Anak-anak Kucing

1.1K 74 8
                                    

Semenjak Idoli duduk di rumah Fang dan Kaizo, aura-aura bayang Fang selalu keluar dari tubuh badannya. Dia cemburu melihat Idoli selalu berkepit dengan abangnya dari siang hinggalah ke malam. Ada kali itu, Idoli akan duduk di depan pintu bilik air. Dia akan tunggu sehingga Kaizo siap mandi. Waktu Kaizo memasak, Idoli akan mengacau Kaizo memasak sehingga Kaizo menghalau dia keluar dari dapur tetapi Idoli tidak mahu tinggalkan Kaizo. Alasan dia adalah dia mahu belajar memasak dari idola dia. Faye risau pula kalau semua masakan Idoli akan menjadi masin kerana Kaizo suka letak garam satu balang. Waktu tidur pula, Idoli akan bertukar diri dia menjadi seekor kucing dan dia akan tidur di atas katil bersama dengan Kaizo. Sewaktu mereka jalankan latihan tempur, Idoli begitu tekun sekali belajar cara-cara bermain pedang. Fang cukup tension dengan Idoli, dia rasa seperti mahu menghantar Idoli ke planet yang paling jauh sekali. Dia tidak kisah kalau dia di marahi oleh abangnya, asalkan Idoli akan berada jauh daripada abang dia

"Errr... apa kau nak buat dengan banyak-banyak botol ni, Fang?" tanya Faye pada suatu hari

"Botol-botol ni?" Fang tunjukka sebuah beg plastik yang penuh dengan botol-botol formula dari Emmy "Hehehee... adalah, kau tengok ajelah nanti"

"Jangan cakap kau nak pergi kenakan si Idoli tu"

"Mana ada" Fang tersenyum sahaja. Faye rasa risau pula kalau Fang ingin kenakan Idoli dengan kenakalannya "Tapi kau jangan nak beritahu abang aku"

"Hmm.. yelah Fang. Asalkan kau bahagia dengan kejaran daripada abang kau tu" Faye terus membaca majalah fashionnya di atas sofa ruang tamu. Mata dia melirik ke tepi apabila pintu rumah di buka. Muncullah Kaizo dengan muka masamnya dan kaki kanan dia pula, di peluk kemas oleh Idoli. Kaizo terpaksa mengheret Idoli dari rumah sehinggalah ke pasaraya. Idoli tidak mahu lepaskan kaki Kaizo kerana dia terlampau sayang sangat kepada Kaizo sehingga dia menganggap Kaizo itu adalah abang dia sendiri. Mulut Fang sudah bergerak-gerak sedikit kerana dia terlampau geram sangat

"Abang Kaizo nak masak apa nanti? Adakah masakan masin lagi dari abang Kaizo?" tanya Idoli yang masih lagi memeluk kaki Kaizo

"Apa kata kau pergi sahaja tengok TV bersama dengan Faye" Tetapi Idoli hanya mengelengkan kepala sahaja

"Nak dengan abang Kaizo" Idoli mengusap-usap pipinya di kaki Kaizo "Jom kita main masak-masak dekat dapur!" Kaizo sudah pening dengan perangai Idoli. Dia terpaksa masuk ke dalam dapur sambil mengheret kakinya. Fang sudah tidak tahan dengan kelakuan Idoli. Faye boleh nampak awan-awan bayang mulai timbul dari atas kepala sepupunya

"Marah nampak?"

"Mestilah marah. Aku rasa macam nak humban si kucing tu ke tempat yang lagi jauh dari sini" Fang duduk di sebelah Faye. Dia keluarkan satu botol yang ada label berbentuk arnab

"Kau nak tukarkan dia jadi arnab ke?"

"Bukanlah. Aku nak tukarkan diri aku jadi arnab! Aku lebih comel daripada si kucing tu! HAHAHAAAAA!" Faye gelengkan kepala

"Lepas tu, kau nak buat apa lepas dah jadi arnab?"

"Err.. aku belum fikirkan lagi" Fang tersengih kepada Faye "Tapi aku akan pastikan yang aku lebih comel daripada dia... MUAHAHAHAAAAA.. ADOI!" Fang terus mendongak ke atas. Muka garang abang dia ada di hadapan matanya "Kenapa abang ketuk kepala adik?"

"Yang kau pergi gelak macam orang gila kenapa?" Fang terus bermasam muka "Ambik periuk ni, abang nak kau masakan sup lobak merah dan nasi! FAHAM!"

"Faham abang ku sayang" balas Fang dengan nada bosan dia. Fang mengambil periuk itu dari tangan abangnya. Lalu dia bangun dan ternampak Idoli senyum semacam kepada Fang. Dia rasa seperti mahu cucuk mata Idoli yang berwarna biru kehijuan itu

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now