Riang Ria

1.8K 70 9
                                    

Yaya dan Ying terkejut dengan sebuah gambar terpapar di dalam kelas mereka. Gambar itu adalah gambar kawan mereka sendiri iaitu Fang. Wajah berlagak Fang terletak di bahagian atas papan putih

"Haiyaa... apasal ada gambar si rambut cacak dekat dalam kelas kita?"

"Tak tahulah, Ying. Ini mesti rancangan nakal dari si Fang tu. Nak kena budak ni"

"Bukanlah. Ini sebab cikgu Papa kita tu, terlalu kagum sangat dengan pelajar terbaik dia tu.. naik muntah aku dengar pelajar contoh dia tu" Bella jolok-jolok di mulut dia dan berpura-pura nak muntah di situ "Tak habis-habis nak puji si alien landak tu"

"Hmm.. kalau begitu, kita mesti dapatkan tahta pelajar contoh dia"

"Betul tu, Yaya! Kita tak kan benarkan dia dapat nombor 1 lagi lepas ni. Kita kena berusaha!"

"Errr... aku pergi duduk tempat aku dulu" Bella tersengih sambil pergi ke tempat biasa dia "Menakutkan betul si Yaya dan Ying ni.. naik seram aku. Selamatlah Harraz tak sama kelas dengan dia orang bertiga" bisik dia

"Wei Yaya, hari ini ada ujian matematik dari cikgu Papa kan?"

"Ha ahlah! Jadi aku akan gunakan peluang ini untuk dapat nombor 1" Tiba-tiba sahaja Ying terus berikan renungan tajamnya ke arah Yaya "Hehehe.. jangan risau Ying, aku akan pastikan kau dapat nombor 2"

"Mana boleh! Aku yang dapat nombor 1 nanti. Lu lah ambik nombor 2 tu nanti" Ying sudah bertentangan mata dengan Yaya "Nombor 1 akan menjadi milik aku"

"Kita akan tunggu keputusannya nanti" Yaya palingkan mukanya ke tempat lain. Lalu dia terus ke tempat duduk dia

"Hmmm... macam-macam betul dia orang ni" bisik Bella yang sudah sorokkan kepalanya di belakang buku "Agaknya, bagaimanalah kalau dia orang bertiga dapat markah kosong.. hehehee.. mesti hancur hati dia orang"

"Kau pun nak merasa dapat nombor satu juga ke?" Bella menoleh kebelakang sedikit demi sedikit. Lalu dia tersengih apabila dia nampak Fang berdiri di belakang dia "Itu pun kalau tahan dengan dia orang berdua tu.. Hehehehe.. aku dari dulu asyik dapat nombor 3 aje tapi sekarang ni, aku akan bangkit dan tidak akan tunduk kepada mereka lagi. AKU AKAN DAPAT NOMBOR SATU!" Tiba-tiba Yaya dan Ying palingkan muka mereka ke arah Fang. Mereka berikan renungan maut kepada Fang

"Menakutkan betul dia orang ni"

"Tahu takpe" Fang balas balik dengan berikan renungan maut dia kepada Yaya dan Ying. Dia pergi duduk di tempat asalnya iaitu di tepi tingkap, bahagian belakang sekali "Aku akan dapat nombor 1.. heheheheee" bisik Fang sambil tersenyum sinis

"Fang, aku dengar kau bawa balik Neko Neko. Betul ke?" Tiba-tiba Yaya bertanyakan soalan itu secara tidak langsung

"Ha ah, Neko Neko ada dekat rumah. Tengah berguling dengan Idoli kot tapi abang aku tak bagi bela dia. Esok abang aku nak kena hantar dia balik" Kepala Fang terus terbaring di atas meja "Sudahlah itik dah takde. Dengan siapa lagi aku nak buli lepas ni"

"Haiyaaa.. lu ni suka sangat buli haiwan. Tak baik buat macam tu maaa" Terus Fang angkat kepala dia sedikit untuk berikan renungan tajam dia lagi kepada Ying

"Wei! Bukan buli lah! Itu menunjukkan aku sayangkan haiwan-haiwan peliharaan aku! TERUTAMA SEKALI SHADOW DAN NEKO NEKO!"

"Baguslah tu Fang tapi kau jangan buli mereka pula" kata Yaya

"Mana adalah. Dia orang takde buat benda pelik dekat aku, aku takdelah buat benda nakal dekat dia orang tapi aku memang rindu dengan Lily si itik tu. Selalunya dialah paling bising sekali dekat rumah. Rasa macam nak pergi melawat dia dekat dunia sana"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now