Power Sphera

1.2K 76 50
                                    

Seorang remaja lelaki sedang asyik menyapu daun-daun kering yang berguguran di halaman rumahnya. Dia begitu rajin sekali untuk pastikan halaman itu kelihatan bersih dan tiada daun-daun kering atau ranting-ranting kayu kelihatan di situ. Remaja itu rasa tenang dengan suasana yang indah, matahari tidak begitu panas, awan-awan menghiasi langit biru dan angin yang mendayu. Dia terasa ingin terbang dan pergi ke tempat lain. Lalu dia terapung sedikit dan dia baringkan dirinya untuk melihat awan-awan di langit. Penyapu di tangannya terlepas dari pegangan dia. Lalu kedua belah tangannya di letakkan di belakang kepalanya sebagai bantal

"Kalaulah setiap hari begini, memang aku akan rasa bahagia sepanjang hari" kata remaja lelaki yang bernama Fang itu "Tiada gangguan daripada abang aku yang garang tu, tiada musuh untuk menyerang aku dan abang aku.. dan paling penting sekali, aku tidak perlu jalani latihan tempur yang tahap ganas tu"

"Amboi, sukanya kau" Fang kenal suara itu. Lalu dia dudukkan dirinya yang sedang terapung di udara itu

"Hmm... kau memang suka yea sibuk dalam kebahagian aku"

"Hehehee.. aku kan kawan baik kau, mestilah aku akan sentiasa menjadi penyibuk" Boboiboy terapung juga di situ dan duduk bersila di hadapan Fang "Aku ada bawakan donut lobak merah ni, makanan kegemaran kau"

"Aku pun ada bawakan juga" muncul pula Yaya di tepi Boboiboy dengan sebuah dulang yang penuh dengan donut lobak merah. Donut-donut itu telah disusun dengan rapinya, ianya seperti sebuah piramid. Mata Fang terus bersinar-sinar sambil melihat donut kegemaran dia

"Aiyooo... dia siap menangis lagi" muncul pula Ying kali ini

"Mestilah, aku rasa terharu melihat donut tu" balas Fang yang sudah tidak sabar untuk merasai donut lobak merah dia

"Hehehee... kalau aku ambik satu mesti kena marahkan?" datang pula suara Gopal dan lalu dia muncul di sebelah Ying "Sudahlah bau donut ini sangat mengasyikkan. Kau tak nak ke, Fang?"

"Siapa cakap aku tak nak, AKU NAKLAH!" Fang mengambil dulang donut itu dari tangan Yaya. Tekak dia sudah terasa kelazatan donut tersebut. Bau donut itu menusuk ke lubang hidung dia "Heheheee.. donut-donut ini semua akan menjadi milik aku!"

"Hehehee.. makanlah puas-puas Fang sebelum kau kena bangun" kata Boboiboy sambil tersenyum lebar

"Bangun?"

"Ha ah, baik kau makan cepat-cepat sebelum donut-donut tu hilang" kata Yaya "Mimpi ni macam-macam boleh berlaku, cuma kau sahaja tak dapat mengawal mimpi kau ni.. hehehee"

"Betul juga kata kau, Yaya. Jadi dengan rasminya.. aku akan makan donut kegemaran aku ni!" Jari jemari Fang sudah hampir untuk mengambil salah satu donut itu tetapi donut-donut itu secara tidak langsungnya, ianya terbang pergi. Fang tidak sempat untuk mengambil donut-donut itu "EH?! Apasal ni? Donut aku!"

"Hah, kan aku dah cakap.. donut itu akan hilang nanti" kata Yaya sambil tersenyum

"WEI WEI! TOLONGLAH AKU TANGKAP DONUT AKU!" Tangan Fang cuba hendak mencapai salah satu donut tersebut tetapi badan dia seakan-akan seperti batu. Ianya tidak mahu berganjat dari situ. Rakan-rakan dia pula hanya tersenyum sahaja seperti badut

"DONUT AKU!" Menjerit Fang sambil melihat satu per satu donut itu hilang dari pandangan dia. Makin lama makin sunyi, dan semuanya hilang. Tinggal dia seorang sahaja di dalam tempat gelap. Lalu dia menjerit sekuat hati

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"DONUT LOBAK MERAH!" Fang terjaga dari komanya. Dia terduduk di situ dengan matanya membulat besar

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now