Pin Emosi

1.6K 103 9
                                    

"WOI! YANG KAU PERGI KACAU AKU PAGI-PAGI NI APAHAL?!"

"Ala landak.. Lily cuma nak minta bantuan daripada kau aje.. boleh kan kan kan kan kan" Lily berkelip-kelip mata sambil melihat Fang sedang menikmati sarapan pagi masin dia. Hari ini Kaizo telah sediakan mee goreng masin dan Fang terpaksa makan kerana tidak mahu membuat abangnya marah. Lily pun terpaksa makan sekali kerana Kaizo telah mengugut dia, jikalau Lily tidak makan mee goreng itu. Latihan tempur selama sebulan dia akan kena. Jadi Lily terpaksa menelan juga mee goreng masin itu tetapi selebihnya, dia letak di dalam pinggan Fang

"WOIIIII!"

"Ala, abang kau yang buat khas untuk kau. Jadi, kau kenalah makan banyak-banyak sikit" Lily tersenyum lebar kepada Fang yang bermasam muka itu. Bibir Fang bergerak-gerak untuk memarahi Lily dan hati dia sudah pun mengeluarkan kata-kata kesat khas untuk Lily tetapi dia menahan kemarahan dia. Dia biarkan sahaja kepala dia menjadi tak betul kerana terlampau lama sangat dia menahan kemarahan dia "Landak oh landak, kau ok ke?"

"Aku ok aje" Fang terus sambung mee goreng itu. Dia menambah lagi mee goreng masin abangnya dan lalu dia habis semangkuk besar mee goreng masin itu. Mata Lily terkebil-kebil melihat Fang habiskan kesemua mee tersebut

"Dasyat.. macam mana kau boleh tahan mee masin ni?"

"Aku hanya bayangkan abang aku dengan muka ngeri dia, cuba untuk menghukum aku kalau tak habis makan mee masin ni. Kalau tak habis, mesti dia akan kenakan aku hukuman latihan tempur dia tu"

"Ohhhhh! Lily pun nak cubalah lain kali. Lily bayangkan abang Kaizo tiap-tiap hari bagi pedang tenaga setiap kali time exam! Mesti muka ngeri dia akan muncul kalau jawab salah" Lily terus baringkan kepala dia diatas meja. Dia pejamkan mata dan tiba-tiba sahaja dia menjerit "AAAAAAAAAAAAAAAAAA!" Jeritan Lily sungguh nyaring sehingga pecah susu gelas Fang. Habis berkecai gelas itu dan meja itu penuh dengan tumpahan susu

"WOI! Senyaplah!" Fang terus mengambil sehelai kain buruk dan juga beg plastik

"Heeheheee.. maaf landak"

"Nah! Kau bersih balik sebab kau yang buat tadi" Lily mula buat muka sedih kepada Fang. Mata dia mula berkaca dan muncung mulanya makin lama makin muncung. Fang abaikan sahaja. Selepas tidak berjaya, Lily buat muka anak kucing, muka kasihan. Fang mula memandang ke tempat lain sambil tangan dia menghulurkan kain buruk dan plastik kepada Lily "Ala landak... pweettyyyyyy pleaseeeeeee!"

"Nope.." Fang pandang ke tempat lain sebab dia tidak mahu termakan dengan muka sedih merayu Lily sehinggalah Lily terpaksa mengalah

"Yelahh... Lily bersihkanlah tapi landak kena tolong Lily lepas ni"

"Tolong apa?" tanya Fang

"Hari tu korang buat persembahan untuk abang Kaizo tapi tak ajak Lily. Lepas tu korang pergi ajak si ratu pontianak ratu gila ratu tak guna yang suka merampas Boboiboy daripada diri ku!" Lily panjat keatas kerusi meja makan sambil bercekak pinggang "LILY TAK KAN MENGALAH DENGAN RATU LILY! LILY AKAN KALAHKAN DENGAN MENGGUNAKAN KUASA TERBARU LILY IAITU KUASA SUPER SONIC! KUASA UNTUK PECAHKAN GEGENDANG TELINGA DIA!"

"Err... bukan dia dah mati ke?"

"Ha ah, betul juga. KITA GUNA CARA LAIN PULAK! LILY AKAN PASANG PERANGKAP HANTU! DAN LILY TIDAK AKAN LEPASKAN DIA DARI SITU! HAHAHAHAHAAAAAAA!" Tanpa disedari oleh Lily, Kaizo masuk ke dalam dapur sambil mengusap-usap badan Pikachu. Dengan muka tembok, dia perhatikan Lily sedang ketawa berdiri di atas kerusi "LILY ADALAH SUPER LILYYYYY!"

"Super Lily konon" kata Kaizo "Pikachu jangan ikut perangai si itik pelik ni. Nanti Pikachu terkena jangkitan virus kerepek pisang dia, sebab itu anak itik nama Lily tu aku pergi letak tempat yang lebih jauh daripada kau. Takut anak itik tu pun ada virus kerepek pisang jugak. Pang, bawak turun kawan kau ni dan keluar dari rumah ni"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now