Pengembaraan di Dunia Fantasy

1.4K 84 25
                                    

Cuti sekolah akan berakhir, mereka akan mengakhiri cuti sekolah dengan pergi bercuti di istana Lynna di dunia fantasy dia. Semuanya sudah bersedia dengan beg masing-masing. Mereka telah berjaya memujuk Zakwan untuk turut sertai percutian mereka di dunia lain. Harraz juga mereka pujuk sekali dan akhirnya, mereka berdua setuju sahaja. Kaizo pening melihat kawan-kawan adiknya berkumpul di rumah dan bercakap dengan begitu kuat sekali. Masing-masing tidak mahu mengalah tetapi suara yang paling kuat didengari adalah suara Lily, bukan Lily si itik

"QUACK QUACK QUACK!"

"Ermmm... apa yang kau cuba katakan Lily?" tanya Boboiboy

"Hehehee.. maksud dia, bila kita boleh bertolak? Lily sudah tidak sabar untuk berangan di sana dan menari bersama dengan BBB-Chan ku" Lily menoleh kepalanya untuk melihat Boboiboy tetapi dia sudah tiada di sebelah Lily "Eh, mana Boboiboy?"

"Dia dah lari" jawab Gopal yang sudah bosan menunggu Lynna sampai

"Mana kak Lynna ni" tanya Yaya sambil melihat jam kuasanya "Tak kan kak Lynna ada masalah sampai lambat dia datang"

"Aiyoo.. kejap lagi dia sampai lah tu"

"Aku tahu Ying tapi kak Lynna tak pernah lambat. Dia mesti selalu sampai awal, tak pun tepat pada masanya" Yaya duduk di atas sofa. Dia mengambil sebuah majalah tentang fashion. Dia membelek-belek majalah itu, sementara menunggu Lynna sampai

"Rasa seronok pulak kak Lynna ajak kita orang semua pergi bercuti dekat sana. Mesti bestkan" kata Faye. Dia duduk di sebelah Yaya untuk melihat majalah fashion itu di tangan Yaya "Lagipun, kita semua dapat berkumpul di satu tempat"

"Hehehe.. aku sebenarnya agak gementar untuk pergi pengembaraan korang ni. Yelah, aku baru pertama kali sertai ini" Harraz rasa agak janggal berada di situ kerana dia baru sahaja menjadi kawan mereka. Dia belum pernah menyertai mana-mana pengembaraan dengan mereka semua. Zakwan pernah bermain game dengan mereka dan juga hendak menyiasat tentang rumah misteri itu

"Huarghhh! Mana kakak Lynna.. abang Paizo pun belum keluar dari bilik dia lagi. Pizu mengantuk pulak tunggu dia orang"

"Kasihan my sweet little penguin" Lily suap Rizu makan kerepek pisang lagi "Rizu, rambut Rizu ni makin panjanglah. Nak tak kakak Lily potong rambut Rizu?"

"Tapi rambut Pizu ok aje dengan rambut cacak macam abang Fang"

"Rizu Rizu.. Rizu kena jadi diri sendiri, tak perlu ikut si landak panas baran tu. Dia hanya tahu mengamuk sahaja" Rizu ternampak Fang muncul di belakang Lily dengan batang penyapu "Dengarlah cakap akak, ok Rizu. Niat akak sebenarnya baik, suci murni daripada kesan kotoran ataupun kesan-kesan virus dari landak dan itik" Aura-aura kegelapan Fang mulai keluar, Rizu hanya tersenyum nampakkan gigi putih dia "Landak tu memang tidak boleh dibuat sebagai idola, kalau Boboiboy takpe kerana dia adalah superhero paling hebat dan paling popular, dan kita tidak boleh lupakan juga tentang sikap Boboiboy yang sungguh sopan dan lebih baik daripada abang landak kamu tu, wahai Rizu comel"

"Tapi... abang Fang baik apa"

"Dia baik cuma nakal terlebih" kata Lily sambil angguk-angguk kepala. Fang terus ketuk kepala Lily dengan penyapu "SIAPA KETUK KEPALA LILY?"

"SIAPA LAGI KALAU BUKAN AKU!" Lily terus menoleh kebelakang. Muka Fang sangat mengerikan, ianya seperti seekor hantu mahu menerkam mangsanya "OH! KAU MENGATA AKU YEA! SIAPLAH KAU, LILY!" Fang baru hendak mengetuk Lily lagi sekali tetapi penyapu itu dirampas oleh Kaizo

"SIAPA AJAR KAU KETUK-KETUK KEPALA KAWAN SENDIRI?" Suara garang Kaizo terus mengegarkan rumah itu. Lily terus larikan diri bersama Rizu dan sorok di bawah meja makan dapur. Lalu mereka berdua mengintai sedikit di luar dapur

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now