Misi Nakal

1.1K 71 10
                                    

"Yah yah yah! PEDANG TENAGA!"

"PEDANG HALILINTAR!"

"PEDANG BAYANG!"

"Abang Fang, mana ada pedang bayang" marah kedua budak kecil yang bernama Rizu dan Idoli. Mereka sedang bermain-main lawan pedang kotak di halaman rumah Fang dan Kaizo. Idoli menjadi Kaizo dan dia juga berpakaian seperti Kaizo juga. Manakala Rizu menjadi Boboiboy Halilintar dan Fang pula, dia menjadi diri sendiri

"Habis tu.. pedang dekat tangan abang ni apa?" Fang terus menunjukkan pedang bayang di tangannya. Dia yang mengeluarkan pedang bayang tadi

"Hehehe.. tapi abang Fang mana adil. Kita orang guna pedang kotak sahaja dan abang pula, gunakan kuasa bayang" kata Rizu yang tidak begitu puas hati terhadap abang kesayangannya

"Idoli setuju!" Idoli ketuk-ketuk kasut Fang dengan pedang kotaknya "Abang Rizu kenalah buat pedang kotak untuk abang Fang sekali. Bolehlah kita main lawan-lawan bersama nanti"

"Nanti abang Pizu buatkan untuk abang Fang. Lepas tu kita berdua akan kalahkan abang Fang! SERANG DIA!" Rizu terus cucuk pedang kotaknya di badan Fang. Idoli ketuk-ketuk badan Fang "Abang Fang akan kalah!"

"Abang tidak akan kalah!" Fang hilangkan pedang bayang dia. Kedua belah tangannya terus memeluk Rizu dan Idoli "Dapat tangkap korang!"

"Hehehee... abang Fang lepaskanlah kita orang" Rizu ketawa di situ "Sudah lama kita tak main bersama.. Pizu rindu abang Fang"

"Abang pun rindu" balas Fang

"Idoli?" Idoli melihat mereka berdua dengan perasaan peliknya "Idoli, korang tak rindu ke?"

"Hehehe... kita orang baru kenal Idoli, macam mana nak rindu" jawab Rizu "Lagipun Idoli selalu ada dekat sini. Abang Pizu selalu main dengan Idoli"

"Ha ah! Lepas abang Rizu balik dari sekolah... abang Rizu selalu datang sini, lepas tu kita pergi main sampai buat abang Kaizo pening.. hehehe"

"Apa yang korang buat sampai abang Kaizo pening kepala?" Fang lepaskan mereka berdua. Lalu dia duduk bersila bersama dua budak comel itu "Mesti korang buat nakal dekat rumahkan?"

"Hehehee.. abang Rizu dan Idoli selalu sepahkan rumah, lepas tu abang Kaizo marah-marah sebab rumah bersepah. Lepas tu kak Lynna marah abang Kaizo balik sebab marah dekat kita orang.. hehehee. Kasihan abang Kaizo kena marah dengan kak Lynna. Kadang-kadang tu kita orang suka buat bising. Abang Kaizo nak tidur pun tak senang, lepas tu dia halau kita orang keluar rumah. Jadi Idoli dan abang Rizu main dekat luar ajelah"

"Abang Kaizo tu tak suka tengok rumah bersepah tapi kalau dia sepahkan, takpe pulak... dan lagi satu, abang Kaizo suka dengan keadaan yang tenang" kata Fang "Tapi tenang tenang pun.. hati dia juga yang penuh dengan keganasan.. hehehee" Fang tergelak sedikit

"Abang Fang tak nak buli abang Kaizo ke?" tanya Idoli secara tiba-tiba. Rizu terus buat muka takut dan badan dia menggigil sedikit "Kenapa abang Rizu?"

"Hmmm.. kalau abang Fang buli abang Paizo, nanti abang Paizo mesti bagi hukuman dekat abang Fang tapi abang Fang pun sanggup aje terima hukuman dari abang Paizo" Rizu terus baring di atas peha kaki Fang "Abang Fang, kalau Pizu nak suruh abang Fang buat sesuatu yang nakal dekat abang Paizo, abang Fang buat tak?" Tangan Fang membelai rambut Rizu

"Itu kenalah bagi abang fikirkan dulu"

"Tapi Idoli takut nanti abang Kaizo marah-marah dan mengamuk tak tentu pasal.. tapi... macam seronok aje kenakan abang Kaizo. Mesti seronokkan?" Mata Idoli bersinar-sinar melihat Fang "Abang Fang buatlah.. Idoli dengar, abang Fang sangat handal dalam kenakan orang.. Idoli nak tengok sendiri apa yang abang Fang akan buat" Idoli memujuk Fang. Dia siap baring di peha kaki Fang lagi sebelah

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now