Raksasa Landak

1K 72 10
                                    

"GOOD MORNING ABANG!"

Kaizo rasa hairan melihat adiknya gembira semacam di pagi hari. Dia melihat sarapannya sudah tersedia di meja dapur rumah mereka. Teh dan jus kegemaran dia sudah tersedia di atas meja. Bukan minuman sahaja yang ada, pancake dan waffle juga sudah disediakan oleh Fang sendiri. Kaizo duduk di kerusi meja makan sambil melihat adiknya tuang jus lobak merah di dalam gelas

"Pelik aku tengok kau hari ni?"

"Kenapa? Tak boleh ke kalau adik buat baik dekat abang"

"Boleh" balas Kaizo "Tapi kau buat ini semua untuk apa?"

"Untuk tanda terima kasih kerana tidak tinggalkan bumi tapi abang memang betul nak pergi ke? Abang tak rasa bersalah ke?" Fang duduk di sebelah abangnya "Yelah, kita berdua ke planet bumi adalah untuk mengambil jam-jam kuasa kawan-kawan adik tetapi sekarang ini, sudah menjadi lain. Adik tak ikut abang balik sebab tak nak terpisah dengan kawan-kawan adik"

"Sebenarnya abang memang rasa bersalah kerana tidak pergi menolong kommander Kokoci dan Laksamana Tarung tapi abang perlu selesaikan misi abang dekat bumi. Lepas tu, baru abang pergi"

"Abang akan bawa adik sekali ke? Adik akan ikut sahaja keputusan abang" Kaizo pegang tangan adiknya dan lalu dia menggenggam tangan itu secara lembut "Abang?"

"Mungkin yea atau mungkin tidak.. tapi adik tak kisah ke kalau adik ikut abang?" Fang gelengkan kepala "Baiklah tapi kau jangan nak sedih pula sebab rindukan mereka"

"Hehehee... kalau adik rindu, adik akan simpan dalam hati sahaja dan tak kan sedih! Tapi..." Fang seperti takut untuk bertanyakan soalan yang seterusnya

"Tapi apa?"

"Tapi... misi apa yang abang perlu selesaikan tu?" Nada Fang pada ketika agak perlahan kerana takut kalau abang dia marah kerana bertanyakan soalan tersebut "Abang ada diberikan misi ke? atau ini misi peribadi abang?"

"Hmmm... boleh dikatakan misi peribadi abang. Itu sahaja jawapan dari abang, jangan nak bertanya lebih-lebih"

"Ok"

Kaizo mengangkat segelas jus lobak merah dia. Lalu dia minum sedikit. Tidak sampai 1 minit, kepala Kaizo terus terbaring di atas meja makan. Dia tertidur di situ. Fang terkejut melihat abangnya sudah tertidur di situ

"ABANG! APA AKU SUDAH BUAT NI?" Fang goyang-goyangkan badan abangnya "Abang, bangun! Abang, bangun! Abang minum ubat tidur ke atau ubat beracun? Kalau ubat tidur, adik tak risau. Kalau ubat beracun, adik kena selamatkan abang"

"ERK! ABANG KAIZO MINUM UBAT BERACUN?" Mata Idoli membulat besar. Dia sedikit lagi hendak menangis di situ tetapi dia wajah dia terus berubah kerana dia perasan dengan air berwarna oren itu "Err.. abang Fang.."

"Kenapa Idoli? Abang tiada masa nak berborak dengan Idoli. Abang perlu selamatkan abang Kaizo" Fang cuba mengangkat abangnya

"Sebenarnya abang Kaizo terminum air tidur" Idoli tersenyum lebar sampai nampak gigi belakang dia

"AIR TIDUR? Macam mana boleh ada dekat dalam peti sejuk tu? Bukan ke jus lobak merah ni Rizu yang buat? Tak kan dia pula yang letak ubat tidur dalam jus ni?" Fang rasa seperti hendak memarahi Idoli tetapi dia tenang sahaja "Adakah ini adalah konspirasi Rizu dan Rizu sebenarnya adalah bukan diri Rizu"

"Bukanlah abang Fang.. ceritanya begini.. malam semalam Idoli haus. Idoli pergilah dapur nak minum. Idoli buka peti sejuk, jumpa air jus oren. Idoli ingatkan air oren tapi rupanya jus lobak merah. Idoli minum sampai habis. Lepas tu Idoli takut pula kena marah sebab habiskan air tu. Lepas tu Idoli teringat sesuatu. Abang Kaizo selalu simpan air oren dekat dalam bilik dia. Jadi Idoli pergilah ambik dan gantikan jus lobak merah tu dengan air oren... begitulah ceritanya" Fang mula hendak mengamuk tetapi dengan muka kecomelan Idoli, dia tidak jadi mengamuk

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ