Kuasa Kejahatan

1.6K 97 24
                                    

"Huarghhhhh!"

"Menguap besar nampak"

"Hmm.. apa boleh buat, abang aku yang gila tu, suruh aku jalankan latihan tempur dengan dia dari malam semalam sampai pagi tadi. Gila ke tak gila abang aku tu" Fang menguap lagi sekali. Mata dia sudah menjadi seperti mata panda. Selepas sahaja dia habis sesi latihan tempur, dia terus siapkan kerja sekolahnya dan dapat tidur hanya 30 minit sahaja

"Sabar ajelah Fang" kata Yaya

"Abang lu memang suka sangat seksa lu maa... apasal tak bagitahu dia sahaja yang kau ada kerja sekolah nak siapkan"

"Aku dah bagitahu dia dah Ying tapi.. kau tahu-tahu ajelah abang aku tu. Mana nak dengar cakap aku. Dia tahu, asalkan dapat buli aku sepanjang masa" mengeluh Fang. Dia betul-betul rasa penat, sampai kaki dia sudah tidak larat lagi untuk berjalan. Makin lama makin kecil penglihatan dia dan mata dia semakin tutup, akhirnya Fang tertidur sambil berdiri. Yaya dan Ying tergelak sedikit. Mereka terpaksa menolak Fang untuk sampai ke sekolah. Yaya tolak sebelah, Ying tolak lagi sebelah. Kaki Fang berjalan secara sendiri dan mereka boleh dengar dengkuran Fang sedikit

"Kasihan si Fang" kata Yaya. Dia dan Ying menolak badan Fang untuk berjalan "Kalau tiap-tiap hari begini, aku rasa si Fang dah tak betul kalau macam tu"

"Hehehe.. tapi suka pula aku tengok bila si Fang tak betul. Tiada marah-marah dari dia"

"Hmmm... takde marah pun, karang dia pergikan keluarkan penguin gergasi dia tu" Yaya masih tidak boleh lupakan lagi peristimewa di karnival Pulau Rintis. Masa itu Fang terlampau stress sangat, sampai membuatkan diri dia tidak betul. Habis semua anak patung penguin dia mahu beli ataupun menang di dalam sesebuah game. Kawan-kawan dia juga yang menjadi mangsa keganasan Fang "Aku tak naklah kejadian hari itu berulang lagi"

"Aku pun sama, tapi aku yakin.. dia ni tak kan stress walaupun asyik kena buli aje.. hehehee"

"Hehehe.. betul kata kau tu Ying" Yaya tergelak sedikit "Kena buli macam mana pun, Fang tetap tak kan stress. Dia akan marah atau terima sahaja. Aku sendiri pun tak pernah nak buli adik aku tapi setiap manusia, berbeza perangai. Abang Kaizo tu garang, dia tunjuk kasih sayang dia dengan cara membuli Fang tapi masa dia orang betul-betul sweet, mesti keadaan akan menjadi sweet! Hehehee... aku pula, selalu layan adik aku secara baik. Tak pernah nak garang dekat dia"

"Agaknya, bagaimana kalau abang Kaizo sifat seperti kau atau kak Lynna.. mesti keadaan di Pulau Rintis akan menjadi hambar sebab tiada keamukan dari abang Kaizo atau tiada sesuatu yang seronok untuk di tonton seperti Fang kena kejar dengan abang dia"

"Hehee.. tapi tak baik pulak tengok aje Fang kena kejar. Dia kan kawan baik kita tapi... dia memang patut kena kejar pun sebab nakal lagi. Aku sudah ajar dia tahun lepas, masih lagi nak buat nakal" Yaya gelengkan kepala "Kau rasa, kenakalan abang Kaizo dua kali ganda lebih dasyat daripada Fang ke?"

"Entahlah tapi aku ada dengar juga, abang Kaizo masa kecik sangat nakal. Itu pun masa Fang tiada lagi, tapi Fang sudah ada.. terus abang Kaizo tak nakal maaa"

"Ha ah, aku pun ada dengar begitu juga" kata Yaya. Mereka sudah pun hampir dengan sekolah. Fang masih lagi tidur. Gopal muncul di hadapan mereka dengan senyuman sinis dia "Hah, nak cari pasal lagi lah tu. Hari tu kau dah kena dengan keamukan Fang kan"

"Ala Yaya, kau senyap-senyap ajelah" Gopal keluarkan sekuntum bunga mawar berwarna merah, terus dia selitkan di belakang telinga Fang "Hehehe.. kan comel tu. Teringat pula masa dia terkena tembakan emosi Y tu... comel aje, macam anak kucing" Ying keluarkan balik bunga mawar itu dari telinga Fang "Dey! Apasal kau ambik bunga tu"

"Haiyaa.. ini untuk keselamatan kau juga. Aku tak nak lah dia mengamuk lagi maaa"

"Yelah, yelah... susah betul korang ni" Gopal pusingkan badan dia sambil bermasam muka. Dia teruskan berjalan. Yaya dan Ying malas hendak melayan sikap Gopal yang degil semacam itu. Mereka terus tolak Fang sampai ke pintu pagar sekolah. Kali ini pula, Bella muncul di hadapan Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Kde žijí příběhy. Začni objevovat