Perpisahan

1.4K 90 11
                                    

"Kak Lynna, boleh tak kalau adik nak tanya?"

"Bila masa kau bahasakan diri kau adik ni?" Kaizo rasa pelik dengan adiknya "Kau jangan nak tanya yang bukan-bukan pula"

"Mana adalah abang" Fang terus memandang Lynna yang berada di hadapan dia. Mereka kini berada di sebuah cafe untuk menikmati makanan tengahari pada musim cuti sekolah. Kaizo yang ingin membawa adiknya pergi berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis

"Fang nak tanya apa?"

"Hmmm... kak Lynna selalu nampak ceria, tak pernah nampak sedih. Kak Lynna tak pernah ada kisah sedih ke macam Bella, Faye ataupun Rizu? Si pelik tu tak payah tanya, entah ada ke tidak kisah sedih dia tapi macam takde aje. Dia tu macam terlebih makan chocolate" Lynna tergelak sedikit melihat Fang yang suka merungut tentang Lily

"Akak ada kisah sedih akak tapi..." Lynna senyap sekejap dan terus melihat Fang "Tapi Fang tak perlu tahu kisah itu" Lalu Lynna sambung makan burger salmon dia

"Ala.. tapi kalau kak Lynna tak nak cerita, takpelah. Adik tak nak memaksa"

"Bagus. Jangan nak paksa sangat" kata Kaizo dengan nada tegas dia "Tapi apasal kau nak tahu sangat kisah sedih kak Lynna? Kau nak menangis ke?"

"Adik tanya aje, itu pun tak boleh ke?" Fang bermasam muka dengan abangnya. Dia sambung balik makan chicken chop dan mata dia melirik ke tempat lain. Dia ternampak Zakwan sedang mengangkat beberapa kotak kosong. Fikiran dia hanya memikirkan, mungkin Zakwan menggunakan kotak itu untuk jualan kuih mak nya. Dia pernah pergi ke rumah Zakwan pada tahun lepas, dari situ dia sudah mengenali kehidupan sebenar Zakwan. Sekarang Zakwan banyak berubah semenjak dia kehilangan kawan baik dia iaitu Robin

"Kau tengok siapa?" tanya Kaizo

"Takde siapa" jawab Fang secara perlahan. Dia terus kembali memandang Lynna dan lalu dia terfikirkan sesuatu. Cermin isi hati yang Emmy bagi semalam. Mungkin dia dapat menggunakan cermin itu dekat kakak kesayangan dia, fikir Fang "Tapi mesti abang akan marah nanti" bisik Fang

"Apa yang kau cuba katakan?"

"Takde apa-apalah abang" jawab Fang

"Kau jangan nak sembunyikan apa-apa daripada aku" Fang hanya berikan sedikit senyuman kepada abangnya

"Jangan risau, adik takde sembunyikan apa-apa dari abang" Kaizo memandang adiknya dengan wajah yang serius "Kalau ada pun, mesti abang akan tahu jugakan"

"Betul tu tapi kalau kau ada masalah, bagitau abang. Jangan nak senyap sahaja"

"Betul cakap abang kamu. Jangan senyap sahaja, manalah tahu akak dan abang boleh bantu Fang" kata Lynna

"Terima kasih kak Lynna tapi adik tiada masalah apa-apa pun. Cuma itu ajelah, soalan adik tadi... kak Lynna ada kisah sedih ke sebelum ni" Lynna hanya senyum sedikit

"Akak memang ada kisah sedih dulu. Fang pun tahukan akak pernah kehilangan seseorang yang akak sayang tapi itu kisah lama. Akak pun kenalah move on daripada bersedihan sahaja"

"Siapa orang tu akak?" tanya Fang dengan penuh curiga

"Banyak soal pulak budak ni" Kaizo sekeh kepala adiknya "Kau ni, tak perlulah tahu sangat" pelanggan-pelanggan yang ada di situ, melihat gelagat Fang dan Kaizo di situ. Fang menjerit-jerit nama abangnya tetapi Kaizo buat-buat tidak dengar sahaja. Lynna tergelak di situ. Ada setengah pelanggan tersenyum melihat dua beradik alien itu dan ada yang gelengkan kepala sahaja. Akhirnya, Fang tergelak bersama abangnya. Mereka bertiga rasa sangat bahagia pada ketika itu, semuanya sungguh sempurna sekali tapi bukan untuk seseorang yang sedang berusaha kuat untuk menyelamatkan kediaman dia, rumah yang menjadi tempat pelindungan dia, adik dia dan ibu dia juga dan juga tempat untuk mereka bertiga mencari rezeki

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now