Khas untuk Lynna

1.2K 93 11
                                    

"Lynna, makanlah sikit"

"Kak Lynna, makanlah... nanti kak Lynna sakit macam mana?"

"Dengar cakap dia ni" Lynna melihat ibunya dengan mata kesedihan dia "Fang pun suruh Lynna makan. Kenapa Lynna tak nak makan? Bukan ada benda buruk yang berlaku pun dekat kawan kamu tu" Lalu Lynna buka mulutnya, ibu Lynna suap sedikit bubur kepada anaknya. Fang tersenyum sedikit. Lynna masih lagi terasa dengan pemergian Ratu Lily. Setiap kali dia tidur, bayangan senyuman Ratu Lily terlintas di dalam mimpi dia. Lynna tidak boleh tidur dengan lena, ianya seperti sesuatu mimpi ngeri

"Aunty, boleh tak Fang suapkan kak Lynna?"

"Boleh" Ibu Lynna berikan semangkuk bubur kepada Fang "Aunty keluar sekejap. Fang tolong tengok kan dia ok"

"Baik aunty" Fang melihat ibu Lynna keluar dari bilik wad Lynna "Kak Lynna, ok ke?"

"Tak" jawab Lynna. Dia hanya mahu bersendirian sahaja tetapi setiap hari, mesti ada sahaja kunjungan dari keluarga dia, sahabat handal dia, ahli keluarga Kaizo dan juga kawan-kawan Fang. Mereka semua ingin melihat keadaan Lynna dan dia terpaksa menyorokkan kesedihan itu dengan senyuman "Fang, akak nak tidur sebentar. Fang kalau nak keluar, keluarlah" Lynna terus baringkan diri dia. Muka dia mengarah ke tingkap hospital. Dia tidak mahu bersemuka dengan sesiapa pun

"Kak Lynna" panggil Fang dengan nada suara yang agak perlahan. Lynna pejamkan matanya dan pura-pura yang dia sudah tidur. Fang dengan hati berat, dia terpaksa meninggalkan bilik Lynna. Dia terus ke bilik abang dia. Kaizo masih lagi berada di hospital. Wad dia dari Lynna tidak begitu jauh. Kadang-kadang Kaizo datang sendiri ke bilik Lynna untuk melihat keadaan kawan baik dia. Fang buka pintu bilik abang dia, Kaizo melihat adiknya masuk ke dalam bilik

"Macam mana keadaan kak Lynna?" Fang tidak menjawab apa. Dia hanya naik ke atas katil abangnya dan terus memeluk leher abangnya

"Kak Lynna macam sudah patah semangat. Adik tahu kita sudah kehilangan kawan kita tapi adik tak nak melihat kak Lynna begitu" Fang menangis sambil memeluk abangnya "Adik tak tahu nak buat macam mana dah. Abang pergi ceriakan kak Lynna balik. Adik nak melihat kak Lynna senyum seperti dulu" Kaizo belai belakang badan adiknya

"Abang pun nak dia senyum seperti biasa tapi abang sendiri tidak tahu apa yang abang patut lakukan" Fang lepaskan leher abangnya. Dia pegang kedua belah pipi abangnya

"Adik yakin, abang dapat ceriakan kak Lynna sebab abangkan kawan baik dia"

"Tapi adik kan adik kesayangan kepada dia"

"Kalau macam tu.. kita sama-sama ceriakan kak Lynna" Fang terus cium-cium muka abangnya. Kaizo tergelak sedikit kerana rasa geli kena cium oleh adiknya sendiri. Tanpa mereka sedari, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying masuk ke dalam bilik. Mereka gembira melihat dua adik beradik sedang gelak ketawa di atas katil

"Seronoknya korang"

"Eh, Boboiboy" Fang menoleh kebelakang. Dia rasa lega melihat kawan-kawan dia datang "Korang datang ke sini sebab nak melawat abang aku atau kak Lynna?"

"Mestilah dua-duanya tapi.. kak Lynna macam tak nak jumpa kita orang sahaja" Boboiboy terus letakkan sebuah kotak besar di atas meja yang ada di hadapan Kaizo "Kak Lynna pura-pura tidur ke, Fang?"

"Ha ah, tadi bagi makan pun.. dia tak nak makan"

"Bagilah masa untuk kak Lynna kembali" Yaya duduk di atas kerusi sofa panjang, Gopal dan Ying pun turut duduk sekali "Kita semua kehilangan seorang kawan yang baik. Dia selama ini memang berusaha untuk menjadi Ratu yang baik. Dia bukannya dapat selalu datang ke sini tapi setiap kali dia ada, mesti dia akan sentiasa tersenyum macam hari tu. Aku sekali pun tak pernah nampak dia sedih"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now