Pari-Pari

1K 69 6
                                    

Fang duduk termenung di tepi tingkap kelas dia. Muka dia agak marah sedikit dan rasa bengang kerana abang dia menang di dalam cabaran dating yang dia berikan bulan lalu. Dia juga geram kerana abang dia telah mempergunakan dunia fantasy sebagai tempat cabaran dating dia dan semuanya percuma. Tidak perlu keluarkan duit langsung

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Pang, kau ingat tak lagi cabaran kita hari tu?"

"Cabaran masukkan durian dalam makanan abang?" Fang tersengih di situ. Kaizo mula bersilang tangan sambil berikan renungan maut kepada adik dia "Hehehee... janganlah pandang adik macam tu. Adik bergurau sahaja. Adik ingat lagi cabaran dating tu. Kenapa abang?"

"Abang akan lakukan cabaran itu di sini sahaja. Aku akan pastikan cabaran kau berikan itu, aku tidak akan gagal" Kaizo tersenyum sinis di situ. Dia dan adik dia masih lagi berada di dunia fantasy. Mereka akan balik ke dunia asal mereka waktu petang nanti. Jadi mereka semua ada masa untuk bergembira di situ. Kaizo berdiri sambil melihat luar tingkap istana itu

"Semoga berjaya abang" kata Fang yang sudah tersenyum sedikit "Semoga hati abang terbuka nanti" Terus kepala dia kena tepuk dengan abang dia "Itu pun nak tepuk kepala adik. Kalau hati abang terbuka juga nanti, jangan nak bagi hukuman dekat adik"

"Takde maknanya, kau tetap akan kena hukuman juga sebab bagi abang cabaran yang bukan-bukan"

"Yelah abang" Fang bersilang tangan dengan muka masam dia "Pergilah jalankan cabaran abang tu. Mesti kak Lynna akan teruja nanti sebab abang bawa dia berdating dekat dunia ni. Entah-entah abang yang menang dalam cabaran ni. Isk! Tak boleh jadi ni"

"Kenapa? Kau tak puas hati ke?"

"Mana ada! Peraturan dia bukan kapal angkasa abang dan juga kedai Tok Aba. Jadi abang boleh sahaja bawa kak Lynna ke mana-mana sahaja kecuali dua tempat itu! Adik pergi dulu, adik tak nak kacau abang" Padahal Fang akan menghendap abang dia pergi berdating nanti. Jadi dia buat muka biasa dia iaitu muka sombong dan berlagak "Jumpa lagi abang ku"

"Hmmm.. boleh percaya ke adik aku ni?" Kaizo angkat kening sebelah "Dia nak menghendap, menghendaplah. Apa aku kisah. Lagipun ini adalah cabaran. Semasa dia lakukan cabaran dia, aku pun menghendap dia dan si pelik tu" Dia pandang luar tingkap sambil berfikir sebentar "Aku nak bawa ke mana yea"

"Ke tepi tasik" timbul satu suara budak kecil iaitu Rizu

"Asyik tasik aje. Karang aku juga kena tolak oleh Lynna nanti" jawab Kaizo. Dia tidak sedar dengan kehadiran Rizu di situ

"Tak pun abang Paizo bawa kak Lynna ke taman bunga pari-pari"

"Asyik tengok pari-pari aje. Naik bosan aku"

"Abang Kaizo naik awan dengan kak Lynna. Lepas tu terbang ke udara!" Timbul lagi satu suara di sisi Kaizo

"Hmmm.. ok juga dengan idea tu" kata Kaizo. Lalu dia melirik matanya ke kiri. Rizu dan Idoli ada di situ dengan senyuman lebar mereka "Kenapa kamu berdua tidak pergi bermain dengan si Pang tu?"

"Kami nak pergilah ni. Kami ke sini sebab kak Lynna panggil abang Paizo" kata Rizu "Kak Lynna tunggu abang Paizo dekat tangga istana.. bye bye abang Paizo! Kami nak pergi terjun masuk kolam renang!"

"Bukan Rizu takut air ke?"

"Pizu tak takut dah, abang Paizo. Kakak Lily yang ajar Pizu berenang macam itik.. hehehee... jumpa lagi abang Paizo! Kalau abang Paizo ada masa, marilah join kita orang berenang! Neko Neko pun join kita orang berenang juga!"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now