Serangan Musuh

1.4K 82 170
                                    

"Eh, apa benda tu kak Lynna?" Sebuah droid sedang berterbangan di sekitar kedai Tok Aba. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying melihat droid itu dengan perasaan ragu-ragu mereka. Adakah droid itu milik Emmy atau milik seorang alien yang bernama Adudu? Memang agak mencurigakan kerana droid itu tidak terbang ke tempat lain. Ianya hanya tertumpu di situ sahaja

"Korang tunggu dekat sini, biar akak sendiri pergi tengok" Lalu Lynna terbang untuk melihat droid itu secara dekat. Rupa droid itu bulat dan ada sebuah camera di depannya. Droid itu berhenti di depan muka Lynna dan lalu sebuah pacaran cahaya keluar dari droid tersebut. Ianya berlaku begitu pantas sekali. Apa yang berlaku seterusnya, Lynna mula jatuh dari udara

"KAK LYNNA!" Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying terus menjadi cemas melihat Lynna jatuh. Yaya terus terbangkan diri dia untuk selamatkan Lynna

"KUASA APUNGAN GRAVITY" Kuasa Yaya sempat menyelamatkan Lynna sebelum jatuh di atas tanah. Dia turunkan Lynna secara perlahan-lahan dan baringkan Lynna di depan kedai Tok Aba

"KAK LYNNA!" Fang berlari untuk melihat Lynna. Mata Lynna tertutup rapi. Dia kelihatan seperti sedang nyenyak tidur "Kak Lynna.. bangun.. bangun.." Fang cuba kejutkan Lynna tetapi gagal

"Apa benda tadi tu?" Boboiboy melihat ke langit semula. Droid tadi sudah pun hilang "Jangan cakap musuh baru yang buat begini dekat kak Lynna"

"Ataupun musuh lama... bukan ke abang Kaizo ada cakap, orang yang hantar sepasukan itik tu, sudah larikan diri ke tempat lain" kata Ying sambil melutut di tepi Lynna "Haiyaa... kita kena beritahu abang Kaizo maa.. tak boleh dibiarkan begini sahaja"

"Ha ah, betul kata Ying" kata Yaya "Fang, baik kau pergi hubungi abang kau secepat mungkin"

"Aku tengah nak hubungi dialah ni" Fang menunggu abang dia menjawab panggilannya. Masih belum muncul lagi hologram abangnya "Mana abang ni.. tak kan abang pergi tidur balik"

"Korang rasa, benda tu sudah dapat abang kau ke? Yelah, dia buat benda yang sama dekat abang kau" kata Gopal

"Aku tahulah Gopal.. hati aku pula rasa risau sekarang ni" Fang menunggu lagi dan akhirnya, tiada siapa yang angkat "Isk, tak boleh jadi ni.. aku kena pergi periksa keadaan abang aku dekat rumah"

"Kau pergi, biar kita orang tolong jagakan kak Lynna" kata Boboiboy "Apa-apa hal, kita orang akan hubungi kau" Fang sudah pun berdiri untuk pulang ke rumah dia tetapi dia terus berhenti kerana abang dia sudah pun berada di situ

"Kenapa kau hubungi aku tadi? dan kenapa dengan Lynna?"

"Abang!" Fang pergi peluk abang dia seketika "Abang, tadi ada benda macam robot terbang-terbang dekat sini. Kak Lynna pergi tengok dan terus dia jatuh. Ada satu pancaran cahaya pergi tembak dekat kak Lynna"

"Cahaya?" Kaizo teringat balik tentang diri dia terkena pancaran cahaya itu. Diri dia menjadi ceria semacam tetapi sesiapa sahaja yang ingin pulihkan diri Kaizo, dia akan bertindak lebih ganas

"Abang, kenapa?"

"Pang, kau perlu berhati-hati dengan benda tu.. musuh hari itu sudah kembali tapi tak tahulah kalau dia hanya hantar salah satu robot dia atau dia sudah pun berada di sini. Kawan-kawan kau pun patut berhati-hati"

"Baik abang" kata Fang sambil melihat wajah abangnya yang serius itu "Kak Lynna ni macam mana?"

"Bawak dia pergi jauh dari sini.. kalau boleh, kurungkan dia di makmal Emmy. Tempat yang sama abang pernah dikurungkan sebelum ini. Abang takut bila dia bangun, dia akan menjadi seperti abang.. itu yang abang risaukan" Kaizo tahu, kekuatan Lynna sama seperti dia tetapi tahap keganasan Lynna, dia belum pernah lihat sebelumnya. Kalau Lynna marah, memang amat menyeramkan. Mungkin keganasan Lynna sama tahap dengan kemarahan dia, itu yang Kaizo fikirkan

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now