. Lutut Rizu terluka sedikit

"Abang Fang.. Pizu terjatuh tadi"

"Maaf sebab abang ajak Rizu lumba tadi" Fang menolong Rizu untuk bangunkan diri Rizu yang kecil itu "Rizu nak balik rumah tak?"

"Tak nak, Pizu nak pergi ke rumah kakak Emmy"

"Ok, nanti kita letak ubat dekat rumah dia ok" Rizu angguk sahaja. Fang bergerak secara perlahan kali ini. Mereka berdua teruskan perjalanan mereka ke rumah Emmy

Sampai sahaja di rumah Emmy, mereka terdengar gelak ketawa dari seorang budak kecil iaitu Idoli. Dia sedang sibuk bermain di dalam kolam renang bersama Lynna. Bukan Lynna dan Idoli sahaja yang ada di dalam kolam renang itu, Lily si itik pun ada sekali. Emmy tiada di situ kerana dia sedang sibuk betulkan sebuah mesin di halaman rumahnya. Dia sudah beberapa kali mencuba mesin itu tetapi ada sesuatu yang tidak terkena. Dia terpaksa betulkan kesilapan yang ada di mesin tersebut Fang mencari-cari abang dia di kawasan rumah Emmy tetapi abang dia tiada di situ

"ABANG FANG!" Idoli melambai-lambai ke arah Fang dan Rizu. Dia melompat-lompat di dalam kolam renang itu "JOMLAH KITA MAIN AIR SAMA-SAMA!"

"Nanti abang join" kata Fang. Dia pergi melihat apa yang di cipta oleh Emmy. Rizu sudah pun duduk bersila di sebelah Emmy dengan mata dia bersinar-sinar "Emmy tengah buat mesin ajaib apa?"

"Ini bukan mesin magic lah abang Fely. Ini adalah mesin mengubah cuaca! Hari tu Probe ada beritahu yang encik bos dia pernah gunakan mesin ini untuk gagalkan korang dalam peperiksaan" Fang teringat pula episode itu dan paling buat dia rasa geram adalah, dia telah membuat diri dia gagal dalam peperiksaan matematik. Emmy nampak dahi Fang berkerut-kerut, lalu dia tergelak sedikit

"Wah! Bolehlah kita keluarkan salji dekat sini.. seronoknya" Rizu sudah terbayangkan diri dia bermain dengan salji

"Ha ah penguin, kakak Emmy nak buat adanya salji dekat Pulau Rintis tapi.. hehehe.. mesin ini hanya boleh buat cuaca menjadi sejuk seperti dekat luar negara.. cuaca lain, belum di masukkan lagi tapi apa-apa pun, kita bolehlah berseronok main baling-baling salji macam kita main dekat atas gunung hari tu tapi kenalah tunggu kakak Emmmy betulkan mesin ni"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now