Impian

1.3K 80 35
                                    

Fang terbaring di atas katil Rizu sambil melihat kipas bilik itu berputar-putar dengan lajunya. Rizu turun ke bawah sekejap untuk mengambil makanan. Dia telah mengajak Fang datang ke rumah untuk bermain dengan video game. Perut dia terasa lapar pula. Dia belum bersarapan lagi kerana awal-awal lagi dia sudah keluar dari rumah. Abang dia tiada di rumah dan dia pasti yang abangnya berada di dalam kapal angkasa. Faye pula, seperti biasa, dia akan pergi ke rumah Bella. Lily pun ada di Pulau Rintis untuk habiskan masa cuti dia di sini dan Fang terpaksalah bertahan dengan perangai kepelikan Lily

"Adeh, laparlah pula" Fang pusingkan badan dia sehinggalah mata dia ternampak sebuah diary lama yang ada di atas meja kecil yang ada di tepi katil. Tangan dia mencapai buku diary itu dan lalu dia mengambilnya. Dia dudukkan dirinya di atas katil itu "Ini bukan diary si hantu tu ke?" Dia membelek-belek buku tersebut dan berhenti di salah satu mukasurat

"Abang Fang buat apa tu?" muncul suara Rizu di dalam bilik itu. Fang angkat kepala dia sedikit dan lalu dia tersenyum melihat makanan yang ada di tangan Rizu

"Abang tengah baca diary Melissa Hope ni. Takpe ke abang baca?"

"Takpe" Rizu letak sepiring pinggan di atas meja. Tangan Fang terus mengambil seketul nugget yang ada di dalam pinggan itu "Abang Fang, kisah dia memang sedih"

"Kenapa dengan dia?"

"Dia tulis dalam diary tu, ibu bapa dia bercerai dan dia orang tak ambik tentang dia. Kasihan dia. Lepas tu pada suatu hari, dia didera oleh ayah dia. Melissa Hope lari ke rumah misteri tu bersama dengan diary dan teddy bear yang dia berikan hari tu. Dia tulis dalam tu, dia duduk dekat rumah tu sebab nak sorokkan diri dan dan..." Rizu tidak sanggup untuk menghabiskan kisah Melissa Hope. Sebutir air mata mengalir keluar dari matanya

"Rizu tak perlu habiskan. Biar abang sahaja baca diary dia" Rizu mengesat air matanya sendiri. Dia tersenyum melihat Fang

"Tapi Pizu nak habiskan juga... dia nak habiskan masa hidup dia di dalam rumah misteri itu. Dia ada tulis dekat dalam diary tu. Muka surat yang terakhir dia tulis, dia mahu hidup seperti kanak-kanak biasa. Tiada penderaan dari ibu dan ayah dia"

"Kasihan dia tapi Rizu jaga diary ni baik-baik"

"Baik abang Fang" Rizu mengambil diary itu dari tangan Fang "Pizu nak simpan diary ni. Lepas tu kita main game sama-sama! Kita sudah lama tak main video game sama-sama" Rizu menyimpan diary itu di dalam laci meja "Abang Fang nak main game apa? Pizu takde game baru sebab ibu cakap, Pizu ada terlampau banyak sangat video game. Tak pun abang Fang nak buat benda lain? Pizu ada buat komik tentang Pizu, abang Fang dan abang Paizo! Abang Fang dekat dalam komik Pizu tu selalu kena marah dengan abang Paizo sebab buat nakal"

"Kenapa tak buat abang Kaizo tu kena buli dengan abang Fang dan abang Fang pula adalah seseorang yang lebih kuat dan lebih hebat daripada abang Kaizo"

"Hehehe... kalau Pizu tunjuk dekat abang Paizo, mesti dia akan cakap" Rizu terus tukar nada suara dia ala-ala Kaizo "Jangan nak merepek!" Lalu dia tergelak di situ bersama Fang "Pandai tak Pizu buat suara serius abang Paizo?"

"Pandai! Tengok abang pula buat suara dia" Fang betulkan suara dia dan muka dia berubah menjadi serius "PANG! ABANG NAK KAU MASAKAN BUBUR LOBAK MERAH UNTUK ABANG!"

"WAH! Macam abang Paizo!" kata Rizu sambil bertepuk tangan "Hehehee... tengok Pizu buat ni" Rizu ubahkan suara dia dan berpura-pura sedang memegang secawan teh hijau "Ketenangan"

"Heheheee... tengok abang pula" Fang turun dari katil dan dia mengambil pedang kotak yang Rizu buatkan pada tahun lepas. Dia terus buat gaya ala-ala Kaizo "Aku, Kapten Kaizo. Kapten yang terhebat di seluruh galaxy. Aku bukan macam adik aku yang serba tak guna tu tapi aku tetap sayangkan dia" Fang tersenyum sinis selepas itu

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now