Misi Superheroes

1.5K 86 105
                                    

Mata Fang melirik ke kanan dan selepas itu ke kiri. Dua pesaingan terhebat dia sedang menunggu untuk dia letakkan kad Uno yang seterusnya. Dia melihat kad-kad Unonya yang hanya tinggal 3 keping sahaja. Dia pasti, dia akan kalahkan pesaingan terhebat dia iaitu Bella dan Harraz. Kedua mereka memang sangat mahir kenakan orang. Kawan-kawan dia berdebar-debar untuk melihat siapakah yang akan kalah dalam permainan kad Uno. Mereka bertiga kini sedang duduk bersila di depan kedai Kokotiam Tok Aba

Boboiboy, Gopal, Yaya, Faye, Lily, Rizu dan Idoli sedang menunggu orang terakhir dalam permainan itu kerana yang kalah akan belanja mereka air Ice Blended Chocolate Special. Boboiboy, Gopal, Faye dan Lily berharap orang itu adalah Fang. Manakala Yaya, Ying, Rizu dan Idoli tidak kisah siapa yang akan kalah dalam permainan itu

"Wei Fang, cepatlah jalan" marah Bella yang sudah hilang kesabarannya

"Jap ler.." Fang terus keluarkan kad skip warna biru dan lalu dia letak di atas kad lain "Tadi kau yang suruh aku cepat jalankan.. sekarang kau kena tunggu dan bersabar yea" kata Fang dengan sindirannya

"Cheh, tak guna punya Fang" Hati Bella panas dengan tindakan Fang tadi

"Jadi giliran aku untuk berjalan" Harraz keluarkan kad Reverse warna biru "Jadi Bella jalan tapi.." Dia keluarkan kad Reverse lagi warna hijau "Fang jalan tapi..." Satu lagi dia keluarkan Reverse kad warna merah "UNO!"

"ERKK!" Terkejut Fang dan Bella

"Maknanya, aku jalan balik.. hehehe" Lalu Harraz keluarkan kad nombor 5 warna merah "Baru Bella boleh jalan"

"Terima kasih yea Harraz" kata Bella sambil tersenyum-senyum meletakkan uno kad Skip warna merah "Uno!" Dia kini tinggal satu kad sahaja lagi

"Cheh! Kau balas dendam yea" berapi-api hati Fang. Kad dia tinggal dua sahaja lagi tetapi dia tidak boleh jalan

"Maaf yea Bella" Harraz letak Draw 2 kad warna merah "UNO GAME!"

"WAH! Abang Harraz memang menakjubkan" Idoli bertepuk tangan di situ "Sekarang giliran abang Fang dan kakak Bella!"

"You can do it Bella! Kalahkan si landak!" Lily terjerit kecil di situ. Dia sudah teruja melihat Bella keluarkan kad terakhir dia

"YOU LOSE PRETTY BOY! UNO GAME!" Bella terus letakkan Draw 2 kad warna merah juga "YAHOOOO! SI LANDAK KALAH!"

"LANDAK KALAH! LANDAK KALAH! LANDAK KALAH!" Lily menjerit-jerit di sekeliling kedai Tok Aba. Dia berlari dengan terujanya "LANDAK KALAH! LANDAK KALAH!"

"Hehehee.. sabar yea Fang, inikan permainan sahaja" Boboiboy cuba memujuk Fang yang suka marah-marah orang "Kalau duit kau tak cukup, aku boleh tambahkan"

"Duit aku memang cukup tapi cukup untuk beli dua dozen donut lobak merah.. TIDAKKKKKKK!" Fang terbaring di situ sambil bayangkan duit dia melayang pergi "Oh donut lobak merah, sehingga kita dapat berjumpa lagi"

"Kasihan kau yea tapi.. AKU CUKUP TERUJA KERANA FANG NAK BELANJA KITA SEMUA!" Gopal sudah pun pergi duduk di kedai Tok Aba sambil memesan air dia "Tok Aba, bagi ice blended chocolate satu tapi Fang bayar"

"Saya pun!" Faye ada di situ juga dengan Gopal

Fang masih terdampar lagi di atas rumput hijau. Boboiboy usik-usik bahu Fang dengan ranting kayu tetapi Fang tidak bergerak. Mata Fang tidak berkelip-kelip dari tadi lagi. Yaya dan Ying tergelak melihat Fang sedang kesedihan kerana duit dia melayang untuk belanja mereka semua

"Biarkan ajelah dia dekat situ" kata Bella. Lalu dia bangunkan diri dia untuk pergi sertai Gopal dan Faye di kedai Tok Aba

"Maaf yea Fang, aku tak nak kalah sebab duit aku tak cukup untuk belanja korang semua" kata Harraz yang sedang tersengih itu "Kau jangan marah aku yea"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Onde histórias criam vida. Descubra agora