Persaingan Baru

1.2K 83 46
                                    

"Comel jugak budak oren tu"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Comel jugak budak oren tu"

"Bukan ke abang suruh kau perhatikan si rambut cacak tu, bukannya suruh kau tengok kawan baik dia tu"

"Isk abang ni, bagilah Mimi tengok budak comel tu" kata Mimiko sambil meneropong Boboiboy dari jauh. Dia dan abang dia sedang bersembunyi di dalam sebuah semak yang penuh dengan bunga Lily berwarna merah. Hati dia rasa suka melihat Boboiboy bergelak ketawa dengan rakan-rakannya di sekolah pada waktu rehat. Fang pula, hanya berdiri di tepi pokok sambil bersandar dengan tangannya bersilang. Muka dia hanya muka serius sahaja, macam abang dia. Fang dan Boboiboy mempunyai personality yang berbeza. Ramai yang senang berbual dengan Boboiboy dan Fang pula, dia akan berlagak sombong atau memarahi orang itu kerana sibuk dalam urusan dia

"Kau ni memang tak boleh nak diharapkan langsung. Asyik nak tengok manusia yang paling comel ataupun handsome aje" Momoki merampas teropong dari tangan kembarnya. Momoki dan Mimiko adalah adik beradik kembar tapi Momoki yang keluar dulu. Beza mereka adalah hanya 12 minit sahaja dan tahun berlainan. Mimiko lahir pada 1 January dan manakala Momoki lahir pada 31 December

"Alaaa.. baru nak tengok budak oren tu makan makanan dia" Momoki berikan renungan maut kepada adiknya "Hmm.. yelah, tengoklah.. adik merajuk, tak nak cakap dengan abang"

"Kasihan kamu yea, merajuk dengan abang kamu tu" datang satu suara di sebelah Mimiko

"Hmm.. apa boleh buat, abang Momo ni suka halang Mimi. Apa yang Mimi nak buat, semuanya dia akan cantas seperti tadi"

"Abang Momo? Macam nama Mok Mok aje.. abang gemuk gemuk.. HAHAHAAAAAAA!" Berkerut-kerut dahi Momoki. Lalu dia dan Mimiko menoleh ketepi, seorang gadis sedang makan kerepek pisang muncul di antara mereka berdua. Lily begitu asyik sangat memerhatikan Boboiboy dia dari jauh sambil makan kerepek pisang dia, sampai tak sedar dia sedang dilihat oleh dua adik beradik kembar itu

"Kau ni siapa?" tanya Momoki

"Nama saya Lily" jawab Lily sambil melihat Boboiboy makan ayam goreng. Air liur Gopal meleleh melihat ayam goreng itu

"RATU LILY?!" menjerit mereka berdua

"Bukan ke Ratu Lily sudah tiada?" tanya Mimiko sambil garu-garu kepala dia "Tapi macam mana Ratu Lily boleh ada balik. ADAKAH INI ADALAH KELAHIRAN KAU BALIK SEMULA?" Lily terus menoleh ke Mimiko dengan muka menakutkan dia, lalu dia menjerit

"LILY BUKAN RATU LILY LAH!"

"Oh bukan Ratu Lily... ini Lily mana?" tanya Mimiko lagi "Bolehlah kita jadi sahabat baik nanti"

"SAHABAT BAIK?!" Momoki bangun dari semak itu dan terus melihat Mimiko dengan mata dia merah menyala. Hati dia rasa geram pula dengan kembar dia "Dia kan sahabat kepada musuh kita orang, buat apa adik nak bersahabat baik dengan dia pula.. melainkan.." Lalu Momoki mengutip sekuntum bunga Lily dan lalu berikan kepada Lily "Nama mu memang sesuai sangat dengan bunga ni. Lily memang seorang yang cantik" Muka Lily menjadi merah kerana malu "Terimalah bunga ini wahai Lily yang cantik"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now