Keputusan Kaizo

1.3K 74 20
                                    

Mata Lily berkelip-kelip melihat air hijau di dalam sebiji botol di atas meja makmal Emmy. Hati dia kuat mengatakan pergi minum air tersebut. Tekak dia mula rasa kering, tangan dia mula bergerak-gerak untuk mengambil botol itu dan mata dia sudah mula bersinar-sinar. Emmy mula perasan dengan kelakuan Lily. Lalu dia tarik tangan Lily untuk jauhkan tangan itu daripada mengambil botol tersebut

"Erk! Kenapa Ammy tarik tangan kakak Lily"

"Sebab Emmy tahu kakak Milly akan minum air hijau tu" kata Emmy dengan penuh keyakinan "Ingat Emmy tak tahu ke"

"Heheheee..." Lily tersengih di situ "Kakak Lily pergi tempat lain.. mana MY BBB-CHAN SOROK YEA!"

Boboiboy ada di dalam makmal itu juga bersama dengan kawan-kawan dia juga iaitu Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye. Mereka ada di makmal Emmy kerana telah diperintah oleh Kaizo untuk menjalankan latihan tempur di bilik simulation. Mereka baru sahaja selesai dengan sesi latihan tempur itu. Kini mereka berada di dalam dapur makmal Emmy untuk beristirehat. Gopal membawa bekal makanan dia sendiri walaupun dia tahu bahawa Emmy akan sediakan makanan untuk mereka semua

"Kau bawak makanan apa tu, Gopal?" tanya Boboiboy yang kini duduk di sebelah Gopal

"Kalau kau nak tahu, pagi tadi si Mimiko tu datang ke rumah aku.. lepas tu, dia dan amma aku pergi masak macam-macam dekat rumah aku. Si Mimiko tu bagi alasan sebab nak belajar resepi baru dari amma aku. Adeh, apasal dia tak pergi ke rumah Ying atau Yaya aje. Apasal rumah aku juga yang jadi mangsa tapi takpe! Aku sendiri pun join masak-masak dengan dia orang.. hehehee"

"Cheh, ingatkan dia duduk goyang kaki aje" kata Fang sambil gigit donut lobak merah kesayangan dia "Jadi, kau bawak makanan untuk diri kau ajelah?"

"Betul tu!" Gopal membuka penutup bekas makanan itu. Bau-bau haruman dari makanan tersebut, terus menusuk masuk ke dalam lubang hidungnya "Hmmm... sedapnya bau! Inilah dia, mee goreng masakan dari aku! HAHAHAHAAA!"

"Wah! Pandainya Gopal masak"

"Mestilah Yaya.. ini pun amma aku yang ajar.. hehehee" Gopal tersenyum bangga sambil melihat hasil kerja masakannya "Aku rasa sangat terharu"

"Hehehee... bolehlah lepas ni kita orang ajar lu resepi baru pulak tapi rasanya mesti Mimiko nak ajar lu dulu sebelum kita orang ajar.. hehehee... makin lama makin rapat korang berdua. Apa cerita?" Ying terus buat muka comel agar Gopal bercerita "Marilah kongsi cerita lu dengan kita semua"

"Dey, aku dengan dia kawan-kawan sahajalah. Mana ada apa-apa pun. Dia tu suka bagi aku rasa makanan dia dan berikan pendapat yang jujur. Itu sahaja"

"Yea ke Gopal" Boboiboy tersenyum sinis melihat kawan baiknya

"Betul lerr.. takde maknanya aku nak tipu korang semua" Gopal tidak terasa sangat dengan kawan-kawan dia kerana dia tahu, mereka hanya bergurau sahaja. Jadi dia mula makan mee goreng masakan dia sendiri "Aku makan dulu"

"Jemput makan semua!" Faye terus letakkan sebuah mangkuk besar di atas dapur makmal tersebut "Hari ni aku buat simple sahaja, mushroom sup dan garlic bread sebab rumah Emmy kehabisan bahan-bahan lain"

"Wuuuuuu... sup ni bau sedap" muncul Lily secara tiba-tiba "Kalau Faye yang buat, sudah tentu sedap! Tapi kalau landak yang buat..." mata dia melirik ke arah Fang

"Cepatlah habiskan ayat kau tu. Aku tak sabar nak hantar kuasa bayang aku dekat kau" Suara Fang pada ketika itu, agak garang sedikit sehingga membuatkan Lily tersengih di situ "Asyik aku sahaja jadi mangsa bahan si pelik ni. Apasal orang lain tak jadi mangsa kau"

"Errr... janganlah marah landak. Meh Lily pujuk landak dengan berikan air hijau kepada landak ku yang masam"

Lily hulurkan sebiji botol air hijau kepada Fang. Botol air itu, dia telah mengambilnya dari meja makmal Emmy secara senyap-senyap. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi jikalau seseorang minum air tersebut tetapi Lily tidak terfikir tentang itu pada ketika itu. Dia hanya mahu memujuk hati Fang yang sentiasa membara seperti api tidak pernah dipadamkan. Pemberian Lily itu sangat ikhlas tetapi Fang hanya abaikan sahaja. Dia terlalu sibuk menikmati donut lobak merahnya

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now