Manja

1.7K 90 11
                                    

"Pang! Abang nak memperkenalkan kamu dengan kawan baik abang iaitu cikgu Aiman. Mulai sekarang, dia akan ke sini tiap-tiap hari untuk mengajar kau sejarah"

"ERKK! Bila masa abang berkawan dengan cikgu sejarah adik?"

"Bila masa?" Kaizo pandang muka adiknya lama-lama "Apabila abang dapat tahu kegemaran dia menghukum orang juga. Jadi abang dan kawan abang akan sentiasa fikirkan sesuatu yang menarik untuk menghukum kau dan juga rakan-rakan kau" Fang menelan ludah. Diri dia sudah rasa tidak bermaya lagi, kepala dia sudah mulai pening dan lutut dia terasa lemah pula

"A-abang.. janganlah.. hukum adik berat-berat"

"Kenapa? Kau tu memang patut di hukum kerana KAU TU NAKAL DAN DEGIL SANGAT! SAMPAI NAIK STRESS ABANG! MULAI ESOK, AKU AKAN HUKUM KAU DENGAN HUKUMAN PALING SADIS iaitu makan biskut petai yang telah dibuat oleh Lily" Kaizo tersenyum sinis kepada adiknya dan lalu dia tergelak-gelak di situ seperti ada sesuatu yang telah merasuk Kaizo. Kaki Fang sudah bersedia untuk larikan diri daripada abangnya tetapi kakinya telah digarikan dengan besi bola yang amat berat sekali

"LEPASKAN ADIKKKKK!" Tetapi Kaizo masih lagi tergelak seperti orang gila

"MAKAN BISKUT PETAI! RASAKAN BISKUT PETAI! RASAKANNNN!"

"TIDAAAAAKKKKKKKKK!"

---------------------------

"TIDAKKKK!" Fang terjaga dari mimpi buruknya "Aduh, mimpi buruk lagi. Semenjak abang berkawan dengan cikgu Aiman, asyik dapat mimpi buruk aje" Fang mengusap-usap muka dia yang sudah berpeluh itu. Dia pandang ke arah jam dinding di dalam bilik dia, baru pukul 2 pagi. Dia tidak terasa untuk tidur balik, lalu dia keluar dari katil. Fang dari bilik dia lagi, dia boleh dengar suara bising di ruang tamu rumahnya. Dia membuka sedikit pintu biliknya dan lalu merangkak keluar. Dia ingin melihat apa yang terjadi di ruang tamu dan siapa yang buat bising itu. Dia ternampak abangnya sedang menonton television seorang diri dengan semangkuk popcorn ada di tangannya

"Apa kes abang aku ni, tak pernah pula aku tengok abang aku perangai macam tu" bisik Fang. Lalu dia tersenyum seorang diri, dia mendapat satu idea nakal. Dia merangkak masuk ke bilik dia balik dan terus bangun. Dia berpura-pura keluar dari biliknya dengan mata dia yang pura-pura masih mengantuk lagi. Kaizo terus menutup television apabila dia sedar dengan adiknya yang sudah terjaga dari tidur

"Apa abang buat pagi-pagi ni?" Fang berlakon seperti orang sedang mengantuk

"Takde apa, sibuk aje kau ni. Pergi masuk tidur"

"Tak nak" Fang terus turun ke bawah dan duduk disebelah abang dia "Adik nak tengok movie dengan abang boleh? Adik tahu abang tengok movie sorang-sorang sambil makan popcorn" Kaizo makan popcorn dia sambil merenung tajam ke arah adiknya

"Bukan ke esok kau sekolah?"

"Tapi adik sekolah petang. Jadi maknanya, adik boleh tidur lambat!" Kaizo terus menjentik kepala adiknya "Abang ni, bagilah adik meluangkan masa bersama abang. Abang selalu sangat pergi ke kapal angkasa dengan kak Lynna atau pergi jalan-jalan dengan kak Lynna. Hari itu abang pergi shopping dekat dia kan kan kan.. bawa Rizu sekali kan kan kan" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Abang, bolehlah kan" Fang memeluk tangan abangnya

"Manja betul kau ni, dari dulu sampai sekarang tapi kenakalan kau dan kedegilan kau, memang aku sendiri tidak dapat menghapuskan"

"Hehehee.. tapi abang dulu pun nakal juga kan"

"Itu sebab abang seorang sahaja. Selepas adik ada, abang tidak menjadi nakal kerana abang sayangkan adik. Abang sentiasa melindungi adik dan menjaga adik. Abang tidak pernah biarkan adik keseorangan sewaktu kau kecik lagi" Kaizo membelai rambut Fang "Abang memang bersyukur sangat dapat seorang adik yang bijak tapi nakal, rajin tapi panas baran dan juga tak comel. Dulu aje nampak comel, sekarang langsung tak comel" Fang buat muka kucing dia "Masih lagi tak comel" kata Kaizo dengan nada serius dia "Walaupun muka kau tak secomel dulu tapi abang tetap sayangkan adik lagi"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now