Misi

2K 113 18
                                    

"Apa benda ni atuk?" Fang mengangkat sebuah botol besar sambil membelek-belek botol tersebut. Dia cuba untuk membuka penutup botol itu tetapi penutup itu ketat pula

"Fang, itu adalah budu" kata Tok Aba sambil sediakan Ice Blended Chocolate Special untuk Fang. Hari ini Fang sampai di kedai Tok Aba lebih awal daripada kawan-kawan dia yang lain. Boboiboy dan Ochobot pergi menghantar makanan yang telah dipesan oleh beberapa penduduk di Pulau Rintis

"Budu? Apa benda tu atuk? Nama macam nak dekat dengan Adudu aje. Ini mesti Adudu yang hantar! Saya akan pergi belasah dia" Fang bangun dan lalu hentak meja kaunter itu dengan tangannya

"Kamu ni Fang. Bukan Adudu yang hantar tapi kawan atuk yang hantar" kata Tok Aba sambil geleng kepala. Fang duduk balik sambil tersengih "Nah, air kamu sudah siap"

"Terima kasiha atuk" Fang mengambil airnya "Tapi Budu tu apa atuk?"

"Hah, Budu tu sejenis makanan. Kamu nak rasa ke?"

"Hehehee... takpelah atuk"

"Dey! Baik kau rasa, sedap! SUNGGUH MENYELERAKAN!" Muncul Gopal dengan sebuah beg plastik kecik. Dia baru sahaja balik dari pasar tani dengan beg makanan yang penuh di tangannya

"Woi! Dah aku kata tak nak, tak nak lah! Yang kau sibuk apasal" Fang melihat Gopal sedang makan sesuatu "Kau makan apa tu?"

"Kau nak? Ini adalah tempe goreng" Gopal berikan satu tempe goreng kepada Fang "Rasalah! Pastu kau cuba cicahkan dengan budu tu, mesti lagi sedap!"

"Pastu, kau rasa ni sekali" muncul pula Bella dengan sepapan petai "Kau rasalah" Bella tersenyum sinis melihat petai-petai yang di bawa dari pasar tani tadi. Gopal pun turut tersenyum sinis melihat petai tersebut. Fang rasa serabut pula dengan kehadiran mereka berdua, lebih-lebih lagi si Bella. Semenjak dia sudah berkawan baik dengan sepupu dia, Fang rasa tak aman duduk di rumah kerana Bella selalu datang rumah dia "Aku cabar kau makan petai ni"

"YANG KORANG NI SURUH AKU MAKAN ITU INI KENAPA?! KAU NAK AKU PENGSAN KE?" Terus aura-aura kegelapan Fang keluar

"Bukan nak bagi kau pengsan, kita orang nak kau rasa makanan yang kau belum makan lagi. Yelah, kau sudah berapa lama duduk dekat sini. Cubalah benda baru, asyik dengan sandwich kau, lobak merah kau, masakan masin abang kau dan donut lobak merah kau" kata Gopal

"Betul kata Gopal tu tapi kau tak nak rasa sudah" kata Bella "Kata aje diri tu berani tapi rupanya pengecut, betul tak Gopal?" Bella sahaja cuba nak naikkan kemarahan Fang. Dia tahu Fang tak suka apabila diri dia di panggil pengecut

"Oh! Kau ingat aku pengecut yea!" Fang merampas tempe dan petai itu. Dia makan tempe itu dan rasanya sedap "Sedap juga tempe ni" Gopal dan Bella tersenyum lebar. Aura-aura kegelapan Fang hilang kerana dia terlampau suka sangat makan tempe itu

"Sebelum kau rasa petai tu, kau kena cicah dengan budu ni sekali!" kata Gopal sambil tunjukkan botol budu itu. Tok Aba melihat Gopal dan Bella cuba untuk kenakan Fang

"Sudah, sudah.. Fang jangan nak makan petai tu. Nanti kau asyik keluar masuk tandas sahaja" kata Tok Aba. Terus aura-aura kegelapan Fang muncul balik. Dia merenung tajam ke arah Gopal dan Bella. Mereka berdua tersengih di situ

"Aku.. aku balik dulu!" Gopal terus lari dari situ kerana takut diri dia kena serang dengan harimau bayang nanti

"Aku pun! Jumpa lagi" Bella pun turut lari dari situ

"WOI! MARI SINI!" Fang cuba untuk mengejar mereka berdua tetapi baju dia telah dipegang oleh seseorang dari belakang "SIAPA PEGANG BAJU AKU NI!" Fang menoleh kebelakang dan nampak muka abang dia yang garang itu "Erkk?! Abang nak apa? Adik nak kejar dia orang berdua tu" Kaizo tidak bercakap apa, dia hanya heret adik dia "ABANGGG! KENAPA ABANG HERET ADIK!" Tok Aba sabar sahaja dengan perangai dua beradik itu

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now