Mimpi Memori

1.7K 103 14
                                    

Pertama kali Kaizo melihat adiknya yang comel itu pada umur 9 tahun. Dia terlalu gembira mendapat seorang adik lelaki, tetapi dia tidak kisah kalau adik dia perempuan, asalkan dia dapat menjadi seorang abang yang baik. Semasa ibunya sedang memasak di dapur atau mengemas rumah, Kaizo selalu bermain dengan adiknya yang masih lagi bayi. Dia selalu duduk di tepi katil buai Fang sambil bernyanyi, ceritakan kisah hari dia dan juga kadang-kadang dia akan membacakan sebuah buku cerita untuk adiknya. Ibu dia iaitu Keiko, rasa sejuk hati apabila melihat Kaizo begitu mesra dengan anaknya, Fang. Dia berharap, mereka berdua akan menjadi adik beradik yang sangat rapat sampai akhir hayat

"Adik nak dengar satu cerita?" kata Kaizo sambil bermain-main dengan tangan adiknya yang masih lagi bayi "Sebuah cerita tentang seorang putera raja galaxy yang ingin menakluki seluruh galaxy! Dia seorang yang kedekut sombong dan berlagak. Ramai yang tidak suka dengan keangkuhan dia dan pada suatu hari, ada seekor pari-pari datang dan menukar dia menjadi makhluk hodoh. Putera raja itu mengamuk tak tentu pasal sampai dia pergi musnahkan bandar-bandar yang berdekatan dengan istana dia"

"Kaizo, jangan cerita dekat adik yang bukan-bukan"

"Tak ibu, Kaizo ingin bercerita kisah yang menarik dekat adik! Mesti adik suka, betul tak adik?" Fang gelak kecil-kecilan tanda setuju. Kaizo suka mendengar gelak ketawa adiknya "Tengok ibu, adik setuju dengan abang" Keiko hanya tersenyum lembut sahaja

"Itu sebab adik sayangkan abang. Sambung balik dengan cerita kamu, ibu pun nak dengar juga" Keiko duduk di sebelah Kaizo sambil melihat anaknya masih bermain-main lagi dengan tangan Fang

"Baik ibu! Selepas sahaja dia mengamuk dekat bandar, dia terus masuk ke dalam istana dia dan dia musnahkan semua barang perhiasan di dalam istana itu. Semua pekerja putera raja itu, lari keluar dari istana tersebut kerana ketakutan. Setiap cermin yang ada di dalam istana itu, dia pergi musnahkan sehingga tiada langsung cermin yang ada di dalam istana itu. Dia malu dengan diri dia, dia malu dengan kehodohan dia. Setiap hari dia hanya duduk di atas kerusi sambil menunggu pari-pari itu datang balik untuk pulihkan dia kepada yang asal. Hidup dia menjadi sunyi, tiada siapa yang mahu melawat dia sehinggalah pari-pari itu datang semula. Pari-pari itu kata, kalau dia ingin menjadi diri dia balik, dia perlu pergi menolong orang dalam kesusahan" Fang duduk di depan abangnya dengan begitu tegap dan tekun mendengar cerita dari abangnya. Kaizo menyambung lagi ceritanya

"Jika putera raja berjaya menolong itu dan hati putera raja tidak lagi sombong ataupun berlagak, dia akan memulih putera raja kepada diri dia yang asal. Putera raja itu setuju. Lalu dia keluar dari istana itu dan melihat bandar-bandar yang dia sudah lama tidak pergi melawat. Hati dia berasa pilu kerana bandar-bandar yang dia pernah musnahkan, tidak lagi seperti dulu. Ramai yang sudah berpindah ke tempat lain, ada yang masih lagi setia duduk di situ tetapi keadaan mereka sangat miskin. Pakaian-pakaian yang mereka pakai, tidak semeriah dulu. Semuanya dalam keadaan daif. Apabila mereka nampak putera raja sedang berjalan-jalan di sekitar bandar itu, ramai yang lari masuk ke dalam rumah kerana mereka takut putera raja itu akan mengamuk lagi. Dia kesal dengan sikap dia dulu, kalau dia tidak sombong, kedekut atau berlagak, sudah tentu benda ini tidak terjadi"

"Lepas tu Kaizo, apa jadi?"

"Lepas tu ibu, putera raja itu jumpa sebuah rumah usang yang tidak jauh daripada bandar itu. Rumah itu diduduki oleh dua adik beradik. Seorang adik dan seorang abang, macam Kaizo dan Fang" Fang ketawa sedikit, Kaizo senyum dan dia sambung lagi dengan cerita dia "Putera raja itu datang dekat untuk melihat keadaan rumah itu. Rumah itu tidak mempunyai pintu untuk menutup pintu rumah tersebut dan bumbung rumah itu, seperti hampir roboh. Dua beradik itu, menangis apabila dia nampak putera raja itu datang. Mereka berpelukan dan duduk di tepi dinding kayu rumah itu. Mereka kelihatan lapar kerana di dalam rumah itu, tidak mempunyai makanan. Lalu dia menghulur tangan dia yang hodoh itu dan memujuk mereka untuk pergi ke istana dia kerana dia mempunyai makanan yang makan tetapi mereka gelengkan kepala. Mereka takut kalau putera raja apa-apakan mereka. Putera raja tidak mengalah, dia cuba juga memujuk mereka sampai matahari terbenam. Akhirnya putera raja terpaksa balik ke istana dia tetapi dia tidak mahu dua beradik itu tidur di dalam kesejukan. Lalu dia balik ke istana dia dan mengambil dua selimut dan dua bantal untuk dua beradik itu. Dia letak di luar rumah dan lalu meninggal rumah usang itu. Keesokannya, putera raja itu kembali ke rumah usang itu. Dia dapati dua beradik itu telah mengguna bantal dan selimut tersebut. Putera raja itu juga ada membawa beberapa makanan untuk mereka makan. Dia hanya letakkan makanan itu di depan rumah usang tersebut. Putera raja itu terus beredar dan dia menoleh sedikit, dia nampak abang dan adik keluar dari rumah itu dan lalu mengambil makanan itu. Dia tersenyum dan hati dia rasa bahagia. Keesokannya, dia terkejut dengan kehadiran dua adik beradik itu depan pintu istana itu. Dia menjemput mereka masuk ke dalam istana dia tetapi dia rasa malu kerana istana dia begitu sepah dan banyak barang sudah dimusnahkan oleh dia sendiri. Ibu, abang nak air?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now