Hadiah Istimewa

1.2K 82 7
                                    

"Kenapa cikgu panggil saya?" Kaizo kini berada di sekolah kerana dia telah dipanggil oleh cikgu Papa Zola. Mata merahnya sedang melihat Papa Zola sedang menyemak buku penilaian Fang. Dia duduk di hadapan cikgu Papa Zola di kelas adiknya

"Cikgu panggil kamu ke sini kerana.."

"Adakah kerana dia buat nakal dekat sekolah ataupun dia menjadi samseng budak sekolah? Dia buat hal dekat cikgu lain ke?"

"Bukan.. adik kamu ni.. memang seorang yang teramatlah rajin sangat. Cikgu bangga dengan anak murid kebenaran" Fang bangga dirinya dipuji oleh cikgu matematiknya "Dia ni setiap hari akan pastikan kelas sentiasa bersih dan teratur. Seorang yang rajin belajar, selalu dapat markah yang tinggi tapi pernahlah juga gagal dalam ujian matematik dia"

"Gagal?" Kaizo merenung ke arah adiknya yang sedang tersengih itu

"Ala, itu kisah lama.. tak perlu di ungkit tapi cikgu saja jea nak beritahu kebenarannya. Tak baik kalau kita tidak bercakap benar"

"Betul tu abang! Adik gagal sekali-sekala aje bukannya selalu pun"

"Sekali ke selalu ke.. abang nak kau pandai tapi kau ni terlampau cerdik sangat dalam bab-bab kenakalan kau" Fang tersengih lagi. Tangan Kaizo sudah rasa gatal untuk piat telinga adiknya

"Betul tu wahai anak muda. Adik kamu ni cerdik memang cerdik tetapi kenakalan dia.. isk isk isk.. memang tahap tidak dapat diselamatkan"

"Apa yang dia telah buat cikgu?" tanya Kaizo dengan nada garang dan serius "Bagitahu saya cikgu. Lepas tu saya boleh menghukum dia bertubi-tubi"

"Begini ajelah Kaizo.. cikgu beritahu perkara yang sebenarnya. Dia hampir rosakkan makmal sains dengan experiment dia tahap kurang bahaya tapi jangan risau, itu bukan dari kenakalan dia tapi kecuaian dia. Jangan kamu nak menghukum dia pula, dia bukan buat salah pun. Hanya kecuaian dia sahaja yang buat salah" ujar cikgu Papa Zola sambil angguk-angguk kepala

"Aik, tadi cikgu cakap saya tak buat salah tapi lepas tu cikgu saya buat salah pulak"

"Betul tu wahai anak murid kebenaran. Kecuaian kamu yang buat salah, bukan diri kamu" Fang merenung tajam dekat cikgu matematiknya "Hehehee.. jangan pandang saya begitu, cikgu hanya beritahu apa yang patut cikgu beritahu"

"Itu sahaja yang cikgu mahu beritahu saya?"

"Itu sahaja Kaizo. Kamu boleh balik tapi kalau kamu nak hukum adik kamu.. saya rasa.. saya tak boleh nak halang tapi bagilah hukuman matematik, barulah otak dia tidak membeku seperti sebongkah ice"

"Cadangan yang bagus tapi cikgu.. adik saya ni terlebih suka kalau saya bagi dia hukuman matematik. Bagi latihan tempur versi matematik pun, tiada kesannya juga" Fang angguk-angguk sahaja kerana setuju dengan kata-kata abangnya tadi

"Betul tu wahai anak muda tapi ada kesannya nanti"

"Apa dia cikgu?" tanya Kaizo yang rasa ragu-ragu sedikit

"Kesannya adalah.. otak dia akan bertambah kembang dan bertambah pandai nanti"

"Betul tu cikgu! Belajar adalah salah satu minat saya! Dan saya akan pastikan saya adalah pelajar nombor 1 dekat sekolah ini.. HAHAHAHAAA!" Kaizo tepuk kepala adiknya "ABANG!"

"Cubalah buat perangai yang elok sikit. Ini tidak, tergelak-gelak macam orang gila" Fang terus duduk di atas kerusi sambil bersilang tangan dengan muka masam dia. Kaizo terus paling mukanya ke arah cikgu Papa Zola "Cikgu ada apa-apa lagi yang untuk beritahu saya?"

"Tiada apa-apa lagi. Itu sahaja yang saya ingin sampaikan.. eh kejap, ada satu lagi iaitu jagalah adik kamu dengan baik, wahai anak muda. Bentukkanlah diri dia sebagai anak murid kebenaran yang baik bukan anak murid kenakalan"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now