Mereka Bergaduh?

1.6K 97 12
                                    

Hari sabtu, hari untuk beristirehat tetapi lain pula cerita untuk Boboiboy dan Fang. Mereka berdua di panggil oleh Kaizo untuk menjalani latihan tempur pada pagi itu. Fang menguap besar di medan latihan tempur itu. Boboiboy kelihatan segar dan ceria pada pagi itu. Dia tidak sabar dengan latihan tempurnya tetapi kenapa Kaizo tidak mulakan lagi, fikir Boboiboy. Mereka berdua hanya duduk di tepi dinding kapal angkasa sambil menunggu kedatangan Kapten Kaizo. Fang memejam matanya sekejap sementara tunggu abangnya sampai. Boboiboy pula, melihat bintang-bintang berkelipan di sekitar planet bumi. Dia rasa tenang sekali berada di situ. Fang sudah jauh berada di dalam mimpinya. Dia mimpi dia berada di alam donut lobak merah. Boboiboy boleh terdengar bisikan-bisikan Fang

"Donut lobak merah, Oh kekasih hati ku" bisik Fang di dalam tidurnya

"Kahwin ajelah dengan donut kau tu, Fang" kata Boboiboy sambil melihat air liur meleleh keluar dari tepi mulut Fang

"Kau dan aku selamanya" bisik Fang lagi. Boboiboy rasa nak tergelak pula

"Kalau Gopal ada ni, mesti dia akan pergi rakam si Fang mimpikan donut lobak merah. Nasib kau begitu baik, Fang" Boboiboy mengusik-usik pipi Fang tetapi Fang tidak terjaga dari tidurnya. Dia hanya garu-garukan sahaja pipinya "Hmmm.. manalah abang kau ni. Bosan pula menunggu" Dia melihat balik bintang-bintang di angkasa dan terus terdengar dua suara sedang bercakap

"Betul ke kau nak aku ajar mereka?" Boboiboy terdengar suara Lynna

"Yea, aku nak ajar mereka berdua sehingga mereka mahir di dalam lawan pedang" Suara Kaizo pula timbul

"Tapi bukan ke Boboiboy sudah tahu berlawan pedang?" tanya Lynna

"Aku tahu dia mahir tetapi aku mahu kau memperkemaskan dan asahkan lagi kemahiran dia supaya dia dapat mengalahkan musuh-musuh dia dengan mudah"

"Adik kau tu?"

"Aku mahu dia belajar berlawan pedang supaya dia dapat tingkatkan kemahiran dia dalam berlawan. Aku tidak mahu dia hanya tahu bermain dengan kuasa bayang dia sahaja. Dia juga perlu tahu dalam seni mempertahankan diri. Jadi kau akan menjadi cikgu kepada mereka berdua"

"Kenapa kau sendiri tidak mengajar mereka?" tanya Lynna

"Sebab aku percayakan kau" Boboiboy dapat bayangkan Lynna tersenyum di situ

"Terima kasih Kaizo kerana percayakan aku" Entah kenapa tiba-tiba sahaja Boboiboy terbayangkan mereka berdua sedang berpegang tangan di situ tetapi dia mengibas-gibas kepalanya supaya pemikiran dia tadi keluar dari situ. Dia tahu perkara itu tidak akan berlaku

"Apasal tiba-tiba aku terfikir macam tu.. geli aku" bisik Boboiboy "Ini semua kau punya pasal" marah Boboiboy kepada Fang yang masih lagi tidur

Dia terdengar dua pasang tapak kaki sedang turun ke medan latihan tempur. Boboiboy terus kejutkan Fang sebelum kawan baik dia kena marah dengan abangnya

"Wei Fang bangun" kata Boboiboy

"JANGANLAH GANGGU AKU DENGAN DONUT LOBAK MERAH AKU!" Jerit Fang di dalam tidurnya. Kaizo yang sudah berada di situ, dia mengangkat kening sebelah "PERGILAH MAIN JAUH-JAUH! SIBUK AJE NAK GANGGU AKU"

"Fang, bangun.. ni kak Lynna" kali ini tiada jeritan dari Fang "Fang.. bangun.."

"Hmm.. tak nak bangun rupanya budak ni" kata Kaizo dengan perasaan geram dia. Lalu dia piat telinga adiknya "BANGUNLAH! MASIH LAGI NAK TIDUR KAU NI!"

"Adeh... adeh.. adeh! Janganlah piat telinga adik" Kaizo terus lepaskan telinga adiknya "Ala, adik cuma nak pejamkan mata sahaja" Fang mengusap-usap telinga dia yang merah itu "Eh, kak Lynna ada dekat sini"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now