Stress

2.2K 113 11
                                    

Fang terbau donut lobak merah di dalam rumahnya. Bau aroma itu menusuk masuk ke dalam lubang hidungnya dan membuatkan perutnya bergelora. Dia menutup laptopnya dan terus ke keluar dari bilik. Dia mengikut bau itu datang dari arah mana. Fang menghidu lagi bau kesedapan donut lobak merah itu. Bau itu datang dari dapur, Fang cepat-cepat turun ke bawah dan terus ke dapur. Mata dia terbeliak besar kerana terdapat banyak donut lobak merah yang masih lagi hangat. Kaizo telah membuatkan donut kegemaran adiknya dari pagi tadi lagi

"DONUT LOBAK MERAH!" Tangan dia sedikit lagi hendak mengambil salah satu donut tersebut tetapi Kaizo menepuk tangan adiknya "ABANGGGGGGG!" menjerit Fang kerana menghalang dia mengambil donut tersebut

"Kau tidak boleh makan donut tersebut kerana kau kena tunggu kawan-kawan kau sampai dulu"

"Kawan-kawan adik?" Fang mula berfikir, bila masa dia ada ajak kawan-kawan dia datang ke sini "Adik tak ajak pun dia orang datang sini"

"Hmm.. kau lupalah tu" Fang cuba fikirkan balik. Semalam dia buat apa? Apasal dia tidak ingat apa-apa tentang semalam. Seperti ada sesuatu cuba sembunyikan memori Fang tentang semalam "Kau tak perlu nak fikirkan sangat, kau pergi buka pintu. Kawan kau sudah pun sampai" Fang baru sahaja sedar ada ketukan di pintu rumahnya. Dia terus keluar dari dapur yang berbau wangi donut kegemaran dia. Fang membuka pintu rumahnya dan nampak muka kawan-kawan dia yang kelihatan marah. Bukan sahaja marah tetapi ada kesan-kesan luka di badan mereka. Tangan kiri Boboiboy kena balut, kaki Gopal patah dan dia terpaksa menggunakan tongkat, pipi Yaya ada kesan luka dan kepala Ying pula kena balut

"Err.. kenapa dengan korang semua ni?" tanya Fang

"KENAPA KAU TANYA?! Kau tak ingat ke apa yang berlaku semalam" kata Boboiboy sambil masuk ke dalam rumah

"Dey! apasal kau tak ingat pula? Kau yang buat, lepas tu buat-buat lupa pulak" marah Gopal

"Entahnya si Fang ni.. nah! Ambik ni, aku buatkan kuih untuk kita semua" Yaya berikan satu bekas makanan yang penuh dengan kuih karipap

"Apalah si cacak ni, boleh pulak buat-buat lupa" Ying masuk ke dalam rumah. Fang rasa begitu pelik sekali, kenapa dia tidak ingat apa-apa kejadian semalam? Apa yang berlaku semalam? Kenapa mereka semua tercedera dia tapi diri dia sahaja yang selamat? Macam-macam persoalan yang timbul di dalam pemikiran dia

-------------------------------------

Semuanya berlaku hanya kerana anak patung penguin. Fang dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis untuk pergi ke sebuah karnival yang telah dibuka semenjak semalam lagi. Hari ini adalah hari terakhir karnival itu sebelum ianya berpindah ke tempat lain. Fang sangat teruja melihat karnival itu kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menarik ada di situ. Gopal teruja sebab ada pelbagai jenis makanan yang ada. Yaya dan Ying teruja sebab mereka boleh belajar mengenai tentang sesuatu yang baru dan Boboiboy pula, dia rasa teruja sedikit kerana dia pernah pergi ke karnival seperti ini sebelum ini. Mereka pergi ke gerai-gerai kecil yang ada pelbagai jenis permainan. Mereka cuba dari satu permainan ke satu permainan sehinggalah mereka terserempak dengan trio huru-hara. Faye telah pun pindah ke Pulau Rintis dan sekarang dia duduk di rumah Fang dan Kaizo dan dia juga akan masuk ke sekolah bersama dengan sepupu dia iaitu Fang

"WAH! Korang pun ada!" kata Lily "BOBOIBOY! Jomlah main game ni! main tembak-tembak itik! Kalau Boboiboy dapat tembak itik paling banyak nanti dapat hadiah teddy bear besar!" kata Lily sambil mengheret Boboiboy ke gerai permainan menembak itik mainan

"Kasihan Boboiboy" kata Yaya "Lily tu asyik nak berkepit sahaja dengan Boboiboy"

"Biarkan lah dia, siapa suruh nak jadi lebih popular daripada aku" kata Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now