Bukan Pin Emosi

1.2K 78 15
                                    

"ABANG PAIZO! OH ABANG PAIZO!"

Kaizo terkejut dengan jeritan dari Rizu. Dia baru sahaja habis mandi kerana berpeluh akibat latihan tempur dari pagi tadi lagi. Kaizo turun ke bawah sambil memakai seluar dia, baju dia dan juga jaket dia

"ABANG PAIZOOOOOO!" Kaizo membuka pintu dan dia terkejut kerana halaman rumah dia penuh dengan teddy bear dan plushie dalam pelbagai size, warna dan bentuk. Semuanya sedang berdiri sambil melambai-lambai kearah Kaizo. Dia cubit tangan dia sedikit untuk memberitahu diri dia bahawa ini hanyalah mimpi sahaja tetapi bukan kerana kesakitan cubitan dia tadi terasa sangat sakit. Lalu ianya meninggalkan kesan lebam

"Hantu mana merasuk teddy bear dan plushie Rizu ni? Rizu main dengan hantu lagi ke?" Kaizo menarik tangan Rizu untuk masuk ke dalam rumah. Teddy bear dan plushie itu mahu ikut masuk ke dalam rumah sekali. Shadow, Pikachu dan Lily berlari lintang pukang kerana takut melihat teddy bear dan plushie berarak masuk ke dalam rumah, Kaizo mahu menutup pintu tetapi Rizu halang dia buat begitu

"Abang Paizo jangan! Ini semua teddy bear dan plushie Pizu"

"Macam mana dia orang boleh bergerak?" Rizu terus tersenyum lebar. Lalu dia tunjukkan sejenis pin berbentuk bulat yang ada tulis teddy bear and plushie di tepi dada dia kepada Kaizo. Pin itu kelihatan besar dan mempunyai dua butang. Satu butang untuk mengeluarkan beberapa huruf dan satu lagi butang untuk aktifkan perkataan itu tadi "Apa tu?"

"Ini adalah ciptaan kakak Emmy!" kata Rizu "Pizu lekat pin dekat badan Pizu, lepas tu semua teddy bear milik Pizu bergerak. Semuanya ikut kemana sahaja Pizu pergi. Semuanya sayangkan Pizu! Kakak Emmy kata, pin ini akan berkesan untuk benda yang kita suka. Jadi Pizu tulislah Teddy bear dan plushie dekat pin ni. Pizu suka teddy bear dan plushie-plushie yang lain. Tengok anak patung kucing ni" Rizu terus angkat anak patung kucing yang sedang bermeow meow "Comelkan?"

"Comel memang comel tapi nampak sungguh menakutkan" kata Kaizo dengan nada serius dia "Tapi jangan bagi Pang tengok pin tu, karang dia letak donut lobak merah dia tu"

"Hehehe.. mesti donut lobak merah dia boleh bergerak-gerak, ada mata, hidung, kaki, tangan, mulut dan juga telinga!" Terus dia bayangkan sebiji donut lobak merah ikut sahaja kemana abang kesayangan dia akan pergi "Hehehe.. comelnya"

"Abang nak guna boleh?"

"Abang Paizo nak letak apa?" Rizu terus tanggalkan pin itu, lalu teddy bear dan plushie dia semua kembali menjadi mainan. Semuanya terbaring di atas lantai rumah. Rizu sahaja hendak kenakan Kaizo. Dia terus mengeja nama Lynna di pin itu sebelum dia berikan kepada Kaizo "Nah!" Kaizo mengambil pin itu tanpa melihat apa yang Rizu tuliskan tadi. Dia sebenarnya tidak tahu dan tidak sedar. Dia terus lekatkan pin itu di bajunya. Tiba-tiba sahaja Lynna muncul di sebelah Kaizo

"KAIZOOOOO!" Terkejut Kaizo melihat Lynna menjerit dengan muka ceria dia "KAIZOOOO! KAIZO NAK BAWAK LYNNA PERGI JALAN-JALAN KE?"

"Mana ada! Apasal kau muncul secara tiba-tiba ni?"

"Sebab hati aku terpaut kepada kau! Entah kenapa tiba-tiba rasa tak tenteram kalau kau tiada di sisi aku. Jadi aku datanglah ke sini untuk melihat wajah kau yang teramat handsome tu" Lynna terus berikan senyuman comel dia. Tangan dia terus cubit kedua belah pipi Kaizo. Mata dia berkelip-kelip kepada Kaizo. Perangai dia mula berubah menjadi kanak-kanak. Rizu tergelak melihat kelakuan Lynna seperti budak kecil itu "Oh Kaizo ku, Kaizo dengarlah lagu Lynna nyanyikan nanti. Ini khas untuk Kaizo tapi sebelum tu!" Lynna terus lari ke atas untuk mengambil guitar Fang yang ada di dalam bilik. Selepas itu dia turun ke bawah balik. Dia suruh Kaizo duduk di tengah atas kerusi sofa. Sebelum itu, dia susun-susun teddy dan plushie di sebelah kiri kanan Kaizo. Rizu rasa suka pula melihat Kaizo dikelilingi dengan teddy bear dan plushie. Lynna siap suruh Kaizo memeluk sebuah teddy bear berwarna biru. Dia rasa terharu pula kerana melihat kecomelan Kaizo bersama dengan teddy bear dan plushie

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now